Ahad, 26 Ogos 2012

Addin

Addin


Kenapa Dunia Sembunyikan Rahsia Besar Tentang Kaabah?

Posted: 26 Aug 2012 09:44 AM PDT

Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. 


Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. 

Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."


Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah.

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat BumiProf. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukarn jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.

Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..' (Asy-Syura: 7)Kata 'Ummul Qura' berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau GreenwichBerdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain.

GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langitAda beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.' (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka'bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi) ~info

Kantoi!! Rupa-Rupanya Fan Pages Kontroversi Milik Pemuda Umno

Posted: 26 Aug 2012 07:57 AM PDT

SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

(Gambar) Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia.

Getakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut."Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu.

Namun begitu, timbul persoalan di kalangan pengikut yang mengikuti fanpage itu.Antaranya mempersoalkan siapa dalang yang memuat naik poster berkenaan serta perkembangan siasatan polis.Pengikut, Nur Miba mempersoalkan laporan polis yang dibuat Ketua gerakan itu, Khairy Jamaluddin selain ingin tahu siapa admin yang dikeluarkan dari fanpage Pemuda Umno tersebut."Ye ye je KJ cakap akaun palsu. Rupanya akaun betul la nih... siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye. Siapa admin yg kena remove tu? Cepat dedahkan siapa... memburukkan imej Pemuda Umno.

Kami mahu admin dedahkan siapa dalang," katanya.Menurut seorang lagi pengikut yang menggunakan nama  Ezad Hafidz: "Mula-mula kantoi, tak mengaku ini page Umno. Pastu kantoi lagi, minta maaf dan buang admin pulak. soalan aku, siapa admin yang dibuang tu? Ye ke admin tu dibuang?"Permintaan maaf yang dibuat kira-kira jam 10 malam itu turut menerima reaksi positif apabila ada peminat yang menerima permintaan maaf tersebut.

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Muammar Ghadafi menulis:"Aku secara individunya mampu menerimalah dan tindakan ini wajar dipuji walaupun terlambat dan bila jadi isu besar baru bertindak."Mohd Afzan pula berkata: "Saya sebagai rakyat Malaysia menerima permintaan maaf anda."Semalam Khairy memberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu gerakan itu.

Beberapa hari lalu pula Khairy menyahut cabaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.Isnin lalu, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." ~sinar



Pelakon Iqram Dinzly Bakal Sertai PAS?

Posted: 26 Aug 2012 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita.Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan.

Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik."Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. 

Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan."Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.

Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif."Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini."Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.

Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. ~murai.com



"Pusat Memang Sokong Hudud Sejak Dulu Lagi" - Adun Umno Kelantan

Posted: 26 Aug 2012 02:19 AM PDT

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud."Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

"Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud," katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki  jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.

"Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul."Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.

"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya. ~sinar

Gambar Najib Beraya Bersama Daniyar Nazarbayev

Posted: 26 Aug 2012 01:18 AM PDT


Dari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam.



Kelihatan Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam. Turut kelihatan, dan isteri Mantan Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah.



Samsung, Apple Di Dapati Bersalah

Posted: 25 Aug 2012 10:19 PM PDT


Mahkamah Korea Selatan memutuskan firma Apple Inc. dan Samsung Electronics Co. menggunakan paten lawan masing-masing dan mengenakan pengharaman terhadap sebahagian produk dua syarikat berkenaan di sini selain diarah membayar pampasan.


Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan Apple menarik balik iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 daripada kedai di Korea Selatan manakala produk Samsung yang diharamkan ialah GalaxyS2. Produk iPhone 4S dan Galaxy S3 boleh terus dijual.

Samsung diarah membayar 25 juta won (RM66,000) kepada lawannya manakala Apple diarah membayar pesaingnya, 40 juta won (RM109,353). ~AP


Tiada ulasan: