shalehudin |
- #Janji Demokrasi: Tu dia PUNYA RAMAI ORANG
- AWAS: Mat Sabu dah sampai...
- Gambar Bob Lokman gagah ke Dataran Merdeka
- Dataran Merdeka dah jadi TANAH HARAM...
- #Janji Demokrasi: Orang ramai mula penuhi sekitar Dataran Merdeka
- Apa tengok-tengok, ada hutang ka?
- LAWAK: Sony ngan blackberry ponteng kelas ke?
- TERHOT: Lembu sapa SOMBONG sangat neh...
- HOT: Foto wanita misteri ngan lelaki yang amuk Putrajaya
- Hasrat CACAI Umno nak main sex gagal
- Setan memang kelaku lagu ni ka?
- AWAS: Wanita menyamar pegawai 'Bank Negara'
#Janji Demokrasi: Tu dia PUNYA RAMAI ORANG Posted: 30 Aug 2012 10:11 AM PDT #JanjiDemokrasi Terkini: Lautan rakyat yang cintakan demokrasi di Dataran Merdeka... Hidup Rakyat..!! Hancur Kezaliman..!! Hancur BN..!! Kami Juga Rakyat Malaysia...Tapi Umno Sombong..Ego Tak Pernah Nak Berubah...Sambut Merdeka Macam Ulang Tahun Parti Depa Punya...Lihat la Kebangkitan Anak Muda Di Dataran Merdeka !!!! |
Posted: 30 Aug 2012 08:30 AM PDT |
Gambar Bob Lokman gagah ke Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 08:00 AM PDT |
Dataran Merdeka dah jadi TANAH HARAM... Posted: 30 Aug 2012 07:31 AM PDT |
#Janji Demokrasi: Orang ramai mula penuhi sekitar Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 07:27 AM PDT |
Apa tengok-tengok, ada hutang ka? Posted: 30 Aug 2012 06:42 AM PDT |
LAWAK: Sony ngan blackberry ponteng kelas ke? Posted: 30 Aug 2012 05:25 AM PDT Woiitt... Sony ngan blackberry ponteng kelas ke? Kahkahkah... BACA.... Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5sen sebanyak 30 trak pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini. Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik. Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gaya" dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya. Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang. Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini. |
TERHOT: Lembu sapa SOMBONG sangat neh... Posted: 30 Aug 2012 01:06 AM PDT TERLONDEH!!! Musa Hitam buka tembelang Mahathir Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama! Tun Musa: "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut? Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim." Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election" . Zaman berubah seperti juga manusia - KHALID SAMAD |
HOT: Foto wanita misteri ngan lelaki yang amuk Putrajaya Posted: 29 Aug 2012 10:52 PM PDT Kenali Wanita misteri bersama lelaki amuk di Putrajaya tempohari. Rasanya semua pembaca masih ingat kisah lelaki mengaku imam mahadi yang mati ditembak ketika menyerang dan mengamuk di Putrajaya beberapa bulan yang lalu, dimana disamping mangsa terdapat seorang wanita misteri,,,, siapa wanita misteri itu... aku pun tak kenal.... Gambar sewaktu diluar mahkamah siang tadi.... Siap nak tunjuk simbol peace pulak... Ada sesiapa yang kenal dengan dia... talibarut siapa ni... - Manjung Mari |
Hasrat CACAI Umno nak main sex gagal Posted: 29 Aug 2012 07:35 PM PDT Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com. Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. "Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah. "Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya," kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang. "Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya," tulis blogger itu lagi.- Harakahdaily |
Setan memang kelaku lagu ni ka? Posted: 29 Aug 2012 05:50 PM PDT Cepatnya "Setan Yang Dikenali" si Mahathir lupa diri!! Meh gua nak ingatkan si madey balik!! Ada tak dia sebut kat bawah ni perkataan HUDUD PAS? Kalau dah jenis tak reti agama tu jgn ler buat2 pandai! Kan dah mengaku jadi setan!! 1- (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. 2- Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. 3- Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. 4- (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud. 5- (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam. 6- Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? 7- (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. 8- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." 9- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." 10- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini." 11- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." p/s: Hmmm.. Nampaknya pemimpin Agong parti Syaitan ini cuba nak buat U Turn pula pasal isu hudud.. mungkin dia terlupa kita sekarang bukannya hidup pada tahun 60 atau 70an.. orang yang tak ada capaian internet bolehlah dia perbodohkan... Tapiiii... yang gua hairannya ada juga yang tahu gunakan internet, tapi masih tak tahu nak bezakan mana yang benar dan mana yang bohong... awatlah bengong sangat depa tu?? FB |
AWAS: Wanita menyamar pegawai 'Bank Negara' Posted: 29 Aug 2012 01:00 PM PDT Peniaga kerugian lebih RM100,000 ditipu pegawai 'Bank Negara' LIMBANG: Seorang peniaga berusia 33 tahun kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari angkara tindakan seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara. Pegawai Penyiasat Polis Limbang, Inspektor Kantharuban Rajoo, berkata mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan, petang Isnin lalu. Wanita itu menyatakan bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796 dan pembayaran perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan akaun lain mangsa dibekukan oleh Bank Negara. "Walaupun mangsa tidak pernah memiliki kad kredit itu namun mungkin atas sebab panik, pembayaran dilakukan pada hari yang sama. "Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan untuk meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank milik mangsa ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku," kata Kantharuban kepada pemberita di sini, hari ini.Kantharuban berkata, mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000 selepas menerima panggilan itu ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah. Tetapi bila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai yang mempunyai nama berkenaan. Kantharuban berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi beliau di telefon bimbit 012-3029896. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan