shalehudin |
- HARAM punya DAP, Setan dia kata BUDIMAN?
- Memang nak MAMPUIH betoi Be End neh...
- Muka Mak Cik Felda yang boring ngan Pak Lah
- TERKINI: Annuar Tetap Saman...
- KANTOI: Umi mula melondeh Najib ngan Pak Lah
- Ni sebabnya MB Azizan HILANG, bukan sakit teruk
- BONGKAR, Sebab Masjid Al-Aqsa retak [GAMBAR]
HARAM punya DAP, Setan dia kata BUDIMAN? Posted: 26 Aug 2012 10:15 AM PDT ADUN DAP: Khir Toyo lebih budiman WAWANCARA ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau melihat mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebagai pemimpin yang lebih berbudi bahasa dan beradab berbanding Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. "Kedua-dua pemimpin ini ada satu ciri yang sama, kedua-duanya pemimpin Umno di negeri Selangor. "Yang kedua, dua-dua pemimpin ini rakus tetapi perbezaan antara Noh Omar dan Khir Toyo, Khir Toyo nampak tak segarang Noh Omar. "Dia tidak gengster (seperti Noh Omar)", kata Ng dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.Ng merupakan pemimpin DAP yang bertanggungjawab mendedahkan isu melibatkan sebuah rumah milik Khir Toyo sehingga membawa kepada pendakwaan terhadap ADUN Sungai Panjang itu di mahkamah. Khir Toyo kemudiannya didapati bersalah menggunakan kedudukannya selaku menteri besar untuk membeli rumah dan tanah itu pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun dan kini dalam proses merayu hukuman itu. Selepas Khir, Ng kini dalam proses mendedahkan satu urusniaga tanah yang dikaitkannya dengan Noh Omar. Projek udang Noh bagaimana pun menafikan dakwaan Ng dan menjelaskan beliau hanya terlibat sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanah kepada syarikat ternakan udang. Lanjutan dari pendedahannya, Ng kini berdepan dua saman fitnah bernilai RM10 juta setiap satu daripada Khir Toyo dan Noh Omar. "Sekarang nilai saya di pasaran 20 juta," kata Ng yang kelihatan tidak terjejas dengan tindakan undang-undang itu. "Racun di tangan kananmu (Khir Toyo), dan racun juga di tangan kirimu (Noh Omar). Bukan madu. Apa yang saya nak berikan padamu? Hanya racun sahaja," kata Ng lagi sambil ketawa besar.Bagaimana pun, Ng berkata beliau masih lagi bertegur sapa dengan Khir Toyo dan berkunjung ke majlis rumah terbuka hari rayanya selepas pendedahan itu. Khir Toyo katanya berbeza sama sekali dengan Noh Omar yang diibaratkannya seperti "gengster". "Selepas dedahkan rumah dia pun saya pergi ke rumah terbuka hari raya Khir di Simpang Lima. "Dia pun layan saya dengan baik. Ini cara politik yang sihat.Tetapi Noh Omar ini luar biasa. Rakus satu, ego, sombong, garang, ganas, gengster, samseng. "Enam ciri-ciri dalam satulah. Bukan 3-dalam-1 tetapi 6-dalam-1," katanya lagi.Secara kebetulan pula, kata Ng, DUN Sekinchan terletak di antara kawasan DUN Sungai Panjang Khir Toyo dan parlimen Tanjung Karang yang diwakili Noh Omar. Insiden makan malam Mengulas lanjut mengenai sikap Noh, Ng turut menceritakan kembali satu insiden dalam satu majlis makan malam sempena Tahun Baru China pada awal tahun ini yang turut dihadiri menteri tersebut. Menurutnya, beliau dijemput selaku ADUN Sekinchan dan diletakkan semeja bersama Noh Omar yang turut sama diundang ke majlis anjuran persatuan nelayan di Sekinchan itu. Ng mendakwa, Noh yang tiba lewat sejam daripada masa yang sepatutnya terus meninggikan suara bertanya kepadanya jika Ng ada menerima satu "surat saman" daripadanya. Ng yang berang apabila disaman sedemikian oleh Noh berkata beliau beliau kemudiannya mencabar menteri tersebut untuk meneruskan tindakan undang-undang itu. Namun, mereka berdua mengalihkan tumpuan dengan membelek-belek telefon masing-masing untuk meredakan keadaan. Ng turut mengimbau kembali insiden hitam apabila dipukul kira-kira 30 orang lelaki yang didakwa diketuai seorang pegawai Noh. Ng kemudian dimasukkan ke hospital selama dua hari susulan kejadian 4 November 2010 itu. Noh dalam maklum balasnya mendakwa Ng cuba melakukan demonstrasi haram di kawasan itu dan layanan yang beliau terima daripada penduduk setempat itu adalah setimpal dengan perbuatannya. "Sebagai menteri kalau ada ADUN pembangkang atau siapa-siapa kena pukul kita wajar nyatakan simpati dan kita minta polis siasat. "Jadi saya labelkan Noh Omar ini menteri samseng. Bermula dari situ dan sekarang ini saya target dia sebagai antara sasaran utama saya," katanya.Masalah industri pertanian Ng turut mengkritik Noh yng didakwa mengabaikan industri perikanan dan beras yang merupakan nadi ekonomi Sekinchan. "Masalah harga padi ia dimonopoli syarikat Bernas (Padi Beras Nasional). "Sekarang dia dimiliki Syed Mokhtar Albukhary. Maknanya apabila wujud monopoli, petani nak jual padi atau beras mereka kepada orang-orang luar dari Kedah ada sekatan, ada kekangan, ada halangan. "Harga beras tidak dapat dilonjakkan," kata Ng.Menurutnya lagi, nelayan pengusaha bot dengan permit B di Sekinchan juga menghadapi masalah menggaji pekerja apabila orang tempatan tidak berminat untuk melakukan tugas itu. "Mereka tidak dibenarkan Jabatan Perikanan mengupah pekerja asing. "Situasi pada masa itu rakyat tempatan tidak berminat dengan industri perikanan maka dengan itu kekurangan tenaga kerja. "Bagaimana bot permit B ini hendak meneruskan perniagaan mereka kalau tiada pekerja," katanya.Di akhir wawancara, Ng berikrar akan memberikan saingan sengit kepada Noh Omar dan BN dalam pilihan raya akan datang bagi kawasan Sekinchan dan sekitarnya. "Pilihan raya akan datang, Parlimen Sungai Besar kita akan lawan. "Tanjung Karang saya yakin (kita boleh menang) 51-49. "Noh Omar walaupun dia kuat, di depan saya yakin Pakatan Rakyat mengekori sedikit sahaja lagi di belakang. "Memang sukar walau berapa banyak billboard sekali pun Noh Omar dirikan kita akan lawan," kata Ng. |
Memang nak MAMPUIH betoi Be End neh... Posted: 26 Aug 2012 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Ogos: Kerajaan cuba bermain silap mata apabila menaikkan harga RON97 secara senyap untuk menutupnya daripada pengetahuan rakyat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mendakwa mereka prihatin apabila menurunkan harga RON97 sebanyak 20 sen, walaupun ia tidak diikuti dengan penurunan kos sara hidup dan lain-lain barangan keperluan. "Tetapi sebulan kemudian, mereka naikkan kembali harga (RON97) tanpa buat sebarang pengumuman. Tindakan ini seperti bermain silap mata dengan rakyat," katanya ketika dihubungi.Azan berkata, silap mata itu akhirnya mendedahkan kebodohan Umno BN sendiri kerana rakyat semakin bijak dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber. 10 Ogos lalu, harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.70 seliter. Tiada sebarang makluman rasmi dibuat berhubung kenaikan itu. Walhal, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru sahaja mengumumkan penurunan harga minyak itu sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter pada 4 Julai lalu. Justeru, Azan menggesa kerajaan menghentikan 'silap mata' sedemikian dan berterus terang kepada rakyat dalam setiap keputusan yang ditetapkan. "Dahulu, tiada sesiapa pertikai proses dan pelaksanaan projek sebesar KLIA dan KLCC yang dilihat hebat tetapi terpalit dengan kekotoran (penyelewengan). "Kerajaan tidak lagi mempu berbuat demikian kerana setiap tindakan mereka akan dinilai. Rakyat sudah nampak muslihat dan cara silap mata mereka," kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu lagi.- KD |
Muka Mak Cik Felda yang boring ngan Pak Lah Posted: 26 Aug 2012 06:15 AM PDT Kenyataan Pak Lah tidak yakin dengan Najib... Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan. Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008. "Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya," kata beliau yang popular dengan panggilan "Pak Lah". "Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi. "Saya dah lalui semua itu sebelum ini." Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya. Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undisecara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus. Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi. Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN. Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.- Sumber... |
TERKINI: Annuar Tetap Saman... Posted: 26 Aug 2012 02:20 AM PDT 'Saman terhadap FAM ikut prosedur' TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menjelaskan bahawa kes samannya terhadap badan induk bola sepak negara itu tetap berjalan mengikut prosedur yang sah. Menurut Annuar, Mahkamah Tinggi Shah Alam kini memberikan peluang kepada peguamnya untuk memberi keterangan selepas FAM dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengemukakan jawapan balas terhadap afidavit yang difailkan oleh beliau sebelum ini. "Proses ini terpaksa dilalui terlebih dahulu di mana hakim mendengar dahulu setiap keterangan berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian barulah mahkamah yang membuat keputusan. "Sekiranya mahkamah berasakan keterangan afidavit kedua-dua pihak yang dikemukakan sudah memadai, maka keputusan berhubung kes ini akan dibuat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kes samannya terhadap FAM yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui tetuan Jaswant & Kamaruddin pada 6 Jun lalu. Terdahulu, beliau meraikan lebih 10,000 tetamu yang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak, Kota Bharu semalam. Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah memfailkan saman pemula terhadap FAM berhubung kes penggantungannya. Dalam saman tersebut, Annuar menamakan FAM sebagai defendan pertama manakala Azzuddin sebagai defendan kedua. Annuar memberitahu, beliau bersedia menerima sebarang keputusan yang bakal diputuskan oleh pihak mahkamah selepas ini. "Harapan saya semoga segala kesamaran yang timbul berhubung kes ini akan dapat dileraikan sebaik mungkin. "Soal bila keputusan tersebut akan diumumkan tidak perlu dibangkitkan, biarlah mahkamah yang tentukan," ujarnya.Pada 4 April lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan bahawa Annuar digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri. Ia ekoran dakwaan terhadap Annuar yang telah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar yang mana hanya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sahaja yang boleh memberi komen berkenaan dengan skuad kebangsaan.- Kosmo |
KANTOI: Umi mula melondeh Najib ngan Pak Lah Posted: 26 Aug 2012 12:18 AM PDT Umi Hafilda kecewa Pak Lah menggantung keahliannya sebagai ahli Umno Gombak. PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008. "Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. "Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri," katanya. Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya. Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak. "Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah," katanya. Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik. "Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar," katanya. Mana menteri? Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang. "Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin," katanya lagi. Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan. "Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10,000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8,000 orang. "Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya," kata Umi lagi. Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno. Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu. Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.- RM |
Ni sebabnya MB Azizan HILANG, bukan sakit teruk Posted: 25 Aug 2012 08:05 PM PDT Azizan nafi sakit teruk Amiruddin (kanan) dan Faekah (tiga, kanan) melayan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka MB di Seri Mentaloon. ALOR SETAR - Ketidakhadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis-majlis rasmi sejak penghujung Ramadan, termasuk majlis raya bersama anak muda Kedah, Rabu lalu menimbulkan pelbagai spekulasi, konon beliau mengalami masalah kesihatan serius. Spekulasi bertambah kencang apabila semalam, kelibat Azizan tidak kelihatan pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Hanya isteri Menteri Besar, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah bersama ahli keluarga dan barisan Exco Kerajaan Negeri menyambut ketibaan tetamu yang hadir. Manakala Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah hadir mewakili Menteri Besar pada majlis itu. Mengulas perkara itu, Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar, berkata, Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan. "Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya. Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama," katanya.Menurutnya, bagaimanapun, Azizan mengalami alahan ubat selepas itu menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis 'Jom Anak Muda, Raya Dengan MB', Rabu lalu, di Seri Mentaloon. "Azizan hadir pada Rumah Terbuka Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, Khamis lalu bertemu penduduk setempat dan beliau bercadang bertemu media, semalam, namun masih tidak sihat sepenuhnya," katanya.Amiruddin berkata, buat masa ini, Azizan berehat di rumahnya dan dinasihatkan doktor supaya tidak menyertai aktiviti luar. "Azizan dijangka berehat sehingga Selasa depan, dan jika sihat akan mempengerusikan mesyuarat Exco minggu depan. Rakyat tidak perlu bimbang kerana keadaan Azizan tidak serius," katanya.Menurutnya, sepanjang Azizan bercuti sakit, urusan pentadbiran negeri berjalan lancar .- SH |
BONGKAR, Sebab Masjid Al-Aqsa retak [GAMBAR] Posted: 25 Aug 2012 07:00 PM PDT Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa? Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan.. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam. Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam. Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan. Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid) Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil Al-Aqsa. Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin. Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan. Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT. Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya. Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam. Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata. Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia. Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno. Tuhan Ra Tuhan Osiris Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal. Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal? Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.- RM |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan