Rabu, 1 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Mesej terakhir sebelum DI JERUT...

Posted: 01 Aug 2012 11:00 AM PDT

Syaleza Jaffar

Mesej terakhir Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 sebelum dijerut

Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31 ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kediamannya Sabtu lalu. Menurut sumber, sebelum kejadian, terdapat pertengkaran antara mangsa dengan suaminya menyebabkan dia mengunci dirinya di dalam bilik. Mesej terakhirnya menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) adalah "Sabarlah duhai hati".

Pembunuhan Syaleza Jaffar 
KUALA LUMPUR: "Sabarlah duhai hati" itulah kenyataan terakhir dikeluarkan Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) miliknya sebelum ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di bilik kedua di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sabtu lalu. 
Menurut sumber, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya kira-kira jam 7 malam menyebabkan wanita terbabit merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik. 
Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan. 
Harian Metro semalam melaporkan seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai di Petaling Jaya oleh suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : Harian Metro


TERBAEK: Depa lah penyamun... kahkahkah...

Posted: 01 Aug 2012 10:00 AM PDT

Memang terbaek lah klip video neh... layaannn...




DENDAM Najib, JOM baca...

Posted: 01 Aug 2012 06:30 AM PDT

Anwar: Najib ada 'dendam peribadi' dengan Rafizi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak mempunyai 'dendam peribadi' ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal dalam pentadbirannya, dengan niat untuk menutup mulut pemimpin muda tersebut.

Ketua pembangkang itu (gambar) berkata dia pasti bahawa tuduhan terhadap Rafizi itu kerana pendedahan National Feedlot Corporation (NFC), yang dijalankan oleh keluarga kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan konsortium George Kent yang berjaya memenangi bidaan kontrak projek tambahan LRT Ampang.

Rafizi telah berulang kali menuduh Najib dalam campurtangan ke atas bidaan tender dan menganugerahkan kontrak jutaan ringgit itu kepada George Kent, yang beliau mendakwa dimiliki oleh 'kawan rapat' kepada PM yang juga mendapat penilaian terendah dari segi penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.

"Dengan mendedahkan banyak skandal berbulan-bulan lamanya, Rafizi kini mempunyai banyak musuh yang ramai berdendam dengannya
"Ini adalah dendam peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menggunakan banyak agensi kerajaan," kata Anwar dalam kenyataan yang dikirmkan kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah bahawa dengan mendakwa Rafizi di mahkamah hari ini Najib mahu menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang mahu mengetahui kebenaran tentang kontrak-kontrak yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya memuji keberanian Rafizi yang ditunjukkannya, dan kepada keluarganya, saya berharap mereka dapat bersabar dalam kesukaran dan kita pasti keadilan pasti akan muncul pada akhirnya," kata beliau lagi.

Rafizi, yang merupakan pengarah strategi PKR dan juga mengetuai pendedahan terkenal skandal NFCorp, telah didakwa hari ini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) dalam mendedahkan maklumat sulit bank melibatkan NFCorp.

Syarikat itu dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat, yang menjalankan projek untuk penternakan lembu yang bernilai RM250 juta.

Tuduhan itu dibawah Seksyen 97(1) BAFIA apabila Rafizi telah mendedahkan empat data akaun yang berkaitan dengan NFCorp, National Meat and Lifestock Sdn Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, kepada dua individu yang dikenali sebagai Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Dibawah Seksyen 103(1)(a) dalam akta yang sama, dia juga boleh dikenakan denda sebanyak RM3 juta dan dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, yang mampu menghancurkan peluang Rafizi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang yang mana mandat parti pemerintah BN akan berakhir pada April tahun depan.

NFCorp dan syarikat penternakan itu menjadi tajuk berita utama tahun lalu apabila Ketua Audit Negara melaporkan ia telah gagal mencapai sasaran.

Shahrizat, yang merupakan menteri semasa projek ini dianugerahkan kepada keluarganya pada 2006, meletakkan jawatan pada awal April lalu kerana pertuduhan ke atas keluarganya.

Pada 12 Mac, suaminya Mohamad Salleh, mengaku tidak bersalah dalam pertuduhannya melibatkan penyelewengan dana RM49.7 juta dengan pembelian dua unit kondominium.

Beliau mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhannya di bawah Akta Syarikat.


TERBAEK: Tindakan berani mati KERAjaan Be End

Posted: 01 Aug 2012 04:23 AM PDT

Rafizi tidak mengaku bersalah, dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000

Rafizi (kanan) menunjukkan tangannya yang digari.— Gambar fail

SHAH ALAM, 1 Ogos — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melanggar Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi diwakli oleh peguamnya N. Surendran dan Puspawati Rosman, dilepaskan oleh Hakim Aslam Zainuddin dengan wang jaminan sebanyak RM 15,000 dengan seorang penjamin.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan penjamin bagi Rafizi.

Sementara itu Johari Mohamad didakwa bersubahat dengan Rafizi dan melanggar Seksyen 112(1)(c) Akta yang sama.

Ulasan:
Satuuuu Malaysia...
Janji ditepati, kroni dilindungi...
Kita ganyang sapa yang berani dedahkan kemuruk kita....


Mahathir, Pak Lah dan Najib yang HAPRAK

Posted: 31 Jul 2012 10:48 PM PDT

Salam semua...

Depa-depa neh semua bernama macam Melayu yang siap dengan ada BIN pada bapak memasing lagi, tentulah beragama Islam tak kira la samaada Islam otomatik atau Islam terpaksa. Mereka tetap jugak Islam. Malah ketiga-tiga mereka nih jugak masih setia sehingga sekarang menganuti mazhab Umno...


Mazhab yang mereka anuti bunyi macam HEBAT sangat...
Perjuang Agama, Bangsa dan Tanahair... tapi yang hapraknya...

Kerana parti anutan mereka jugak lah...
Agama jadi terabai...
Bangsa jadi serabai...
Tanahair habih tergadai...

Ca hangpa tengok apa yang puak-puak HAMLAU neh kata...

Mahathir Mohammad (03hb Mac 1994)
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif...

Abdullah Ahmad Badawi (13hb Nov 1999)
Apa erti negara Islam jika mundur...

Najib Razak (20hb April 1983)
Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan...

Tu dia la punya huru-haranya kepala depa...


Hari-hari akhir seorang NAJIB...

Posted: 31 Jul 2012 07:30 PM PDT

Kempen promosi diri sendiri...
Kempen promosi legasi anak bini...
Kempen promosi syok sendiri...

" KAMI MENDENGAR MASALAH ANDA TENTANG KOS SARA HIDUP "

Siapa "KAMI" tuh...
Dan kenapa kos sara hidup terus menerus meningkat dah kalau "KAMI" pandai dengar?


Umno memang kaki pemeras dan perampas harta rakyat...
Berapa pulak la kos untuk mempromotekan diri neh dah hangus...
Duit siapa yang mereka gunakan???

JOM ABU...
Asal Bukan Umno...

JANGAN fitnah ARTIS neh nak masuk Pas plak...

Posted: 31 Jul 2012 05:13 PM PDT

Sharifah Aleya Mengaku Sudah Mula Berhijab

Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya dikatakan sudah mula mengenakan hijab sejak 1 Ramadhan yang lalu. Di bulan yang mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk berubah, akan tetapi beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengapa dan sebab apa beliau mahu berhijab.

Selain itu, Aleya turut menyatakan bahawa pihak keluarga menyokong penghijrahan yang beliau lakukan dan menerusi temubual dengan pihak portal murai.com.my, Aleya berkata, "Alhamdulillah kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan."

Menurut Sharifah Aleya lagi, Ramadhan kali ini beliau ingin membuka lembaran baru, tambahan pula ini merupakan Ramadhan pertama beliau tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya kembar, iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.

Namun begitu, keadaan ini langsung tidak memberi kesan kepada dirinya kerana kehidupannya kini lebih gembira disamping keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, Aleya turut mengakui beliau akan rasa kesunyian sekiranya tiada orang tersayang disekelingnya. Oleh itu, sepanjang bulan Ramadhan ini, beliau akan banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Dalam masa yang sama, Aleya turut mengaku masih lagi menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.- FB

Tiada ulasan: