Selasa, 28 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Sapa pemimpin pembangkang yang kena tahan neh?

Posted: 28 Aug 2012 09:10 AM PDT

Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama


SAH: TV3 memang PENIPU... [MAI TENGOK]

Posted: 28 Aug 2012 05:00 AM PDT

Percayakah anda...

TV3 SUKU memang 3 sukunya semakin menjadi-jadi. Selepas menyiarkan sinetron Umi Hafilda hinggakan Manchester City pun disangkakan Manchester United... FB

Kahkahkah...


Doa apa yang kak Mah dok baca neh?

Posted: 27 Aug 2012 10:49 PM PDT

K'jaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang Anwar

KUALA LUMPUR 27 Ogos: Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.

Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.

Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters(Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.

Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.
"Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan," kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.

Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.

Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.

Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa", bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.

Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia.- KD


BERITA HANGIT: Penjual burger rugi RM12,000

Posted: 27 Aug 2012 08:55 PM PDT

Raptai hari kemerdekaan bermula...


Jalan-jalan disekitar ibu kota KUALA LUMPUR DITUTUP....
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup bermula petang ini sehingga awal pagi Ahad bersempena raptai dan sambutan Hari Polis ke-205.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor, dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan berkenaan akan ditutup mulai 6 petang hingga 12 tengah malam Jumaat untuk raptai manakala untuk sambutan Hari Polis Sabtu ini pula penutupan jalan bermula 3 petang hingga 2 pagi Ahad. 
Antara jalan yang terbabit ialah Jalan Kinabalu ke laluan susur ke Bukit Aman, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Hang Kasturi/Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn/Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka. - BERNAMA

BERITA HANGIT
MENURUT PENJUAL BURGER ATAN (BUKAN NAMA SEBENAR) TELAH MENGALAMI KERUGIAN RM12,000 AKIBAT DARI PENUTUPAN JALAN-JALAN TERSEBUT...

LEBIH MENAKUTKAN IALAH TARIAN PUNGGUNG AKAN DILAKUKAN SECARA BESAR BESARAN DISELURUH MALAYSIA SEBAGAI MENGALU ALUKAN LANGKAH PENUTUPAN TERSEBUT....

DEMIKIAN LAPORAN SEKINCHAN 3 SUKU...

Kahkahkah...

P/S: BENGONG BETOILA PADA SESIAPA YANG PERCAYA....

Kahkahkah...


INI OLANG cakap tak selupa bikin... ptuuiihh...

Posted: 27 Aug 2012 05:30 PM PDT

"Umno pula dilihat mengambil kesempatan terhadap kemelut yang dihadapi oleh orang Melayu di sebelah pulau. 
"Sepatutnya mereka menjadi pejuang menyelamatkan bangsa, bukan mengambil peluang memperolehi keuntungan peribadi atau kroni. 
"Semua slogan untuk membantu Melayu hanya bagaikan tin kosong. Lagi lama memberikan kekuasaan pada Umno, Melayu akan terhakis. Projek yang datang pula diboloti oleh mereka yang bijak mencatur dalam bidang perniagaan. Penduduk hanya berputih mata," kata Ustaz Fauzi.- FB


Tiada ulasan: