Addin |
- Staf Air Asia Dakwa Nampak Hantu Dalam Pesawat
- Panel Khas Royalti Hanya Sandiwara Umno BN
- Saifuddin Dakwa Anuar Tawar Lompat Parti
- Curi Kuih Di Surau Kerana Lapar
- 8 Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest
- Bekas Pengarah LPP Perak Pula Sertai PAS
- Rupa-Rupanya Tema Merdeka Negeri Kedah Tidak Sama Dengan Pakatan Rakyat Pusat
Staf Air Asia Dakwa Nampak Hantu Dalam Pesawat Posted: 06 Aug 2012 10:06 AM PDT MIRI – Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan. Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas."Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. "Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam. Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya. Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. ~info |
Panel Khas Royalti Hanya Sandiwara Umno BN Posted: 06 Aug 2012 08:29 AM PDT KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap jaminan Kerajaan Pusat yang tidak akan menafikan hak tuntutan royalti minyak hanyalah permainan mereka untuk menunjukkan sikap baik kepada rakyat negeri ini. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kelmarin adalah untuk mengurangkan tekanan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Di sebalik kenyataan itu, Mohd Amar menjelaskan pengumuman untuk bersikap telus menerusi penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum pilihan raya. "Sekarang ini mereka mahu sedapkan hati rakyat Kelantan dengan janji-janji itu untuk menunjukkan sikap baik mereka, apatah lagi sudah menghampiri pilihan raya."Bagi saya jawapan-jawapan yang diberikan ini adalah sebagai satu helah politik untuk tidak memberikan bayaran royalti kepada rakyat Kelantan," katanya kepada Sinar Harian semalam.Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri menjangkakan terdapat usaha terselindung di sebalik penubuhan jawatankuasa berkenaan. "Saya jangka selepas ini apabila jawatankuasa membuat keputusan Kelantan tidak layak dan tidak berhak atas tuntutan itu, maka mereka akan berselindung di sebalik ketetapan tersebut yang sekali gus menutup kesilapan mereka."Isunya kenapa selama ini boleh diberi kepada Sabah dan Sarawak dan Terengganu, tetapi apabila Pas memerintah Terengganu ia disekat, apabila Kelantan tuntut ada yang mempertikaikan jaraknya. Ini semua adalah helah politik," katanya.Mohd Amar sekali lagi menegaskan kajian tidak perlu kerana perkara berkaitan pembayaran itu sudah termaktub dalam perjanjian tuntutan royalti dan semuanya itu adalah tidak menghormati perjanjian. ~sinarharian |
Saifuddin Dakwa Anuar Tawar Lompat Parti Posted: 06 Aug 2012 07:32 AM PDT SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter."Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang."Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu."Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.~sinarharian |
Curi Kuih Di Surau Kerana Lapar Posted: 06 Aug 2012 01:56 AM PDT KULIM – Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau. Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri."Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya. Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. "Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan. "Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah."Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau."Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima. ~sinarharian |
8 Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest Posted: 06 Aug 2012 12:07 AM PDT Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ (Pelangi Indah di Gunung Everest (LINK)), ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan! ~info |
Bekas Pengarah LPP Perak Pula Sertai PAS Posted: 05 Aug 2012 10:37 PM PDT Azhar (dua, kiri) bersama Mohamad Sabu dan Mohammad Nizar.Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar YunusTELUK INTAN - Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai Pas, semalam.Pengisytiharan itu dibuat pada ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak di Kampung Bahagia dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Azhar, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan berkata, pengalaman bekerja di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak selama 11 bulan memberikannya satu suasana lain."Sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti."Saya merasakan kelainan, seakan satu semangat dan gembira apabila bekerja di bawah pemerintahan PR," katanya. Hadir sama dalam sesi ceramah berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.Azhar, anak jati Teluk Intan juga pernah menjadi Pengarah LPP di Negeri Sembilan dan Pahang.Azhar berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama ahli Pas dan PR lain membantu dalam misi menawan Putrajaya."Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya. Kemasukannya ke dalam Pas menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari Perak selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan sertai parti itu termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid. ~sinarharian |
Rupa-Rupanya Tema Merdeka Negeri Kedah Tidak Sama Dengan Pakatan Rakyat Pusat Posted: 05 Aug 2012 09:30 PM PDT ALOR SETAR - Kedah kekal dengan tema '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'bagi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri walaupun Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tema 'Sebangsa Sejiwa Senegara' bagi negeri-negeri PR. Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sejurus majlis pelancaran sambutan kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu. "Kita hormati keputusan Sekretariat PR yang mengumumkan tema 'Sebangsa Sejiwa Senegara' pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik," katanya. Beliau percaya tidak timbul pertikaian dalam penggunaan tema itu kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Pusat iaitu 'Janji Ditepati'. "Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula pemasangan kain rentang sudah dibuat. Yang penting tema kita berbeza dengan Pusat, yang jelas membuktikan diselitkan dengan kempen politik Barisan Nasional (BN)," katanya. Abd Ghani berkata, tema 'Terus Berbakti' dicadangkan oleh jawatankuasa induk Sambutan Hari Kemerdekaan dan mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Pada 1 Ogos lalu, PR mengumumkan tema 'Sebangsa Sejiwa Senegara', yang dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan PR daripada 250 cadangan yang diterima daripada orang ramai. Datuk A. Samad Said selaku pengerusi jawatankuasa terbabit berkata, tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam 'Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa' diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebaik mungkin. Menurutnya, tema itu dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan