Rabu, 22 Ogos 2012

Addin

Addin


Najib Makin Terdesak, Cilok Idea Pakatan Rakyat

Posted: 22 Aug 2012 10:11 AM PDT

Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?". Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. 


Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakeretadengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.RAFIZI RAMLIPENGARAH STRATEGI KEADILAN

Kisah Menarik Gadis Cina Peluk Islam

Posted: 22 Aug 2012 07:16 AM PDT

Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk RenunganTahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu.

Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.Loo Jo Yee Binti AbdullahBeliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam.

Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar.

Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala.

Belia menjalani cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.Keesokan harinya, ketika beliau medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.Note – Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri.

Alhamdullilah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Rupa-Rupanya Sebab Ini Azwan Ali Hentam TV3

Posted: 22 Aug 2012 12:00 AM PDT


Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

"Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri."Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam.Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 p yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN."Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.



Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'."Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya.Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik. ~kd

Logo Baru Merdeka Ciptaan Rais Yatim Mula Tersebar?

Posted: 21 Aug 2012 09:52 PM PDT


Logo baru merdeka mula tersebar.. Setelah lama menunggu. Cuba ko orang perhatikan betul-betul macam ada persamaan dengan logo merdeka Pakatan Rakyat je.. Ko orang lihat dan nilailah sendiri..







Dan bawah nih pulak logo ciptaan Paktan Rakyat yang lebih cun dari cilptaan BN..



Sumber

Daging Babi Bertaburan Di Taman Tumpuan Orang Islam

Posted: 21 Aug 2012 08:40 PM PDT

NEW YORK - Polis  New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah."Polis masih melakukan siasatan dan berharap tiada spekulasi berhubung kejadian yang dianggap sebagai Islamofobia," katanya.

Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.

Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan. ~sinarharian



Tiada ulasan: