Khamis, 23 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Bangsa Umno dilarang BACA, takut tak sampai akai

Posted: 23 Aug 2012 09:00 AM PDT

MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN - ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH


PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

UNTUK YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.


Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.


Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.


Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.(TT)

KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU


NOTA:
tulisan ini telah dikeluarkan tahun lalu
tahun ini di ulang siar untuk
kita semua mengingati kemabli
pejuangan gerila pembebasan
tanah melayu yang angkat
senajat lawan british!


WAJIB BACA: Hikayat setan ngan iblis

Posted: 23 Aug 2012 08:33 AM PDT

Kalau BN adalah parti syaitan, maka Umno mestilah Iblis — Sakmongkol AK47

23 OGOS — Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira-kira 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65 peratus, Cina 25 peratus , India 7.5 peratus dan lain-lain sebanyak 1.3 peratus. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli Umno ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli Umno. Kita ramai dari ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada Umno. Kalau ahli Umno mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi tidak benar kalau Umno mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli Umno mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi tidak benar juga kalau Umno mati, maka Islam dan Raja-raja Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyiddin, Noh Omar. Melayu lain terus hidup. Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan Umno. Umno kata kalau Umno tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana Umno cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh-bodoh. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh-bodoh mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli Umno semuanya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak Umno ialah DAP. Sebab Umno iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi Parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah Umno mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau Umno mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. Tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama Kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap mengenai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. Umno boleh kelentong ahli-ahli mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli Umno.

Baru-baru ini, Pemuda Umno membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di Internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran Internet ini dilakukan oleh Pemuda Umno atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja Pemuda Umno yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, keretapi dan mengagihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda Umno tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui Internet, kita suruh lah MCMC menyiasatnya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam Umno mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh Umno. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa Umno syaitan? Dalam BN, Umno adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Bolehlah kita sebut Umno sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC Datuk syaitan.

Semenjak tahun 1981, Umno dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya Dr Mahathir adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia "by definition" adalah seorang Melayu. Apalah yang susahnya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit-belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairanlah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah Melayu sebab dari definisinya mereka telah memenuhi syarat-syarat seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan Umno/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. Umno pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa-rupanya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan Cina sama Cina atau India sama India. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar Umno ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin Umno dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka FELDA boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga FELDA. Bila syarikat FELDA disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta-juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka (Melayu biasa) dengan Isa Samad (Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istimewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).


Dr Asri ni TIBAI sapa pulak dahh... [BACA]

Posted: 23 Aug 2012 03:00 AM PDT

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama. 
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. 
"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".


"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. 
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. 
"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.- Malaysiakini


Nik Aziz tunggu bola TANGGUNG Umno... hehe...

Posted: 22 Aug 2012 11:25 PM PDT

Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respon MCA

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.

Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai. 
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.

Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.

Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.- Harakahdaily
P/S: Mampuih keraih la kalau nak tengok Umno berani TIBAI presiden parti tokey-tokey tuh pasai isu hudud neh...


BONGKAR: Umno memang busuk perut

Posted: 22 Aug 2012 07:35 PM PDT

PROPAGANDA & FITNAH - SINONIM DGN BUDAYA UMNO/BN

Era APU :
Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah / APU!. Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn. Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990, dimana Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU. Gambar palsu Tengku Razali memakai tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno. Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam. Pemimpin APU tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang ! Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn. Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!!

Era REFORMASI :
Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia! Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah. Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno! Mereka sudah cukup meluat dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu.

Era MERDEKA RAKYAT :
Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. UmnoBn cukup gusar andainya mereka tewas kali ini sudah pasti seribu satu satu macam kes rasuah dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula, iaitu isu agama !

Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya. Gendang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3!
P/S : Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!! Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak ! Sedarlah! Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupuin terpaksa menggadai agama !!!


Dah enam cucu, elok la bersara... hehe...

Posted: 22 Aug 2012 05:20 PM PDT

ADUN Teluk Air Tawar Tidak Bertanding Semula Dalam PRU-13

Jahara Hamid.

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, dan akan memberi laluan kepada darah muda.

Jahara yang berusia 61 tahun, dan mempunyai dua anak lelaki serta enam cucu, berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya sekarang apabila tempohnya berakhir.
"Saya sudah bersedia untuk bersara dan membantu melatih beberapa calon muda yang berpotensi untuk menggantikan saya. Ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menggantikan saya. 
"Kami mahu mempunyai satu pasukan yang baik (dengan calon-calon Barisan Nasional-BN di Pulau Pinang), dan saya bersedia untuk melepaskannya," katanya kepada para pemberita di rumah terbuka Hari Raya di Taman Robina, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.
Jahara berkata, beliau tidak percaya "memegangnya selama-lamanya" bagi kedudukan itu, sambil menambah beliau sudah pun membuat keputusan untuk bersara, dalam separuh tempoh lima tahunnya.

Menurut Jahara, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan memberi perhatian kepada kerja-kerja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jahara, yang mulai aktif dalam politik sejak tahun 1983, berkhidmat dalam dua tempoh sebagai exco negeri yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Wanita, Belia dan Sukan.

Beliau merupakan ADUN-BN kedua yang tidak bercadang untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, selepas ketua pembangkang negeri, ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

GAMBAR banjir kilat kat Kolumpo

Posted: 22 Aug 2012 12:00 PM PDT

Banjir Kilat Landa Segambut, Kuala Lumpur Ogos 2012

Hujan lebat yang berlaku menyebabkan beberapa kawasan terutama di sekitar Segambut mengalami banjir kilat. Antara kawasan yang dinaiki air ialah Masjid Ubaidiah, Stesen Kereta Api Segambut, Kampung Lekuk Kelapa, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Derahman berkata, pihaknya segera menghantar anggota untuk operasi menyelamat ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai banjir itu pada pukul 4.04 petang, 21 Ogos...


Tiada ulasan: