shalehudin |
- LAGI Artis berhijrah... Alhamdulillah...
- Kita cabar Adun DAP neh main, dapat gangsa pun jadik la...
- Lagu raya "Dendang Permata" Ngee...
- Saifuddin tolak 'tawaran Anwar PALSU' sertai PKR?
- Gua syak orang tua neh bercakap dalam tidur la...
- Zamil woiii, BANGANG tu simpan la kat Umno sama
- TUU DIAA... Cepatnya POLIS neh...
- SERAM: Pesawat AirAsia ada HANTU? Masak laa...
LAGI Artis berhijrah... Alhamdulillah... Posted: 06 Aug 2012 09:47 AM PDT Saya sokong Islam - Farah Asyikin GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini. Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik. Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin(gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. "Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam. Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS? "Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. Detik-detik penghijrahan Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan. Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan menghanyutkan dirinya. "Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya. Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT. "Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu. "Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa. "Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya. Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis. Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang. "Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya. Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya. Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.- Harakahdaily |
Kita cabar Adun DAP neh main, dapat gangsa pun jadik la... Posted: 06 Aug 2012 09:00 AM PDT Manoharan dicemuh kerana twitter tentang Chong Wei Kekalahan tipis pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di tangan pemain China Lin Dan malam tadi mungkin mengecewakan ramai pihak, tetapi ADUN DAP yang berasai bahangnnya. Persembahan Chong Wei dalam final malam tadi mendapat pujian, tetapi kenyataan ADUN DAP Kota Shah Alam, M Manoharan, di laman Twitter menjadi sasaran cemuhan pengguna laman micro-blogging itu. Mereka menyelarnya kerana dituduh mempolitikkan acara sukan yang mereka merasakan telah berjaya menyatupadukan negara. Sesetengahnya, seperti Alaram Kalai, mengancam untuk membuat laporan polis terhadap Manoharan. Manohan juga dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa Lin Dan begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo. "Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan," jawab Chew Hong Ling dalam twitter. Malah, rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya. Ianya bermula sejurus selepas Lin Dan berjaya merangkul pingat emas, apabila Manohan menulis dalam twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..." |
Lagu raya "Dendang Permata" Ngee... Posted: 06 Aug 2012 05:20 AM PDT |
Saifuddin tolak 'tawaran Anwar PALSU' sertai PKR? Posted: 06 Aug 2012 03:00 AM PDT Saifuddin tolak 'tawaran Anwar' sertai PKR SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter. "Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi. Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu. Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang. "Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab." Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu. "Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR. Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman." Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.- SH |
Gua syak orang tua neh bercakap dalam tidur la... Posted: 06 Aug 2012 12:00 AM PDT Pak Lah sokong tema 'Janji Ditepati' Keputusan kerajaan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini sesuai, dan perlu dilihat dari segi jangka masa pentadbiran yang lalu serta mencapai matlamatnya. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata jika dilihat pada masa ini, tiada masalah besar yang boleh menimbulkan cakap-cakap berikutan keputusan yang dibuat kerajaan. Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata selepas satu tempoh pentadbiran, pelbagai janji telahpun dibuat dan banyak yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tetap terima tema yang dipilih biarpun nampak ganjil sikit," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di Kepala Batas hari ini. (DIA TAU PUN NAMPAK GANJIL... kahkahkah...)Seramai 350 penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, Orang Kurang Upaya dan warga emas dari Parlimen Kepala Batas menerima hamper serta wang tunai. Patut pun Pak Lah sokong bagai nak rakkk... hehe... Semalam akhbar melaporkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan berganjak dengan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini. Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal. - Bernama |
Zamil woiii, BANGANG tu simpan la kat Umno sama Posted: 05 Aug 2012 10:31 PM PDT KANTOI LAGI... ZAMIL IBRAHIM YANG SIAPKAN SKRIP BANGANG TUH... HADOIIII.... SUNGAI PETANI – H'ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula. "Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam. Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu. "Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar. "Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya. "Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga," katanya selepas membuat laporan polis semalam. Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang 'sahabat' namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media. Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk 'Rumah Mewah Milik Siapa' yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu. Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu. "Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya," katanya. - Sinar Harian |
TUU DIAA... Cepatnya POLIS neh... Posted: 05 Aug 2012 07:48 PM PDT Dakwa Wan Ahmad ahli Umno, polis siasat Saifudin PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail disiasat oleh polis dari Balai Putrajaya hari ini ekoran dakwaan beliau Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno. Beliau disiasat atas tuduhan fitnah jenayah kerana mendedahkan kononnya SPR tidak adil atau bias Turut serta bersama beliau adalah Latheefa Koya yang bertindak sebagai peguam dalam soal siasat tersebut. "Polis tidak cukup sibuk," kata Saifudin dalam Twitternya ketika memaklumkan perkara tersebut. Latheefa pula dalam Twitternya menulis, "Laporan polis dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad terhadap Saifudin kerana memberitahu media dia anggota Umno!" Saifudin dalam kenyataannya mendakwa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga adalah ahli Umno. Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor. Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan. Namun, Wan Ahmad menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah ahli UMNO. Beliau berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR. "Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan. Wan Ahmad berkata, beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR. Bazir masa Sementara itu, Lathefa Koya (gambar) dalam Twitter mendakwa polis telah membazirkan waktunya yang amat berharga apabila membuat siasatan terhadap Saifudin. "Masa yang berharga dan sumber telah dihabiskan oleh polis untuk menghadapi jenayah. Kerajaan pula menghabiskan masa polis untuk menyiasat pemimpin pembangkang," tulis beliau dalam Twitternya. |
SERAM: Pesawat AirAsia ada HANTU? Masak laa... Posted: 05 Aug 2012 03:55 PM PDT Lelaki terjun dari pesawat Miri: Penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Miri di sini, tertangguh hampir lima jam selepas seorang penumpang membuka pintu kecemasan dan terjun dari pesawat itu, malam kelmarin. Kejadian jam 7.25 malam itu mengakibatkan 200 penumpang dan krew di dalam pesawat panik. Pesawat itu hanya berlepas ke Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah malam.- BH Rupa-rupanya, mamat nie terjun dari pesawat AirAsia yang sedang berjalan kerana takut hantu yang merupa bebayang hitam... baca sini... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan