Selasa, 14 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


TERHOT: Naik lunyai KJ kena TIBAI...

Posted: 14 Aug 2012 10:04 AM PDT

Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar

Khairy Jamaludin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan 'jilted' dan bercakap benar-benar seperti 'attribute' yang ada pada UMNO. Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang UMNO dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya UMNO.

Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena 'jilted'? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin UMNO apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang 'sour grape'.

Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam UMNO kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Tun Ghaffar keluar dari UMNO.

Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam UMNO bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam UMNO itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.

Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?

Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang UMNO tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli UMNO yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.

Khairy harus sedar yang UMNO itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam UMNO. Apa faedahnya laku dalam UMNO jika UMNO itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam UMNO kerana budaya UMNO itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.

Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.

Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam UMNO itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar UMNO. Di dalam UMNO Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang 'legitimate' dalam parti itu. Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja.

Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang UMNO menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya UMNO kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak.

Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan UMNO dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.

Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya UMNO yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.

Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang UMNO hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana.

Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal…masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli UMNO di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam UMNO itu.

Yang Khairy anggap tidak laku dalam UMNO dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan UMNO dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini.

Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam UMNO itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin UMNO itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang.

Apa faedahnya laku dalam UMNO, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam UMNO itu.

- Aspan Alias


Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah?

Posted: 14 Aug 2012 01:48 AM PDT

Akhil Hayy, tuan sudah berubah, bro

Akhbar online Mstar menulis, "Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

"Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing."

Siapa 'ahli politik yang tidak bertanggungjawab' itu? Dulu bukan lu aktif dalam PAS? Sekarang bunyi lain macam sahaja? Gua masih ingat sejelas-jelasnya ucapan dan perjuangan lu. Gua masih simpan CD lu di pentas-pentas fikrah Islam dahulu. Dulu gua respek seorang ustaz rock.

Mstar memetik beliau berkata, "Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?"

Gua mahu tanya lu, bro. Adakah salah memperjuangkan politik Islam? Lu juga faham dan kerap kali berkata bahawa Islam itu adalah politik atau merangkumi politik yang tidak akan terpisahkan. Islam tanpa politik bukanlah perjuangan Rasulullah (SAW).

Ah, tuan sudah berubah kini. Sudah banyak hasil atau sudah glamor, bukan? Gua sudah hilang respek dengan lu, bro! Atau gua yang salah faham, bro? -Web Sutera

Ulasan GB

Dunia seorang artis penuh pancaroba - dunia glamor. Di dalam ulasan GB di tulisan Web Sutera di atas, GB katakan iman manusia turun dan naik. Apabila seseorang itu tidak mengikatkan dirinya bersama-sama dengan jemaah Islam melalui apa juga aktivitinya terutama usrah, maka ia mudah sangat dibaham oleh sang serigala.

Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad).

Kita perlu sentiasa berada di dalam jemaah. Hidup di bawah imbauan pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran (mafhum Surah Al-Asr 3-4).

Mengenai artis-artis yang turut terlibat berceramah di pentas-pentas PAS, ia bukan satu kesalahan malah ia amat dianjurkan kerana prinsip asas dakwah Islam ialah "perbaiki dirimu dan serulah orang lain". Ia bersandarkan kepada hadith rasulullah "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.".

Untuk berdakwah tak perlu tunggu jadi seorang ustadz/ustadzah atau ulamak. Lebih malang pula kalau jadi ustadz dan ustadzah tiba-tiba keluarkan pandangan yang menyalahi ajaran ugama sendiri seperti ungkapan tiada politik di dalam ugama atau mengkafir-harbikan orang secara membuta-tuli!

- GB


GAMBAR Hassan Ali kena MAIN sengsorang

Posted: 13 Aug 2012 10:13 PM PDT

Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.

Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan".

Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:
Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? 
Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. 
Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? 
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. 
Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? 
Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. 
Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? 
Hasan: Ya, tidak ada. 
Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? 
Hasan: Ya setuju. 
Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? 
Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). 
Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? 
Hasan: Ya! 
Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. 
Hasan: Saya tak setuju!
Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.
Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. 
Hasan: Saya tak pasti. 
Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? 
Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.

- KD


PANAS: Ni dia muka PANGLIMA hangus

Posted: 13 Aug 2012 08:16 PM PDT

NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil. 
"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.
Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan.

Katanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan. A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.

Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.

Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.

Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.

- Malaysiakini


Ustaz neh WAJIB kena check Air Kencing...

Posted: 13 Aug 2012 04:44 PM PDT

Kena check air kencing ustaz bodo neh...
Kalau tak kena pil ectassy, mesti pil kuda...
Hehe...

Tiada ulasan: