shalehudin |
- PANAS: Bekas Menteri TERPELUK Anwar
- Gambar-gambar gempa bumi utara Iran
- PEHAL NEH, MINTAK MAAF tak cium tangan ka?
- VIDEO: Depa neh JELES tengok Noh Omar KAYA
- Gambar Azmil Mustafa yang letih ditangga
- Gambar-gambar sekitar Monorel terkandas
PANAS: Bekas Menteri TERPELUK Anwar Posted: 12 Aug 2012 10:35 AM PDT Anwar Di Sarawak Sebelum Ke Sabah Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar. Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur. Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport. Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu. Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN. Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tengah hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah. Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh? Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa. Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini. Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. |
Gambar-gambar gempa bumi utara Iran Posted: 12 Aug 2012 06:27 AM PDT MAYAT mangsa gempa bumi bergelimpangan di Bandar Ahar, utara Iran, hari ini. Gempa bumi berskala 6.2 dan 6.0 magnitud melanda Ahar, Haris dan Varzaqan di Timur daerah Azerbaijan yang kini dilaporkan mengorbankan kira-kira 220 orang dan mencederakan lebih 1,500 orang. - Foto AP Moga yang terbaik dari Allah s.w.t jua untuk setiap dari hamba-hambaNYA... |
PEHAL NEH, MINTAK MAAF tak cium tangan ka? Posted: 12 Aug 2012 05:18 AM PDT Blogger mesra Umngok, Kickdefella mohon maaf pada Perbadanan Ladang Rakyat KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat". Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif. Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif. Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan. Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan. Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri. Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". "Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali. "Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri," katanya. Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik. |
VIDEO: Depa neh JELES tengok Noh Omar KAYA Posted: 12 Aug 2012 01:08 AM PDT Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP. Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu. "Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi. "Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata Noh Omar kepada Malaysiakini sewaktu ditemui di majlis berbuka bersama media di Bukit Kiara malam tadi.- Malaysiakini |
Gambar Azmil Mustafa yang letih ditangga Posted: 11 Aug 2012 08:45 PM PDT Terharu mendengar kisah kehidupan beliau sekarang. Tahun lepas beliau di fitnah oleh Umngok Subang, setelah selesai siasatan polis sahkan beliau BERSIH dari 12 tuduhan oleh Umngok Subang. masa kena fitnah semua media meletup, bila dah bersih satu media pun tak keluar. |
Gambar-gambar sekitar Monorel terkandas Posted: 11 Aug 2012 02:30 PM PDT Sebuah monorel tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambathan sejurus keluar dari Stesen KL Sentral, hari ini. Ia terhenti di landasan, penumpang terkandas dan lemas kemudian memecahkan tingkap gerabak dan diselamatkan oleh pihak bomba. Penumpang yang terkandas diselamatkan oleh pihak bomba. Tiada kematian dan kecederaan dilaporkan Pelancong asing adalah antara penumpang yang terkandas apabila monorel terhenti di tengah landasan di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur petang ini. Anggota bomba cuba membantu mengeluarkan penumpang monorel tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambathan sejurus keluar dari Stesen KL Sentral Kelihatan pasukan bomba dan penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan penumpang yang terkandas |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan