Addin |
- Kepala Babi Cemar Masjid Di Perancis
- Ini Petanda Berakhirnya Karier Politik Rais Yatim?
- George Kent Berbohong.. Ini Buktinya
- Janda Jadi Hantu Bernyawa Sejak 11 Tahun Lalu
- Pencipta Lagu "Janji Di Tepati" Cakap Belum Finalise Lagi.. Tapi Dah Keluar Dalam Youtube
- Selemah-Lemah Pak Lah Tidak Tarik Logo Merdeka
- Jenazah Tidak Reput Setelah 17 Tahun Meninggal Dunia
- JAIM Serbu Markas Ponteng Puasa Di Melaka
- Cuepacs Buat Tuntutan Lagi.. Adakah Najib Akan Layan?
- SYABAS Sengaja Tak Selenggara Rumah Pam Supaya Wujud Krisis Air Di Balakong?
Kepala Babi Cemar Masjid Di Perancis Posted: 03 Aug 2012 08:48 AM PDT MONTAUBAN – Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu. Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman. Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu. Beberapa khabar angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendam susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu. Sementara itu, konflik antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat meningkat semula, Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa. Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan sifat perkauman dan diskriminasi agama. ~info |
Ini Petanda Berakhirnya Karier Politik Rais Yatim? Posted: 03 Aug 2012 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR - Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah) Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan "Janji Ditepati" walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipe ~rtahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik. Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – 'Janji Ditepati' yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai. Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" amat menyinggung perasaan.Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu 'Janji Ditepati' masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan."Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan. "Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi 'Tidak Suka' berbanding '523' yang mengundi suka.Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak? ~harakahdaily |
George Kent Berbohong.. Ini Buktinya Posted: 03 Aug 2012 01:59 AM PDT Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya untuk projek sambungan LRT Ampang. alam satu kenyataan hari ini, Rafizi berkata dalam satu surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar telah menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales - telah "gagal dalam penilaian kewangan". Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture telah "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan". Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi. ~mkini |
Janda Jadi Hantu Bernyawa Sejak 11 Tahun Lalu Posted: 03 Aug 2012 12:42 AM PDT JOHOR BAHRU - "Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi 'dimatikan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu. Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan. "Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis. "Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia," katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini. Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001. ~sh |
Pencipta Lagu "Janji Di Tepati" Cakap Belum Finalise Lagi.. Tapi Dah Keluar Dalam Youtube Posted: 03 Aug 2012 12:20 AM PDT SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebuah panel khas ditubuh bagi menentukan keaslian lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan. Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang supaya jangan membuat tuduhan secara sembarangan. "Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati (sempena sambutan) merdeka tu lagu tiruan. Pembangkang jangan pandai tuduh saja," kata beliau dalam satu mesej menerusi twitter pagi ini. Dalam mesej twitter terdahulu, dihantar sekitar jam 7 pagi tadi, Rais menulis, "penggubah lagu Janji Ditepati menafikan mereka menciplak. Harap tiada isu lagi." Di sebalik kontroversi berkenaan dengan lagu tema dan juga tema Hari Kemerdekaan, Rais berkata, semangat patriotik menyambut kemerdekaan seharusnya mengatasi kepentingan fahaman politik sempit. Laporan Bernama semalam memetik penggubah lagu itu, Jasnie Mohd Yaakub berkata, lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini. Beliau berkata, lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia. "Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan. "Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya. Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' kelmarin dan mendengar melodinya semalam. Beliau menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu. Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'. Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi.~sh |
Selemah-Lemah Pak Lah Tidak Tarik Logo Merdeka Posted: 03 Aug 2012 12:20 AM PDT KUANTAN - Selemah-lemah Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), tidaklah sampai logo sambutan Hari Kemerdekaan perlu ditarik balik seperti sekarang, di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. "Maknanya zaman Najib lebih lemah daripada pentadbiran Pak Lah," kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. Suhaimi berkata, buat pertama kali dalam sejarah negara, tema Merdeka gagal memberikan inspirasi pada rakyat sehingga rakyat mencadangkan tema yang baru. "Najib sememangnya sedang melengkapkan kejatuhan BN," tambah beliau. Pada 29 Julai yang lalu, Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo Hari Kemerdekaan negara yang ke-55 akhirnya selepas diserang kiri dan kanan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti mana sambutan pada tahun lepas bercanggah dengan kenyataannya yang lepas ketika mempertahankan logo tersebut. Malah, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi." Suhaimi juga berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan tema Merdeka yang dipilih rakyat, melalui Pakatan Rakyat iaitu "Sebangsa, Senegara dan Sejiwa." Beliau berkata tema itu lebih menepati hasrat rakyat pelbagai kaum di Malaysia. "PAS Pahang mencadangkan semua kain rentang, bunting yang akan dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat dan rakyat sempena sambutan Merdeka meletakkan tema baru ini. "Malah, negeri-negeri Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan tema dan logo yang akan dikeluarkan kemudian dalam acara rasmi sambutan kemerdekaan di negeri masing-masing," cadang beliau. ~hrkh |
Jenazah Tidak Reput Setelah 17 Tahun Meninggal Dunia Posted: 02 Aug 2012 11:07 PM PDT Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. (Gambar) Mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah). Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia. Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. ~info |
JAIM Serbu Markas Ponteng Puasa Di Melaka Posted: 02 Aug 2012 06:23 PM PDT BANDARAYA MELAKA – Segelintir umat Islam di negeri ini bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan berpuasa, malah turut mempertikaikan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan serbuan di beberapa lokasi, semalam. Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam serbuan yang dilakukan, sebanyak 10 saman dikeluarkan membabitkan individu berusia antara 40 hingga 50 tahun. Menurutnya, pihaknya kesal dengan perilaku individu terbabit yang secara sengaja berada di lokasi berkenaan sehingga menimbulkan syak wasangka masyarakat lain. "Kita kesal dengan keadaan ini kerana walaupun kita tidak nampak perbuatan sebenar mereka namun tindakan kebanyakan mereka ini boleh menimbulkan syak dan dianggap seolah-olah mempersendakan agama. "Tindakan mereka juga boleh menjejaskan imej Islam di mata bukan Islam kerana pastinya akan memandang remeh terhadap perintah berpuasa di bulan Ramadan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Rahimin berkata, antara kawasan yang terbabit dalam serbuan itu adalah Bukit Rambai, Pantai Puteri, Tangga Batu, Cheng, Ujung Pasir dan sekitar pusat bandar. Menurutnya, kebanyakan mereka yang diambil tindakan berada di premis makanan milik bukan Islam. "Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 49 (1) dan (2), Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana makan atau minum atau membeli makanan atau minuman atau merokok pada waktu siang di bulan Ramadan. "Sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali dan untuk kesalahan kedua berikutnya denda RM2,000 atau penjara 24 bulan," katanya. Rahimin berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan operasi hampir setiap hari bagi memastikan golongan yang tidak menghormati kesucian Ramadan dibanteras. ~sh |
Cuepacs Buat Tuntutan Lagi.. Adakah Najib Akan Layan? Posted: 02 Aug 2012 06:17 PM PDT PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus. Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam. "Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah. "Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini. Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian. Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan. "Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya. Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam. Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat. "Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. ~bernama Addin : Dah berbuih Cuepacs mohon tapi Umno BN buat dekk jer.. Buat penjawat awam sama-sama kita ubah kerajaan pada PRU 13 nanti bagi masa depan yang lebih baik.. Ayuh sama-sama kita ubah!! tumbangkan Umno BN.. |
SYABAS Sengaja Tak Selenggara Rumah Pam Supaya Wujud Krisis Air Di Balakong? Posted: 02 Aug 2012 04:48 PM PDT SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan,krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan. "Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya."Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan."Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku."Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan