Rabu, 29 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Sib baik bukan Zul Noordin... kahkahkah...

Posted: 29 Aug 2012 09:37 AM PDT

Zul Komando diburu

IPOH: Seorang penipu dikenali Zul Komando kini diburu pihak berkuasa selepas dikesan mendalangi sindiket penipuan berprofil tinggi yang menawarkan tanah kerajaan untuk disewa.

Suspek berasal dari Teluk Intan, Perak dibantu empat lelaki lain dalam kes pencerobohan tanah seluas 400 hektar di Sungai Tumboh, Bandar Universiti, Seri Iskandar, di sini.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, sindiket itu licik memalsukan lesen pendudukan sementara (TOL) sebelum memajakkannya kepada 338 pengusaha dari luar Seri Iskandar dengan kadar sewaan RM135,000 bagi tiga tahun.
"Untuk mengaburi mata kerajaan, sindiket ini menggunakan nama peserta yang didakwa orang tempatan bagi menyokong permohonan mendapatkan tanah. Kes ini sedang disiasat sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya.
Menurutnya, Zulkifli dan kumpulannya pernah mengemukakan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah Seri Iskandar pada September 2010 tetapi ditolak Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JPTD) pada Februari lalu.
"Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tanah itu sudah pun diceroboh sebelum permohonan dibuat. Pencerobohan itu tetap diteruskan walaupun menyedari permohonan itu ditolak. 
"Sebelum itu, sindiket itu bertindak membersihkan hutan dan mengeluarkan hasil balak bernilai jutaan ringgit tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri," katanya.
Syed Mokhtar berkata, pencerobohan tanah haram milik kerajaan itu adalah yang terbesar dikesan di negeri Perak setakat ini dan melanggar peruntukan Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis lalu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri melaksanakan operasi bersepadu dianggotai 350 penguatkuasa pelbagai agensi termasuk RELA, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Pejabat Tanah Seri Iskandar.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa memusnahkan 52 hektar kebun pisang dan 112 hektar kebun sayur sebagai usaha memutihkan kawasan itu daripada aktiviti penerokaan tanah haram.

Turut dimusnahkan ialah lima rumah kongsi yang didiami lebih 50 pekerja asing tanpa izin warga Indonesia.

Katanya, operasi pemutihan itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.- myMetro


Sori la Fathul Bari, gua no komen... Ngeee...

Posted: 29 Aug 2012 08:28 AM PDT


Surat belum sampai, dah kecoh satu Malaya...

TERBAEK dari Ust Haron Din...

Posted: 29 Aug 2012 07:30 AM PDT


Terbaek dari Ust Haron Din
(Salah sorang dari 4 orang Ulama yang di kenali dunia, dari Malaysia)


PANAS: Pelakon ni nak JOIN Pas jugak ka?

Posted: 29 Aug 2012 05:23 AM PDT

Pelakon Iqram Dinzly Bakal Sertai PAS?

Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita. Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan.

Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak. Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.
"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik.
Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.
"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.
Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya. Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif.
"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya. 
"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini. 
"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.
Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. ~murai.com


HANGIT: Bila Ulama Umno CUTI bercakap...

Posted: 29 Aug 2012 02:22 AM PDT

'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'....

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama


WAJIB tengok: KOMPILASI arang di muka Najib

Posted: 28 Aug 2012 11:26 PM PDT

Kompilasi air Pahang, teruknya negeri Najib

Media umno tak habis-habis sebelum ni cuba burukkan Selangor dan Kelantan dengan isu air.

Al-maklumlah 2 negeri ni negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, bukan oleh kerajaan BN, kalau diperintah kerajaan BN isu air ni akan naik kejap dan diam terus seolah-olah tak wujud pun isu air.

Dengar kata najib dah luluskan gula-gula politik untuk pikat orang kelantan, lepas cuba burukkan tak jadi, umno tukar taktik konon perihatin, perihatin sebelum pilihanraya.

lepas tu kata "janji dicapati" dan mintak rakyat balas budi. kah..kah..kah..

Pahang pulak ape cite... cuba cite cikit, dengar teruk benar masalah air kat sana.

















Sebelum sibuk konon nak ambik air Pahang bawak ke Selangor.. bina dulu empangan dan loji dekat Pahang la... betul-betul "janji dicapati" la.. kah..kah..kah.


KESIAN: Tolong bagitau kat Mak Cik Felda sat

Posted: 28 Aug 2012 08:22 PM PDT


Kepada Warga Felda, sila semak status pinjaman bank kerana membeli saham Felda Global Ventures. Saya telah mendapat info dari kekawan bank yg simpati dan aduan anak peneroka; bahwa interest atas pinjaman FGVH pada kadar 5% setahun atau 53 sen sehari telah mula dikenakan kpd peminjam. Ia belum mengambil kira kos2 tertentu oleh pihak bank sebagaimana persetujuan perjanjian antara peneroka dgn bank,
juga spt terkandung dlm blue form.

Selagi mana pinjaman tidak dibayar balik, interest dikira setiap hari. Barang diingat, pinjaman saham urusan dgn bank, manakala jual beli saham dgn FGVH melalui agennya di pejabat2 Felda. Maknanya pinjaman akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Jangan ambil ringan kerana ia soal hutang piutang yg akan terus menimbun dan interest yg merupakan riba'. Suatu dosa besar. Ada kekawan bank tak sampai hati tengok peneroka kena tipu maklumkan kepada saya. Peneroka masih dalam hayalan, menyangka dapat untung atas saham ribu2; tak sedar terperangkap dgn bala' hutang atas pinjaman yg mereka buat.

Kasihan peneroka, sedang ditipu bangsanya sendiri....

SUMBER: Mazlan Aliman (Anak)


TERHOT: Kisah Dr Haron Din halau Setan...

Posted: 28 Aug 2012 05:50 PM PDT

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir

SHAH ALAM- Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 
"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya. 
"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.
"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", kata nya.
Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali".

- Harakahdaily


Pecah rumah Imuda, sempat makan kueh raya

Posted: 28 Aug 2012 12:00 PM PDT

Pelawak Imuda Kerugian RM7,000 Rumah Dipecah Masuk

Imuda.

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya, Selasa.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata, suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjaramaksimum lima tahun dan denda," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: