Addin |
- (Kemaskini) Gambar Berduyun-Duyun Sertai Himpunan Janji Bersih Di Dataran Merdeka
- Najib Terlambat, Ucap Esok.. Anwar Ucap Kemerdekaan Malam Ini
- Mat Sabu Berceramah Di Mahkamah
- Mahkamah Sahkan Utusan Malaysia Penyebar Fitnah
- Samsung Perli Apple!! Bayar Denda USD 1 Billion Guna Syilling 5 Sen Sebanyak 30 Trak
- Rupa-Rupanya Mahathir Sudah Hilang Keyakinan Pada Najib
- Kes Ragut : Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan
- Panas!! Ahli Parlimen Umno Terus Kekal Walaupun Di Isytihar BANKRAP
(Kemaskini) Gambar Berduyun-Duyun Sertai Himpunan Janji Bersih Di Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 10:35 AM PDT |
Najib Terlambat, Ucap Esok.. Anwar Ucap Kemerdekaan Malam Ini Posted: 30 Aug 2012 06:53 AM PDT SHAH ALAM - Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit.Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). "Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam ini."Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti."Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan kerajaan pusat. "Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri," katanya lagi.Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri. Sementara itu, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini.Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain. Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini.Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil. ~sinar |
Mat Sabu Berceramah Di Mahkamah Posted: 30 Aug 2012 05:25 AM PDT Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British. Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis. "Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad. |
Mahkamah Sahkan Utusan Malaysia Penyebar Fitnah Posted: 30 Aug 2012 03:11 AM PDT Sah!! Utusan memang akhbar pembawa fitnah no. 1 Malaysia.. tak percaya? Mahkamah telah membuktikannya.. Dalam perbicaraan kes saman DS Nizar ke atas Utusan, Utusan telah di arahkan bayar ganti rugi.. maknanya Utusan bersalah menyebarkan fitnah. So.. kepada pembaca tegar Utusan.. henti-hentikanlah membelidan membaca akhbar sampah nih. Mahkamah pun dah putuskan akhbar Utusan agen pemfitnah no. 1..
|
Samsung Perli Apple!! Bayar Denda USD 1 Billion Guna Syilling 5 Sen Sebanyak 30 Trak Posted: 30 Aug 2012 01:11 AM PDT Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini. Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik. Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung. Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gaya" dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya. Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini. |
Rupa-Rupanya Mahathir Sudah Hilang Keyakinan Pada Najib Posted: 29 Aug 2012 09:10 PM PDT SHAH ALAM - Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak menolak pelaksanaan hukum hudud seperti terkandung dalam Islam, sebaliknya hanya tidak boleh menerima hudud Pas menunjukan manifestasinya tidak yakin dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak percaya urus tadbir kerajaan sekarang sehingga terpaksa buka mulut tentang undang-undang, politik dan ekonomi. "Saya tetap menghormati hak bersuara beliau kerana ia baik dari segi demokrasi tetapi beliau memberi terlalu banyak sangat komen. "Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah pun buat begitu kerana mereka yakin dengan pengganti mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau menolak hudud Pas, tetapi menafikan pernah berkata beliau menolak hudud Islam. Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada dalam al-Quran. Tambah Salahuddin, Dr Mahathir sudah beberapa kali bercakap sebegitu. "Kalau benar beliau yakin dengan hukuman hudud sebagai perundangan Islam, kenapa beliau tidak buat apa-apa sewaktu memerintah selama 22 tahun lalu. "Mengapa apabila kerajaan (pimpinan) Pas di Kelantan dan Terengganu meminda enakmen undang-undang jenayah syariah, Pas pula dikatakan melaksanakan 'hudud Pas'?" kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. ~sinar |
Kes Ragut : Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan Posted: 29 Aug 2012 07:04 PM PDT KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ. Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam. Ibu kepada dua cahaya mata yang pengsan selepas kejadian itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan. Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja. "Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya. "Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan," katanya. Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa. "Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian," katanya. Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri. Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan. ~sinar |
Panas!! Ahli Parlimen Umno Terus Kekal Walaupun Di Isytihar BANKRAP Posted: 29 Aug 2012 04:53 PM PDT Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika :- (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan. Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu. Apa sudah jadi nei... |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan