Rabu, 29 Ogos 2012

Addin

Addin


Gambar Yang Paling Tidak Sesuai Di Siarkan Di Utusan Dan Berita Harian

Posted: 29 Aug 2012 09:08 AM PDT


Agak-agaknya mahu ke utusan dan berita siarkan gambar nih di muka depan akhbarnya. Utusan dan berita mungkin siar tapi ambik gambar audien yang cipot-cipot je.. ataupun masa audien belum datang. 


Program Umno boleh ke menggamit masyarakat Tiong hua menyertai program mereka? Mungkin orang ramai datang tetapi setelah dipaksa atau di bayar serta disediakan kenderaan.. itulah cara BN selama ini.

Hebat!! Zulkifli Noordin Tahu Tarikh Pembubaran Parlimen.. Bacalah..

Posted: 29 Aug 2012 03:15 AM PDT

Menurut Zul Nordin tarikh pembubaran Parlimen sudah pun ditetapkan. Atau dalam erti kata lainnya, Zul dah tahu tarikh sebenar bila PRU ke 13 akan diadakan. Bagaimana Zul Nordin dapat maklumat ini tidak pun diketahui asal usulnya.Tetapi yang melucukan ialah, apabila dia kata sekarang dia dah boleh tidur sebab dah tahu bila tarikh PRU 13. Sepatutnya bagi aku dia lagi tak boleh tidur sebab menandakan beliau akan pencen selepas PRU 13 ni.

Kalau dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu memang sengaja cari nahas untuk balik awal. Pengundi di sana sedia untuk menendangnya bila-bila masa. Perkara kedua, siapa yang akan bagi laluannya untuk bertanding?.




Adakah BN begitu kekurangan calon untuk meletak calon-calon Bebas ini menggunakan lambang mereka. Atau BN akan memberikan laluan kepada calon-calon Bebas ini bertanding 1 lawan 1 dengan calon PR.

Ini sesuatu yang mustahil.Jika perlawanan 3 penjuru membabitkan calon BN, calon PR dan calon Bebas dimana calonnya adalah Zul Nordin, di kawasan manakah yang paling strategi untuk Zul Nordin menang?.

Sepatutnya ini yang Zul Nordin harus peningkan sekarang. Hairan bila Zul Nordin boleh kata 'mike dah boleh tidoq' sekarang... ~pulakdah

Kakitangan KTMB Diupah RM30 Untuk Ke Himpunan Janji Di Tepati

Posted: 29 Aug 2012 01:20 AM PDT




Semakin hampir dengan hari kemerdekaan, semakin terdesak nampaknya kerajaan UMNO/BN dalam menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia bagi menjayakan Himpunan Janji Dicapati.
Jika semalam telah beredar dialam cyber sekeping surat mengerahkan kakitangan DBKL untuk keprogram itu, hari ini terdedah pula bahawa kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga menjadi mangsa kerahan.

Kehadiran kakitangan DBKL adalah diwajibkan dan akan direkodkan menurut pekeliling yang beredar itu.. sila lihat di ( SINI )

Namun begitu kakitangan KTMB yang menjadi mangsa kerahan bolehlah dianggap lebih beruntung dari Mahasiswa yang menjadi mangsa kerahan itu.

Ini kerana Kakitangan KTMB dikatakan akan dibayar RM30 seorang berbanding Mahasiswa yang hanya dibayar RM20 seorang untuk ke himpunan itu.. sila baca di ( SINI )
KUALA LUMPUR 29 Ogos: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.

"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan," katanya .

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai 'target' lebih 100,000 hadir program itu," katanya.

Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen 'Sayangi Selangor' yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan 'Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan' dan 'Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup - Keadilan Daily

Kenapa jelas sangat terdesaknya Kerajaan UMNO/BN untuk memenuhkan himpunan Himpunan Janji Dicapati itu..

Selama ini apa yang kita dengar Najib sering berkata sokongan rakyat terhadap UMNO/BN semakin kukuh dan meningkat..

Kalau kukuh dan meningkat kenapa terdesak pula.. tak perlu dikerah.. rakyat akan turun tanpa kerahan jika benar apa yang Najib katakan itu... ~asd



Rupa-Rupanya Ini Perangkap BN Untuk Kelirukan Rakyat

Posted: 28 Aug 2012 11:52 PM PDT

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menggunakan isu agama termasuk hukum hudud sebagai salah satu daripada tiga perangkap untuk mengelirukan rakyat dan menawan kembali sokongan terhadap perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.

"Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.

"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.

"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya. ~sinar

Anwar Gempur Dataran Shah Alam

Posted: 28 Aug 2012 09:01 PM PDT

PETALING JAYA 28 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini. Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini. "Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.

Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

"Ketua Setiausaha (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan jelas tidak menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada susunan kerusi untuk kita. Tapi kita boleh datang bersama rakyat di luar stadium," ujarnya sinis.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Kamaruddin Siaraf berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan menerusi layar di luar stadium kerana tempat duduk hanya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Logo dan tema Pakatan diterima baik

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan temanya 'Senegara, Sebangsa, Sejiwa' diterima baik oleh rakyat.

Malah katanya, kempen menggunakan logo tersebut kini giat dijalankan di negeri-negeri Pakatan iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

"Tema dan logo diterima baik, bahkan di negeri Pakatan Rakyat, pintu gerbang dinaikkan (logo) dengan begitu meriah. Di Selangor juga sudah dinaikkan semalam.

"Tidak ada apa-apa masalah. Kita menyatakan pendirian menolak tema dan logo Umno BN yang berbentuk partisan. Kita tampil dengan tema yang lebih berbentuk masyarakat dan sekarang tiba masanya untuk kita merayakannya," jelas beliau. ~kd


(Video) Gempar!! Rakyat Malaysia Hilang Sifat Membantu? Mangsa Rompak Dibiar Tanpa Bantuan..

Posted: 28 Aug 2012 07:42 PM PDT

Cuba tanya pada diri sendiri, sekiranya kita berada di satu tempat yang jauh dari keluarga atau rumah, di waktu itu kita ditimpa dengan kesusahan seperti tayar pancit, duit tidak ada, kereta rosak, dengan siapa kita akan meminta bantuan? Yang pasti, kita akan cuba meminta bantuan atau pertolongan dari orang sekeliling. Betul atau tidak? Sebab, tidak ada sesiapa ahli keluarga terdekat yang boleh membantu kita.

Ini adalah salah satu video yang penulis temui dalam laman You Tube. Sakit hati, geram, marah, mengucap panjang!

Semuanya perasaan yang beremosi marah penulis rasa tatkala mononton video sepanjang tujuh minit ini.

Video ini mungkin akan membuka mata kita semua bagaimana peribadi dan perangai rakyat Malaysia yang semakin menjadi-jadi apabila meletakkan kepentingan diri atau nafsu sebagai tunjang utama dalam diri masing-masing.

Video ini memaparkan kejadian rompakan sebuah motor di sebuah stesen minyak di kawasan Henti Rehat Butterworth, Kulim Expressway.

Masih lagi baru kejadian itu berlaku iaitu pada 10 Ogos 2012, ketika umat Islam sedang giat menunaikan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Ironinya, ketika kejadian rompakan yang berlaku di waktu tengah malam itu, terdapat beberapa orang lain lagi yang menjadi saksi kejadian kejam oleh dua orang suspek yang begitu berani dan tidak putus asa mencuba merompak motor mangsa.

Apakah mereka tidak mempunyai perasaan kasihan kepada si mangsa yang cuba menghalang dirinya dirompak?

Untuk rekod, kejadian sama juga berlaku beberapa bulan lepas di mana seorang warga tua dirompak di Pulau Pinang.

Namun, warga emas itu langsung tidak dibantu oleh orang ramai yang melihat dan menyaksikan kejadian itu berlaku.

Anda saksikanlah sendiri video ini dan nilai sendiri. Tanya dalam diri kita.

Ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan budaya tolong-menolong yang diamalkan sejak dahulu lagi?

Kalau kejadian atau kes seumpama ini senang-senang 'diamalkan' di Malaysia, alamatnya, negara kita akan menjadi seperti negara China yang seolah-olah 'membenarkan' kejadian jenayah berleluasa dari masa ke semasa.

Fikir-fikirkan!

~mynewshub

Lihat video di sini.


Penggali Kubur Maut Tertimbus Liang Lahad

Posted: 28 Aug 2012 06:58 PM PDT

KUANTAN – Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya. Dalam insiden pada 10.15 pagi tadi di tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood berkata mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan patah leher. Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua. "Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.

"Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar.

"Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Zundin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. ~utusan

Tiada ulasan: