Selasa, 14 Ogos 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Nik Aziz: Biar "geger"......(14/8/12)

Posted: 14 Aug 2012 12:03 AM PDT


Kata Tok Guru Nik Aziz semakin Karpal "geger" berkenaan Hudud dan Negara Islam maka orang sebenarnya akan semakin faham mengenainya.
Sementara itu hari ini dalam akhbar NST dua orang pakar dan pengamal undang-undang juga mula "geger" berkenaan isu ini yang saya yakin sebagaimana pandangan Tok Guru akan membuka mata orang ramai berkenaan isu yang diperbahaskan dan memberikan kefahaman.

Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kepada NST:
"A problem will occur because if a crime is committed by two different people, one is a Muslim and another a non-Muslim, two different sets of law need to be applied to them. That would not be fair."

Beliau membangkitkan isu "keadilan", katanya tidak adil apabila ada dua jenis undang-undang berbeza untuk menghukum satu kesalahan. Tak tahulah yang "tidak adil" yang dimaksudkan itu merujuk kepada si  bukan Muslim atau si Muslim.
Yang menariknya sebagai seorang pakar undang-undang Shad dalam NST mengatakan jika Hudud mahu dilaksana, walau untuk orang Islam sahaja, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda kerana kuasa perundangan jenayah terletak padanya.

Kenyataan ini menyanggah pandangan Karpal sebelum ini yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Sekular dan hakikat tersebut tidak boleh diubah walau melalui pindaan dua pertiga majoriti di Parlimen.
Oleh yang demikian benarlah pandangan Tok Guru semakin "geger" semakin terserlah kefahaman orang ramai berkenaan Hudu dan Negara Islam.

Berbilang kaum Malaysia dan Singapura: Mana terbaik? (13/8/12)

Posted: 13 Aug 2012 08:00 AM PDT


Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semalam dilaporkan oleh Berita Harian Singapura hadir dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Kelab Masyarakat Kebun Baru di Ang Mo Kio Avenue 4. Dalam majlis tersebut Lee mengatakan:
Perpaduan antara penduduk berbilang kaum di sini merupakan ciri yang membezakan Singapura daripada beberapa masyarakat berbilang kaum di negara lain.

Saya percaya Negara lain yang Lee maksudkan itu adalah kita di Malaysia. Sememangnya Singapura dan Malaysia walaupun duduk berjiran namun sentiasa bersaing antara satu sama lain. Bukan hanya di padang bola, apa sahaja isu memang zaman berzaman sejak Singapura berpisah dari Malaysia, ada-ada sahaja isu yang dibalahkan.
PM Lee Hsien Loong berbuka dengan masyarakat Islam sana
Kebetulan Tuhan jadikan sifat berbilang kaum antara Singapura dan Malaysia itu mirip sekali. Di Singapura dari segi demografi pecahan penduduknya adalah 77% Cina 14% Melayu India dan selebihnya 9% manakala di Malaysia Melayu dan Bumi[utera lain  61% Cina 24% India dan lain-lain 15%.

Di Singapura masyarakat Cina majoriti dan Melayu minority manakala di Malaysia sebaliknya.
Kerana itu kita akui memang sifat berbilang kaum di Singapura itu unik malah demikianlah juga di Malaysia.

Isu ini menarik dan boleh diperbahaskan panjang lebar, dalam keadaan minoriti bagaimana nasib masyarakat Melayu di Singapura jika berbanding dengan masyarakat Cina di Malaysia yang juga minoriti. Perbahasan kalau berasakan fakta dan rasional tanpa prejudis perkauman menarik untuk diteliti dan dikaji tapi kalau ducampur-aduk sentimen perkauman, pasti tak akan membawa kemana.
Saya akan cuba teroka isu ini dari masa kesemasa sekadar mencetuskan bahan perbincangan. Apa pun selaku rakyat Malaysia kita hargai masyarakat berbilang kaum Malaysia yang kita bina bersama yang kita yakin jauh lebih makmur dan bertoleransi terbaik lebih baik dari yang lain.

Tiada ulasan: