RAKYAT MARHAEN |
- Khabar Dari HUSM
- Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya
- Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
- Dalam Tekanan : BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR
- Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13
- MENGAPA GUAN ENG BERI RM500 KEPADA PARA HAFIZ
- Politik kotor UMNO@BN
- Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos
- HUDUD - Walaupun sukar PAS akan tetap tidak berputus asa...
- Hudud: Umno perlu segara nyatakan sikap
- Hudud di’matador’kan oleh siapa?
- JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA
- Politik Banner Di Kelantan
- Janji: Sesuai Mahathir tuju kepada PM sekarang
- FIGHT OF 5 DECADES: M'sia the boxing ring, Sabah the referee & S'wak the VVIP seats
- Janji 'kerat' Johari Pain versi kedua
- Pejuang luar sertai pemberontak Syria
- 7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!
- Seksyen 114A: Perlu tafsiran lebih jelas, tubuh PSC
- Clashes in Damascus as shelling continues
- Realiti Hidup Di Sabah Yang Cuba Dikaburkan BN@UMNO, Negeri Termiskin Di Malaysia!
- UMNO jadi lembu yang ditarik hidung dalam Be End
- Pas Kelantan pertikai jawatankuasa royalti rangkumi Pahang yang tidak mempunyai petroleum....
- Janji yang tak ditepati tetapi telah ‘dicapati’
- Bukit Koman Pahang: Ancaman baru selepas Lynas
Posted: 23 Aug 2012 08:30 PM PDT | ||
Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya Posted: 23 Aug 2012 08:27 PM PDT Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka'bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'Ruby' yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu 'Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda: "Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar". Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya: "Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka'bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar". Asal Usul Hajar Aswad Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Read More / Baca Lagi >> | ||
Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa? Posted: 23 Aug 2012 08:25 PM PDT Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam. Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.Read More / Baca Lagi >> | ||
Dalam Tekanan : BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR Posted: 23 Aug 2012 08:21 PM PDT Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri dan pihaknya langsung tidak akan meniru cara digunakan PR bagi meraih sokongan rakyat. "Kita tidak hairan dengan apa yang dilakukan mereka (PR). Apa yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) lakukan itu terpulanglah kepada parti mereka. "Rakyat boleh nilai sejauh mana mereka (PR) memimpin. Mereka yang akan membuat pilihan pemimpin untuk generasi akan datang," katanya ketika diminta mengulas mengenai jentera pilihan raya PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak. | ||
Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13 Posted: 23 Aug 2012 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR 24 Ogos: Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan. "Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama. "Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan 'baiknya' George W Bush," kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Read More / Baca Lagi >> | ||
MENGAPA GUAN ENG BERI RM500 KEPADA PARA HAFIZ Posted: 23 Aug 2012 08:10 PM PDT SEORANG WARTAWAN BERBANGSA CINA TANYA LIM GUAN ENG, KENAPA ANDA BERI RM500 KEPADA PENGHAFAL AL-QURAN? APA JAWAB LGE, SILA BACA: RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu. : Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah." | ||
Posted: 23 Aug 2012 08:03 PM PDT Tak ada orang nak bergaduh dan bunuh membunuh lagi kerana tiada apa yang hendak direbut Pemimpin melagakan rakyat tapi poket mereka penuh manakala rakyat terpaksa bersusah payah bila keadaan negara huru hara.... Pemimpin boleh terbang meninggalkan negara dan menggunakan simpanan mereka diluar negara untuk terus menikmati kemewahan hidup. Apa yang ada pada rakyat yang terus miskin melarat Tak payah lah menggunakan sentimen dan retorik konon nya ada pihak yang akan kehilangan hak kerana hak rakyat yang miskin telah lama dinafikan Read More / Baca Lagi >> | ||
Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos Posted: 23 Aug 2012 08:00 PM PDT Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini. Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur semalam, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar. Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai. Read More / Baca Lagi >> | ||
HUDUD - Walaupun sukar PAS akan tetap tidak berputus asa... Posted: 23 Aug 2012 07:52 PM PDT SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek. Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda. "Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud: Umno perlu segara nyatakan sikap Posted: 23 Aug 2012 07:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Kelantan mempersoalkan kenapa Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud dan di dalam masa yang sama tidak menyatakan pendirian Umno. Read More / Baca Lagi >>"Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berhubung isu hudud seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 24 Ogos," kata ketuanya, Abdul Latiff Abd Rahman (gambar). Di dalam kenyataan tersebut, Fatmi antara lain menyatakan bahawa PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP. | ||
Hudud di’matador’kan oleh siapa? Posted: 23 Aug 2012 07:47 PM PDT Abdul Rahman Hashim Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS meminta DAP menyatakan pendirian rasmi parti itu terhadap hukum undang-undang Islam khususnya hudud yang sedang hangat dihebohkan sekarang ini. Bagaimana pula dengan Pemuda UMNO, apakah tidak tercabar dengan pendirian yang dibuat oleh Pemuda MCA yang turut menolak Hudud atau mungkinkah UMNO juga turut bersimpati dengan DAP yang dikecam kuat oleh PAS sehingga tidak tergamak untuk mencabar rakan sekutunya dalam BN, MCA? Demikianlah malangnya hukum Tuhan ini apabila dihangatkan dari kacamata politik sempit. Masing-masing rasa tidak berdosa apabila hudud tidak mendatangkan keuntungan politik kepada parti-parti tertentu. Di Kota Bharu Kelantan, Ketua UMNO Bahagiannya Datuk Fatmi Salleh yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri dikatakan kecewa kerana parti PAS masih berdegil mahu berkawan dengan DAP walaupun parti itu khususnya Karpal Singh berterusan menentang hudud? Jika itulah respon pemimpin UMNO terhadap isu ini, maka ia bagaikan terpercik ke muka sendiri, kerana MCA yang menjadi rakan sekutu kuat UMNO di dalam BN juga tidak kurang hebatnya menentang hudud, malah ada di kalangan pemimpin MCA pernah melemparkan ugutan kepada UMNO supaya tidak melaksanakan hudud jika mahu MCA kekal di dalam BN. Demi menjaga hati MCA ini, tidak ada seorang pun pemimpin kanan UMNO yang rasa tercabar apabila hukum Allah ini dipersendakan sebegitu rupa. Read More / Baca Lagi >> | ||
JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA Posted: 23 Aug 2012 07:42 PM PDT SEBERANG TEMERLOH – Seorang ibu tunggal meneruskan tahun-tahun suram menyambut Syawal dalam keadaan rumah serba daif sama seperti sebelum ini. Rosdi Tahir, 53, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental hilang tempat bergantung selepas kematian suami tiga tahun lalu. Rosdi yang mengalami masalah mental sejak melahirkan anak bongsunya kira-kira 14 tahun lalu itu terpaksa mendiami sebuah rumah usang dekat Jalan Maran berhampiran stesen minyak Esso Seberang Temerloh bersama lapan anaknya. Menurutnya, mereka sekeluarga mendiami rumah itu yang dibina menggunakan lebihan kayu sebuah kilang papan sejak lebih 30 tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 23 Aug 2012 07:41 PM PDT Patutlah ramai yang hendak jadi wakil rakyat, kerana banyak kemudahan. Selain dari elaun bulanan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain. Bil telefon, kesihatan, elaun mesyuarat, kenderaan dan sebagainya. Wakil rakyat juga mendapat penghormatan dari rakyat. Kalau YB yang berjurus akan dikunjungi rakyat di bawa berbagai-bagai persembahan berupa buah-buahan, kain sarung, kopiah, jubah, serban dan diberikan perbagai hadiah ynang indah dan mahal-mahal. Buah tamar, air zam-zam tidak payah beli akan ada rakyat yang bawa ke rumah. Begitu juga dengan keris lama dan permata cincin akan dicari dan diberikan kepada wakil rakyat sebagai hadiah alis bodekan. Apa lagi apabila menjelang pilihan raya wakil rakyat terumatnya yang ada kedudukan tinggi dalam parti dan berkuasa menentukan calon seperti semuanya ditanggung beres.
Salah satu yang paling saya merasai akan keistimewaannya kalau menjadi wakil rakyat ialah, ada orang tukang bawa kita, driver. Dengan elauan dan kemudahan yang ada seseorang wakil rakyat boleh membayar pemandu sendiri sampai dua tiga orang. Apa lagi kalau jadi exco, timbalan menteri besar atau menteri besar driver akan dibayar oleh kerajaan. Jadi hendak ke mana tidak payah pandu dan bawa sendiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Janji: Sesuai Mahathir tuju kepada PM sekarang Posted: 23 Aug 2012 07:38 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya menilai kenyataan Tun Dr Mahathir sebagai tidak tepat pada sasarannya, malah amat meleset sama sekali," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. Read More / Baca Lagi >>Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kelmarin yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal menunaikannya. Yang jelas, katanya Barrack Obama telah menjadi Presiden Amerika Syarikat dan beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang. Tambahnya, adapun persamaan dengan Pakatan Rakyat, ianya jauh berbeza ibarat langit dengan bumi. | ||
FIGHT OF 5 DECADES: M'sia the boxing ring, Sabah the referee & S'wak the VVIP seats Posted: 23 Aug 2012 07:35 PM PDT Imagine this setting: The defining match date is the 13th General Election. The boxing ring is the whole of Malaysia – Sabah however is the referee and Sarawak takes up the premium VVIP seat nearest to the ring. Read More / Baca Lagi >>And the referee announces, "On my right is the defending champion BN. A fifty-five year track record of staying power. Unprecedented in world history of politics." And as he raises the right hand of the BN contestant, the 'world champ' screams "over dead bodies and crushed bones we will deliver this fight." And then dances in circles heading to the BN corner of the ring while the supporters hum "Jangi DeTepati" in chorus. KEEP IT CLEAN! | ||
Janji 'kerat' Johari Pain versi kedua Posted: 23 Aug 2012 07:34 PM PDT SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia. Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan. | ||
Pejuang luar sertai pemberontak Syria Posted: 23 Aug 2012 07:30 PM PDT DAMSYIK - Kumpulan pemberontak di bandar terbesar Syria, Aleppo mengakui kini berhadapan tentangan hebat daripada rakyat tetapi memaklumkan tindakan serangan ke atas bandar-bandar dalam negara itu untuk menjatuhkan Presiden Bashar Al-Assad dibantu oleh pejuang asing. Menurut pemberontak, sukar bagi mereka menentang tentera kerajaan terutama sekali apabila terpaksa menyerang beberapa kawasan kejiranan miskin dan menubuhkan pangkalan. Kumpulan aktivis memberitahu, serangan bertalu-talu termasuk tembakan dengan helikopter setakat kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang yang sedang berlindung di kejiranan Kfar Souseh, Daraya, Qadam dan Nahr Aisha. | ||
7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut! Posted: 23 Aug 2012 07:29 PM PDT Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."Rombongan 1 Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. Rombongan 2 Read More / Baca Lagi >> | ||
Seksyen 114A: Perlu tafsiran lebih jelas, tubuh PSC Posted: 23 Aug 2012 07:13 PM PDT KUALA LUMPUR - Kekecohan yang ditimbulkan pengguna Internet baru-baru ini berhubung Seksyen 114A Akta Keterangan, mencetuskan gelombang yang agak besar, terutama berkaitan tanggapan bahawa seseorang yang namanya tertera pada sesuatu penerbitan adalah pemilik atau pengendali yang menyiarkan kandungan berkenaan. Peruntukan yang termaktub di bawah Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 mengundang banyak perbahasan, termasuk dalam kalangan penggubal dasar daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan pada 31 Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau nama samarannya tertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia adalah pemilik, hos, pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang, yang dalam apa jua cara menyebabkan penyiaran atau penyiaran semula sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya. | ||
Clashes in Damascus as shelling continues Posted: 23 Aug 2012 06:29 PM PDT | ||
Realiti Hidup Di Sabah Yang Cuba Dikaburkan BN@UMNO, Negeri Termiskin Di Malaysia! Posted: 23 Aug 2012 06:27 PM PDT Artikel di bawah ialah suatu pendedahan oleh seorang doktor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah. Penulis yang melakukan pendedahan itu memulakan:- ******* Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatannya. Saya bekerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah. Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuningnya setelah selang satu bulan. Read More / Baca Lagi >> | ||
UMNO jadi lembu yang ditarik hidung dalam Be End Posted: 23 Aug 2012 06:17 PM PDT Setelah menjadi keldai tunggangan MCA dan Gerakan untuk sekian lama, pemimpin UMNO masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini. Sentiasa sahaja UMNO akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Be End apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan? Takkan pemimpin UMNO seperti Rosmah dan Najib begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan MCA dan Gerakan yang sedang melaksanakan agenda menyisihkan masa depan Islam dan Melayu. Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong MCA kerana anti Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak besar di Malaysia, UMNO begitu beria-iya mempertahankan MCA. Pernahkan kita lihat MCA melakukan perkara yang sama mempertahankan UMNO dalam mana-mana isu selama ini? Read More / Baca Lagi >> | ||
Pas Kelantan pertikai jawatankuasa royalti rangkumi Pahang yang tidak mempunyai petroleum.... Posted: 23 Aug 2012 06:12 PM PDT Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, pihaknya difahamkan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menimbang semula pemberian royalti di negeri-negeri Pantai Timur. "Memang Pahang berada dalam negeri Pantai Timur, namun negeri itu tidak ada minyak petroleum, jadi tidak usahlah mengheret Pahang supaya mendapat royalti. Read More / Baca Lagi >> | ||
Janji yang tak ditepati tetapi telah ‘dicapati’ Posted: 23 Aug 2012 06:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Dari Februari 2012 sehingga kini, tiada khabar berita berkenaan pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka. Read More / Baca Lagi >>Justeru, pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online itu diagihkan. Seorang guru dari Merlimau yang mahu dikenali sebagai Cikgu Seha dalam satu surat kepada Harakahdaily menyatakan guru-guru bertanya setiap sekolah yang dapat hubungi, namun jawapan yang sama diterima iaitu semuanya sama, "tiada khabar berita". Berikut luahan beliau. Saya sebagai seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Merlimau, Melaka sangat terharu dengan usaha pihak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkenaan pembelajaran di atas talian yang dilancarkan oleh beliau bersama-sama Melaka International College of Science and Technology seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 17 Februari 2012. | ||
Bukit Koman Pahang: Ancaman baru selepas Lynas Posted: 23 Aug 2012 06:07 PM PDT Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain. Read More / Baca Lagi >>Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri. Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan