pemuda cheh |
Kimia dalam gincu, ubat gigi boleh bawa masalah jantung, otot Posted: 22 Aug 2012 02:48 PM PDT Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, menurut para penyelidik. Mereka mendapati Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah, boleh menghalang proses otot, termasuk jantung, menerima isyarat dari otak. Dalam ujian ke atas tikus, mereka mendapati satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan. Para penyelidik lantas memberi amaran bahawa ada bukti kukuh ia mungkin menjejas kesihatan manusia. Namun, pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras Triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding pendedah yang dialami manusia. Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka bagi menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan. Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California, Amerika Syarikat, berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan. Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai penyelidikan itu. Beliau berkata bagi seorang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan. Namun, jika seseorang itu mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar. Pasukan itu menyuntik sekumpulan tikus dengan Triclosan. Mereka melihat satu pengurangan ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan