Jumaat, 3 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Rambut Rosmah KEMBANG sangat...

Posted: 03 Aug 2012 08:00 AM PDT

Kedudukan BN Sabah tak tergugat...???

Bagus...
BIARKAN Najib berkeadaan BUTA DALAM CELIK camtu
Najib tu tak nampak apa yang sebenarnya berlaku di Sabah...
Kerana terlindung rambut kembang Rosmah...

Kahkahkah....

Memang tak tergugat...
Tapi GOYANG jer....
Hehehe...


Hari-hari akhir seorang NAJIB...

Posted: 03 Aug 2012 04:54 AM PDT

Pening!! apa lagi strategi nak kekal berkuasa?

Macam -macam dah buat tapi rakyat masih tak nampak lagi malah kena kutuk saban hari...

1.kes liwat DSA -tak jalan jugak

2.Sepol-tak boleh pakai,mana kau menghilang?

3.Nak kata MB Selangor tak bagus-rakyat boleh terima seadanya

4.Nak salahkan PAS-makin ramai pengikut nampaknya

5.Bersih tu haram,jahat,pengganas-mahkamah kata OK je sah,tak de salah apa pun

6.BAgi duit BRIM,TRIM-depa ambil sokongan belum pasti

7.Bagi bonus-depa ambil-bolehke dapat undi?

8.Bagi subsidi petrol-tetap rakyat merungut juga harga barang mahal

9.Buka kedai 1M-hangat hangat tahi ayam je,barang tak ada kualiti

10.Buka Klinik 1M-bagi panadol je,doktor pon tak ada

11.Suruh buat lagu Merdeka-aduiii kena kutuk pulak..apalah bala kau ni Rais!

12.Tangkap Rafizi-supaya dia tak bongkar banyak lagi rahsia!

13.Rahsia kerajaan-camana pulak boleh terlepas pada pembangkang,ni bukti ramai tak sokong kerajaan,adoiii semua pakat nak tolong bongkar

14-Polis-ramai yg dah insaf tengok ex-boss mereka join pakatan,tak semua polis tu bodoh dan jahat

15-SPRM-org dah makin tak pecaya

16-SPR-banyak sangt penipuan rakyat dah nampak,expalian camana pon,zama dah canggih..adoiii tak boleh tipu lagi....

15-apa lagi, Bank Negara - tarik masuk kancah politik, sbb yg lain dah tak boleh pakai.kot kot boleh membantu..kita tengok apa kesudahannya

16.mana pergi semua mentri aku ni??makan gaji buta ke,tolongla fikir kan camana lagi nak kekalkan kuasa?

17.Harap cai kat alamaya-otak tahap budak skolah tadika,camana nak bagi point yg org boleh terima..gaduh budak-budak bolehlah..

18.lepas ni tak yahu lah apa nasib...masuk penjara,hospital jiwa,lari keluar negara,kena malukan dgn orgramai,kalau Allah tunjjukkan kemungkaran sekarang camana?

19.Cai plak camana,sapa nak sponsor mereka,aaah biarlah diorag fikir!!sapa suruh bodek aku...

Ingat ,kita tak selalunya senang.andainya kita menganaiya sesama kita maka akan tiba balasannya kelak.

KUASA hanyalah pinjaman, gunakan se adilnya.kelak pasti akan di tanya


KESIAN: Menteri Umno neh baru terbit dari gua...

Posted: 03 Aug 2012 02:35 AM PDT

Mustapa yakin BN tawan Kelantan PRU 13

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin akan menawan Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang dengan memenangi 23 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Walau bagaimanapun, Mustapa (gambar) mengakui usaha itu bukan mudah memandangkan pilihan raya kali ini disifatkan paling mencabar.

"Saya tahu sukar sebab ia bukan satu pilihan raya yang senang, ia cukup mencabar, namun kita perlu bekerja bersungguh-sungguh
"Kalau terlalu yakin kita takut akan alpa dan malas untuk membuat kerja," katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Ahli parlimen Jeli itu mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang melahirkan keyakinan PAS Kelantan mampu mempertahankan negeri ini dengan memperoleh majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu Mohd Amar enggan mendedahkan jumlah kerusi yang disasarkan dengan menyifatkan ia sebagai rahsia parti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebelum ini pernah menyuarakan sasaran untuk menawan 23 kerusi Dun daripada 45 kerusi demi memastikan kemenangan Umno di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, pemimpin Umno wajar bersatu-padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan semua isu berbangkit yang dimainkan pembangkang demi kekuatan parti.

Beliau berkata, ketidakpuasan hati terhadap calon yang terpilih pada pilihan raya nanti perlu dihindari, sebaliknya wajar memberikan sokongan penuh terhadap keputusan pucuk pimpinan parti.

"Di sini kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, sebagai pemimpin kita kena ada disiplin dan kesetiaan kepada parti. Kita perlu mula melihat akan keadaan ini dan kena bersatu-padu menyelesaikan semua isu yang pembangkang main," katanya.

Umno Kelantan sedang menunggu keputusan terakhir senarai siapa calon yang akan bertanding pada PRU13, kata Mustapa lagi.- TMI


Adakah Raja Petra pun dah kena beli...

Posted: 02 Aug 2012 11:15 PM PDT

RM200,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.


Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.


Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva. Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

"Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek," kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

"Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya. 
"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya," jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya. Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair. Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.- Harakahdaily


Sebab musabab Najib kencing tak lawas.. BACA...

Posted: 02 Aug 2012 08:35 PM PDT

Lagi khabar gembira dari Sabah minggu depan – Anwar

PETALING JAYA 2 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau ke negeri itu minggu hadapan.

"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik dan kita kena bersedia," katanya ringkas kepada pemberita pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.

Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.

Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Wilfred pula merupakan Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Manah Merdeka, Pengerusi BN Tuaran dan pernah sertai parti Pertubuhan Kebangasaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kedua-dua mereka menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah dan Pakatan Perubahan Sabah.

Penyertaan mereka itu disaksikan Anwar pada majlis pelancaran kedua-dua penubuhan tersebut di Sabah, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu. - KD


SPRM tahan Inspektor dan Lans Koperal...

Posted: 02 Aug 2012 05:52 PM PDT

SPRM tahan Inspektor, Lans Koperal siasat minta rasuah RM3,000

MIRI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Lans Koperal bagi siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan di sini.

Sumber SPRM berkata, wang itu kononnya sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas ahli perniagaan itu berhubung kes penyelewengan diesel.

Suspek, masing-masing berumur 30 dan 31 tahun yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditahan pada jam 9.40 malam semalam di sebuah hotel di sini, katanya kepada di sini, hari ini.

"Sekarang kedua-dua suspek ditahan reman," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu hari atau maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA


Tiada ulasan: