Rabu, 22 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Takutkan Islam sampai macam nih... [BACA]

Posted: 22 Aug 2012 10:56 AM PDT

Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim

Cebisan yang dipercayai daging babi.

NEW YORK - Polis New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.

Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah.
"Polis masih melakukan siasatan dan berharap tiada spekulasi berhubung kejadian yang dianggap sebagai Islamofobia," katanya.
Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.

Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.

Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan.- SH


Sedap betoi cara ORANG BIJAK tibai Umno [BACA]

Posted: 22 Aug 2012 07:42 AM PDT

Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi

Saya tidak mahu percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyinya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam derhaka.

Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti derhaka.

Kita telah pun menyempurnakan ibadat puasa. Kenalah tahu beberapa iktibar daripada ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan.

Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan-kebiasaan ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong Pakatan Rakyat.

Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali-kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdiknya mereka.

Ada termaktub di mana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? Tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Mereka tidak ada lebih daripada kita dan kita pun tidak kurang daripada mereka.

Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka daripada belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesearang bukan sebab dia berbinkan sifulan-sifulan - tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.

Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai-nilai kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan (achievement values and universalism) . Apa maknanya istilah-istilah ini?

Maknanya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka.

Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna daripada seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya ditentukan boleh melakukan kerja-kerja yang ditetapkan oleh masyarakat.

Contoh: orang daripada kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau universiti, disebabkan dia datang daripada keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.

UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang daripada keluarga bangsawan dan elit. Bodoh pun tidak mengapa, keturunan itu yang penting. Itu UMNO. Rakyat menolaknya.

Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan kekal dalam keadaan feudal. Feudal ertinya, majoriti rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun-temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang di bawah tidak akan dapat naik ke atas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini, maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.

Cuba orang Melayu berfikir- apa sebab mereka lebih mundur daripada kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persekitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?

Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini?

Jawapannya kita dapati dengan membezakan nilai-nilai, motif, serta insitusi sosial dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi sosial mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit.

Orang Melayu mundur sebab nilai-nilai yang mereka pegang menyekat mereka daripada kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Umno menjadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat Jebat, yakni enggan menerima secara membabi-buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang teruji, tahan lasak, robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.

Tapi Melayu sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk.

Memang benar kita ada pembangunan fizikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung maknanya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

Selama 22 tahun di bawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun di bawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan orang Cina dan India.

Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.

- Ariff Sabri (Sakmongkol AK47)


Mampuih la Umno kali neh...

Posted: 22 Aug 2012 05:45 AM PDT

Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'

Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka.

Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri.

"Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung.

Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung.

Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan "Turunkan Harga Kereta".

Berbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi.

"Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik

Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika.

Menurutnya, Pemuda Umno sendiri menggunakan bulan Ramadan untuk menyantuni golongan memerlukan yang merupakan acara tahunan pergerakan tersebut.

"Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN.

Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan.- Malaysiakini


Orang Pahang mengamuk sakan!! Pasai apa?

Posted: 22 Aug 2012 02:41 AM PDT

setelah seminggu rumah ayah aku takda air, malam ni baru lori JBA dtg bawak air. bila ditanya dgn soklan2 cepumas... brader2 JBA tu kata kitorang tak tau Jengka takda air, takda info dari 'org atas'... habistu selama ni JKKK buat apa. Tok 4 buat apa... setakat nak duk goyang teloq kira 1, 2, 3, 4.. baik takyah pegang jawatan..step down la! Tak sampai hati aku tengok ayah tua tadah ayaq macam pengemis tepi jalan, angkut naik rumah dlm gelap... weiiiiiiiii hangpa ni tokleh pikiaq ka...
Kahkahkah....

Media dok kata Selangor, Kelantan x pandai urus air.. tapi hakikatnya negeri PM Najib Razak lagi teruk.. ada hati pulak tu nak jual air kat Selangor... inikah JANJI DITEPATI.. dan dekat 40 tahun mcm tu jugak.... Masa utk berubah sudah tiba.. Rakyat jangan terus tertipu lagi smpai bila2... FB


Produk TERBAEK keluaran Malaysia...

Posted: 21 Aug 2012 08:35 PM PDT

Malaysia terkenal dengan FITNAH!!!!!


AWAS!! Mee segera ada lilin pulak dahh...

Posted: 21 Aug 2012 03:00 PM PDT

Awas! mee segera dilapisi lilin

Oleh Posmen
Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:

  • Masak mee segera dalam periuk.
  • Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
  • Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
  • Makan seperti biasa.

Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan.

Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.


Detik cemas ibu dan bayi kat Kepala Batas

Posted: 21 Aug 2012 12:00 PM PDT

Detik cemas bagi ibu dan bayi bila kereta dilarikan

Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di Kepala Batas kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
Nurul Izzah berkata pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.
"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya semalam.
 Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.

Katanya wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan.

Nurul Izzah, yang juga adik kepada ketua biro Bernama Perak, Muna Khalid, tidak menyangka kejadian sebegini berlaku ketika orang ramai sedang sibuk dengan persiapan raya.

Katanya sejurus selepas kejadian itu, suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas.

- Bernama


Tiada ulasan: