Addin |
- (Gambar) Sambutan Hambar Anwar Ibrahim Di Sarawak
- Melaka Negeri Paling Selamat, Penjenayah Letup Mesin ATM Di Masjid Tanah
- 13 Maut Di Panah Petir Selepas Solat Terawih
- Lagi Personaliti Popular Berhijrah
- Nazri Aziz Kata BN Parti Katak
- Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam
- Gadis Meraung Bawah Treler
(Gambar) Sambutan Hambar Anwar Ibrahim Di Sarawak Posted: 12 Aug 2012 09:33 AM PDT Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar. Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur. Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang. Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu. Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN. Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tengah hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah. Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh? Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa. Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini. Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. ~kd | ||
Melaka Negeri Paling Selamat, Penjenayah Letup Mesin ATM Di Masjid Tanah Posted: 12 Aug 2012 06:30 AM PDT MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM). Beliau berkata letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu. "Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. ~bernama | ||
13 Maut Di Panah Petir Selepas Solat Terawih Posted: 12 Aug 2012 04:19 AM PDT
SYLHET, Bangladesh – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih. Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka. ~agensi | ||
Lagi Personaliti Popular Berhijrah Posted: 12 Aug 2012 02:32 AM PDT KEHADIRAN Ramadan ternyata membawa seribu makna buat personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain, yang kini sudah bertudung.Penampilan terbarunya itu dapat dilihat ketika mengacarakan program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI).Ternyata penghijrahan Nurul Syuhada yang dicungkil bakatnya melalui rancangan Malaysian Top Host ini mendapat sokongan peminat. Di laman Twitter, peminat memuji dan menyokong imej barunya yang kelihatan lebih manis.Sebelum ini, penyanyi remaja, Shila Amzah, turut membuat keputusan bertudung pada 15 Ramadan. ~sinarharian | ||
Nazri Aziz Kata BN Parti Katak Posted: 11 Aug 2012 11:18 PM PDT Nazri Aziz mungkin terlupa yang sebenarnya BN adalah parti katak. Buktinya semasa krisis di Perak, BN telah membayar jutaan ringgit supaya 3 Adun PR lompat parti. Keduanya, semasa PBS di Sabah, BN juga membeli Adun - Adun PBS supaya lompat parti. Keluar parti: Katak akan terima katak, kata Nazri IPOH - Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.Ditanya mengenaidakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata:"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya. "Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini.Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu."Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR."Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau ketika mengulas isu melibatkan Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort. Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu, Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain.Sehubungan itu, Nazri berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, sama sekali tidak akan menjejaskan BN."Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya.Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno dipecat pada awal September 1998.Anwar kemudian menubuhkan PKR, yang beliau adalah Ketua Umumnya. ~bernama | ||
Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam Posted: 11 Aug 2012 09:00 PM PDT Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik 'Punk Rock' dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa 'nikmat' dan 'manis' dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, "There's only 'revert' in Islam, there's no room for convert".Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak 'berbalik' ke Al-Quran dan Sunnah?10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat. ~info | ||
Posted: 11 Aug 2012 07:40 PM PDT KULIM - Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila motosikal yang ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah kilang di Kulim Hitech, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum merempuh bahagian tengah treler berkenaan. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat seorang gadis meraung kesakitan apabila terperosok di bawah treler berkenaan bersama motosikalnya. Menurutnya, pada masa sama, orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana menyangka mangsa kemalangan itu mungkin mengalami kecederaan serius apabila melihat keadaan motosikal yang remuk. "Bagaimanapun, mangsa tidak cedera serius lalu dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan," katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan dari Sungai Kob membelok ke kanan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat itu. Menurutnya, motosikal yang ditunggangi wanita itu datang dari arah sama dan ingin membelok ke kanan untuk ke tempat kerjanya. "Akibat kejadian itu, mangsa bersama motosikalnya terjatuh di bawah treler berkenaan. Mangsa cedera di kaki dan punggung dan dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk menerima rawatan," katanya. ~hmetro |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan