Addin |
- (Gambar) Ust Nasharuddin Mat Isa Bersama Najib Ke Mesyuarat OIC
- (Gambar) Mampukah Najib Melakukan Perkara Seperti Ini?
- Bangunan Umno Port Selamat Lepas Nafsu Serakah
- Misteri Lukisan Serangan WTC Di Amerika Syarikat 11 September
- Gambar Isteri Menteri Umno Berubah Wajah Sempena Ramadhan
(Gambar) Ust Nasharuddin Mat Isa Bersama Najib Ke Mesyuarat OIC Posted: 14 Aug 2012 10:19 AM PDT MAKKAH, 14 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini. Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah. ~bernama Addin : Selepas muktamar pemilihan yang lepas, makin jelas geng2 UG nih.. Di harapkan janganlah Ust Nasha menjadi seperti Hassan Ali. Tiada jalan pintas untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan Islam. Pasti ada mehnah dan dan tribulasinya. Di tengah perjuangan pasti ada yang kecundang, samada syahid atau menjadi pembelot. Moga Allah SWT memberi petunjuk jalan kebenaran kepada jemaah ini. | ||
(Gambar) Mampukah Najib Melakukan Perkara Seperti Ini? Posted: 14 Aug 2012 08:05 AM PDT Gambar-gambar ini tak mungkin diterbitkan disemua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.Rakyat tertunggu-tunggu, bila lagi Datuk Seri Najib Tun Razak mau lakukan perkara yang serupa seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mengaku perjuangkan Islam bukan saja mampu memimpin negara tetapi mampu memimpin solat. Perkara asas yang wajib ada pada setiap pemimpin Islam.KALAU MEMIMPIN SOLAT DAN KELUARGA PUN TAK MAMPU NAK DILAKUKAN.. JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN ISLAM ~mae | ||
Bangunan Umno Port Selamat Lepas Nafsu Serakah Posted: 14 Aug 2012 03:31 AM PDT BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai. "Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja. "Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai. Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya. "Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik. "Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya," katanya. ~sinarharian | ||
Misteri Lukisan Serangan WTC Di Amerika Syarikat 11 September Posted: 13 Aug 2012 11:45 PM PDT Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang. Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana. Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini. Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai. Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku. Siapakah pelukisnya?
Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire. Memang banyak kajian telah dilakukan, dan ada yang mengutarakan pendapat seolah-olah serangan kapal terbang terhadap WTC adalah satu bentuk konspirasi. Konspirasi yang dimaksudkan di sini adalah mahu memburukkan nama Islam dan supaya Islam dipandang sebagai seorang pengganas. ~melayukini | ||
Gambar Isteri Menteri Umno Berubah Wajah Sempena Ramadhan Posted: 13 Aug 2012 08:05 PM PDT
Mungkinkah negara kita Malaysia sudah 55 tahun merdeka, maka sedikit sebanyak ada hamba-hamba Allah ingin membuat perubahan, kalau artis-artis wanita yang sebelum ini hidup dengan penuh glamour boleh berubah bila mendapat hidayah,, tak mustahil bini-bini menteri pun ada juga yang ingin berubah... Kalau sebelum ini biasa kita lihat wajah-wajah beliau yang cukup glamour, sama naik dengan Rosmah... Harap-harap berubah terus lah,,jangan hanya sekadar nak menghadap depan Al-Quran sempena bulan bulan Ramadhan sahaja nak tutup aurat... ~manjungmari |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan