Selasa, 7 Ogos 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Polis bai'ah untuk jaga rakyat bukan belasah rakyat dan jaga keselamatan Umno!

Posted: 07 Aug 2012 06:25 PM PDT

Baca betul-betul apa kehendak Najib sampai suruh polis pulak berbai'ah kepada kerajaan Umno-BN.Semua kita tahu kakitangan kerajaan ,penjawat awam makan gaji duit rakyat bukan duit poket Umno-BN.Rakyat yang bayar macam-macam cukai yang dikenakan kerajaan yang bayar gaji polis dan penjawat awam.
Anggota polis kerjanya jaga keselamatan rakyat bukan jaga keselamatan Umno-BN!Tapi dakyah pemimpin Umno kepada rakyat yang buta mata hati selalu sebut ,'Ini Umno bagi, ini Umno buat, sampai ada yang beranggapan bahawa balai polis pun Umno buat'.Fahaman macam ni masih ada di kalangan rakyat yang cetek pemikirannya disebabkan dibodohkan pemimpin Umno.Ingat senang nak hapus pemikiran lapok macam ni?
Najib pernah kata kepada rakyat sebagai umpan politik ,'U help me I help u'.Kini Najib kata pulak kepada anggota polis ,"Biarlah kita sama-sama berbaiah...kalau kerajaan membantu PDRM,PDRM juga akan membantu kerajaan."Baca di sini.
Dalam maksud ayat Najib tu.Adakah polis akan jadi kuda tunggangan Umno supaya Umno terus berkuasa di Putrajaya?
Imej polis rosak teruk semasa demo Bersih 3.0 yang lalu kerana mengalah kepada kehendak pemimpin Umno dan jadikan rakyat sebagai mangsa untuk dikendurikan dalam demo Bersih 3.0

Tak cukup dengan pemimpin Umno yang suruh ahli Umno berbai'ah kerana hilang kepercayaan kepada penyokong sendiri kini Najib mahu pihak polis pulak berbai'ah kepada kerajaan.Tak cukup lagi kah sumpah taat setia anggota polis sewaktu dipilih jadi anggota polis sampai kena berbai'ah pulak?
Kita hidup ni jangan jadi barua kepada siapa saja cukuplah kita jadi hamba kepada Allah SWT.Umno ada samseng,ada kaki pukul yang jadi benteng mereka untuk haramjadahkan rakyat yang tak menyokong mereka.Tak cukup lagi ka?
Kerja polis jaga keselamatan rakyat,nyawa rakyat bukan jaga kepentingan pemimpin Umno-BN.Kerja polis juga bukan untuk belasah rakyat yang mahu tuntutan mereka didengar secara aman dan tidak bersenjata.
PDRM bawa maksud Polis Diraja Malaysia bukan Polis Raja Di Malaysia atau jadi polis untuk Umno-BN.

Ostad MCA tanya PAS: Negara kebajikan atau 'negara Islam'..???

Posted: 07 Aug 2012 06:23 PM PDT

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung membidas PAS yang didakwanya gagal menjelaskan hala tuju sebenar parti itu selain tiadanya konsensus dalam pakatan pembangkang.
  
Katanya PAS pada satu ketika menyatakan berjuang untuk penubuhkan 'negara kebajikan, namun pada masa lain mereka mahukan 'negara Islam'.
  
Chor mendakwa, ia merupakan satu helah PAS yang menurutnya cuba mengelirukan pengundi dengan mempakej semula konsep negara Islam mereka dan menamakannya negara kebajikan," katanya dalam kenyataan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH: Menteri cuba takutkan pelajar di Mesir

Posted: 07 Aug 2012 06:20 PM PDT

NONEAmaran menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pelajar luar negara agar tidak menyokong BERSIH sebenarnya cubaan untuk menakut-nakutkan kelompok tersebut, kata Datuk A Samad Said.

Menurut pengerusi bersama gabungan reformasi sistem pilihan raya itu, pelajar-pelajar berkenaan mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana ia cara "untuk memurnikan landasan demokrasi".

"Bergantung kepada para siswa sendiri, jika mereka percaya perjuangan itu, dan bersedia menanggung risikonya, mengapa tidak (boleh sokong)?

"Kecualilah kalau kita sengaja hendak menakut-nakutkan mereka," katanya sewaktu mengulas pesanan Jamil Khir yang menggesa pelajar Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" di Mesir.

Sebelun ini, sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu ditarik balik pinjaman selepas menyertai perhimpunan di BERSIH di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.
Read More / Baca Lagi >>

Fauzi: Kurangkan " SB Politik " untuk bantu CID banteras jenayah

Posted: 07 Aug 2012 06:19 PM PDT

Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

NONEIni kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).

"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara Kebal dari Tindakan Undang-Undang?

Posted: 07 Aug 2012 06:04 PM PDT

Apakah benar, Peguam Negara begitu kebal dari tindakan undang-undang negara? Begitulah persoalan yang kini timbul setelah tiga orang pegawai tinggi badan penguatkuasa membuat pendedahan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, namun Gani tetap kelihatan masih kebal and going strong, kata omputeh!


Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata SPRM sedang menyiasat Gani berkaitan pengubahsuaian sebuah banglo di Seremban oleh Ho Hup Construction Bhd yang bernilai RM18,000.
Read More / Baca Lagi >>

Faham betul2 akan maksud baiah antara Polis dgn Kerajaan

Posted: 07 Aug 2012 05:57 PM PDT

If you help me......I help you.

Lu orang tolong gua......gua tolong lu.

Itulah bahasa orang-orang muda......tapi semacam pernah dengar ungkapan itu, di mana ya?

Oh ya mungkin di Sibu kot sewaktu pujuk memujuk kaum Cina memberi undi dalam piliharaya kecil Parlimen Sibu dulu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Konflik Syria: Iran pertahan Presiden Bashar...!!

Posted: 07 Aug 2012 05:13 PM PDT


Konflik Syria: Iran pertahan Presiden Bashar
Saeed Jalili mengadakan pertemuan dengan Bashar al-Assad di Damsyik. - Foto ihsan CNN
 
ALEPPO, Syria - Tekanan di rantau Timur Tengah dilihat meningkat semalam dengan Iran melahirkan sokongan kepada Syria sambil menyifatkan negara yang berhadapan dengan konflik berterusan itu sebagai "paksi ketahanan".

Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) pula menganggap Syria, yang dilanda konflik yang berlarutan lebih 17 bulan, sebagai pusat proksi dan aktiviti keganasan.
Read More / Baca Lagi >>

GTP: Is it worth our vote?

Posted: 07 Aug 2012 05:10 PM PDT

Since the beginning of time right until the present age, the federal government has never really cared about good governance.

The Government Transformation Programme (GTP) initiated by Prime Minister Najib Tun Razak is not doing well in several major sectors, among there are good governance, economy, public transport, healthcare, education, and security.
First of all, good governance. The federal government does not know the meaning of this phrase. Corruption is rampant and whistleblowers from the opposition Pakatan Rakyat side are targeted and persecuted for revealing the truth about corruption.
"With the recent action taken against PKR's Rafizi Ramli, it is obvious that the GTP that Najib is talking about is just plain nonsense, to put it politely. The Whistleblowers Protection Act 2010 is of no help to Rafizi at all," said Shah Alam PAS MP Khalid Samad.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan’s to-do list if it wins GE

Posted: 07 Aug 2012 05:10 PM PDT

After taking over Putrajaya, Pakatan should initiate investigations into the malpractices and crimes allegedly committed by the BN.

People should vote in Pakatan Rakyat to form the next federal government in the 13th general election.
Why? Because it would enable the elected the Pakatan government to investigate the gross malpractices committed by the Umno-Barisan National federal government and the roles in Sabah and Sarawak state governments from 1981 till today.
The investigations should focus on the following malpractices and crimes:
1. Employees Provident Fund (EPF)
The EPF is a government public fund entity where the workers and their employers are required to make monthly contributions to the members' life savings accounts.
Over the years, the payments made by millions of employees would contribute billions of ringgit to the savings fund.
Over the years, the EPF has been the main source of domestic borrowings by the federal government.
However, since the 1997-98 economic crisis, which hit Malaysia badly, the role of the EPF as the traditional primary lender changed.
It became then prime minister Dr Mahathir Mohamad's personal piggy bank and funds were used to bail out his crony companies which suffered mammoth financial losses due to the fall in the ringgit value vis-à-vis the major world currencies and the loss in the value of the stocks from the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) crash.
Unlike commercial banks, bad loans will result in credit control or freeze; for the EPF, the cash inflows from the employees and employers' contributions and cash outflows from their withdrawals and loans taken by the government are a continuous non-stop process.
In other words, funds used up are continuously replenished by the inflows.
Hence some funds can be siphoned out through the manipulation of the outflows by those entrusted to manage the fund, but replenished by the members' contributions, thereby making it to appear that the total funds is growing or at least maintained at constant level. It gives the impression that there is no abuse of funds.
Read More / Baca Lagi >>

Hari Kemerdekaan penentu PRU13

Posted: 07 Aug 2012 05:08 PM PDT


Mustafa Ali PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) meramalkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 akan menjadi penentu kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh PRU13 dalam bulan kemerdekaan.

Katanya, PRU13 berkemungkinan September ini, iaitu selepas bajet atau selepas musim haji November ini.

Read More / Baca Lagi >>

UPEN Sahkan Selangor Mampu Hasilkan Air Terawat

Posted: 07 Aug 2012 05:07 PM PDT

SHAH ALAM 8 OGOS : Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengesahkan Selangor mampu menghasilkan air terawat yang mencukupi untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang.
Timbalan Pengarahnya, Nor Azmi Diron berkata Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi mencari penyelesaian krisis air mendapati, 34 loji yang sedia ada mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,807 juta liter sehari (JLH).
Katanya, jumlah pengeluaran air itu mengatasi jumlah penggunaan air penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu sebanyak 2,944 JLH.
Read More / Baca Lagi >>

Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohong

Posted: 07 Aug 2012 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Isu royalti dan air di Kelantan membuktikan kepada rakyat bahawa Umno mempunyai tabiat suka berbohong, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam kedua-dua isu itu, amat jelas Umno mempunyai tabiat suka berbohong yang tegar dan tidak boleh dikikis lagi.

"Ketika parti itu mendakwa kononnya "janji ditepati", berbohong memang cara dan kebiasaan Umno yang normal dan semula jadi tidak kira ketika membuat kenyataan atau menjawab soalan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar di Google Hangout, cuba dapatkan sokongan orang muda

Posted: 07 Aug 2012 05:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia "celik teknologi" yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia.
Program "Borak Bersama Anwar" chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.
Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.
"Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube.
Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh : Legalised robbery....

Posted: 07 Aug 2012 05:01 PM PDT

 Its bad when utility companies get into the profit game. We are all screwed.

Mungkinkah Rakyat Kelantan Ditipu Oleh Najib?

Posted: 07 Aug 2012 04:03 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Beberapa hari selepas Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan pandangan agar kerajaan Pusat menyelesaikan isu royalti minyak untuk Kelantan sebelum pilihanraya umum akan datang ini, secara tiba-tiba Najib mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji isu bayaran hasil royalti minyak kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung.


Jawatankuasa yang diumumkan Najib itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan turut dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara serta wakil dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang diperkenankan oleh Sultan negeri masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

'Tanda Putera' Gimik BN?

Posted: 07 Aug 2012 04:01 PM PDT

  "Tanda Putera sebuah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menceritakan kisah persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Ismail sepanjang era pentaadbiran mereka dan juga semasa krisis rusuhan kaum 13 Mei. Cerita ini bertujuan untuk mengimbas kembali kejadian hitam pada waktu itu.

Tetapi benarkah cerita ini hanyalah sekadar pringatan kepada peristiwa itu atau peringatan kepada jasa Umno dan Barisan Nasional.Sama seperti Hati Malaya 1957 cerita yang mengisarkan bagaimana Umno memperjuangkan kemerdekaan di keluarkan pada October 2007 sebelum pilihanraya 2008, Tanda Putera juga dilihat suatu alat Umno dan akan dikeluarkan sebelum pilihanraya.
Tujuannya adalah untuk meracuni dan mengaburi fikiran rakyat dengan menyuntik idea atau gambaran yang umno dan barisan nasional adalah penyelamat kepada negara malaysia dan mereka perlu kekalkan kuasa mereka.Ini adalah suatu taktik yang amat bijak dengan menggunakan hiburan sebagai alat dan medium untuk meracun rakyat, berjaya atau tidak sama sama kita saksikan Tanda Putera

Nak Kaji Otak Tun Mahathir ? Forget It !

Posted: 07 Aug 2012 04:00 PM PDT

Oleh Musli Oli
Jika ada cadangan untuk keluarkan otak Tun Dr Mahathir setelah dia meninggal dunia, baik batalkan saja niat itu. Apa bezanya otak Lenin dan Mao Tze Dong dengan otak Tun Mahthir? Otak seorang diktator!

Tun Dr Mahathir adalah autoritarian. Walau tidak berkuasa, dia masih berlagak seperti seorang diktator dan berusaha mempengaruhi keputusan kerajaan dan parti pemerintah UMNO!


Bila Tun Abdullah Badawi tidak mendengar cakapnya, dia merajuk dan keluar dari UMNO dan menentang pentadbiran Abdullah.
Read More / Baca Lagi >>

12 kaum yang dibinasakan Allah

Posted: 07 Aug 2012 03:59 PM PDT

"

Muhasabah, kerana menolak Hukum Allah


1. Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).
2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).
Read More / Baca Lagi >>

Asal fitnah je kantoi.. Asal Kantoi je fitnah.. Asal UMNO misti fitnah..

Posted: 07 Aug 2012 03:54 PM PDT

KANTOI LAGI.....ASAL FITNAH JER KANTOI...ASAL FITNAH JER KANTOI...KAHKAHKAHKAHKAH ! -

Fitnah gambar 1984 yang dikatakan diambil pada 13 Mei 1969
Kontroversi filem Tanda Putera: Kencing di bawah tiang bendera dan gambar 1984 digunakan untuk fitnah 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu.

Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

16 Dibunuh : Ikhwanul Muslimin dakwa Mossad jadi dalang

Posted: 07 Aug 2012 03:38 PM PDT

KAHERAH - Pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin menyatakan di laman webnya bahawa serangan ke atas sebuah balai polis di Sinai pada Ahad lalu dipercayai didalangi agensi perisikan Israel, Mossad.
Menurut Ikhwanul Muslimin, serangan yang meragut nyawa 16 anggota polis itu merupakan percubaan untuk menggugat kedudukan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Kenyataan tersebut memberitahu, Mossad cuba meredakan kebangkitan rakyat Mesir yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun lalu.
Bagi mencapai matlamat tersebut Tel Aviv perlu menimbulkan keadaan untuk menyemak semula syarat perjanjian damai antara Mesir dan Israel.
"Jenayah ini didalangi oleh Mossad yang cuba menggagalkan revolusi rakyat Mesir dan buktinya adalah rejim Zionis memberi arahan kepada rakyatnya di Sinai supaya segera beredar dari kawasan itu beberapa hari lalu," kata kumpulan tersebut di laman webnya pada Isnin lalu.
Read More / Baca Lagi >>

ANYTHING GOES in M'sia: Politicians who plunder with impunity

Posted: 07 Aug 2012 03:34 PM PDT

ANYTHING GOES in M'sia: Politicians who plunder with impunitySabah and Sarawak are two of the poorest states in the country despite being in the Malaysian federation for the past 49 years. These states are endowed with natural resources that could have made them flourish but this has not materialised under BN (Barisan Nasional) government.
In the penetratingly criminogenic political settings of today, many international banks have been alleged to have become the accessory to corruption in the third world where the money is most needed for development.
Some major banks are known to be accessory to international money-laundering cases involving corrupt leaders. As they say, it takes two to tango. Some banks are ever willing to do business with corrupt regimes.
And by doing so they indirectly sponsor corruption and the plundering of natural resource revenues – denying some of the world's poorest people a chance to escape poverty.  In these symbiotic deals moral obligation to the poor is never their prime concern.
Perpetuate poverty
Read More / Baca Lagi >>

TERDESAKNYA PENCACAI : INI MEMANG BETUL2 PUNYA KANTOI ..!!!

Posted: 07 Aug 2012 03:31 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/562927_423982764319689_908385653_n.jpg

Rakyat jadi mangsa Fitnah.....Apa kata Rakyat? "Kami tidak mahu Kerajaan yang terdesak macam ini"

Tazkirah Ramadhan: Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi - Al-Quran & Ilmu Sains

Posted: 07 Aug 2012 03:26 PM PDT

Tazkirah Ramadhan: Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi - Kanak2 bersama saf dewasa

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

Tazkirah Ramadhan: Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi - Saf

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

Tiada ulasan: