Jumaat, 17 Ogos 2012

dollah yankee

dollah yankee


Selamat Hari Raya semua !

Posted: 17 Aug 2012 04:00 PM PDT

'Tok Bomo' hujan yang gurkah-gurkah politik di'port' jumpa malam tadi masa Terawih di Mesjid Negeri telah meramalkan yang cuaca pada dua hari raya nanti iaitu pada hari ahad dan isnin ini semuanya cantik dan elok-elok saja.

Selepas 'kelebek' air (yang diambil dari 'kolah' mesjid) yang ada dalam 'mangkok-sakti' yang dia dok cari makan tu, dan setelah diterjemahkan, semua negeri dalam Malaysia tidak ada tanda-tanda hujan lebat yang berlaku di sepanjang dua hari kita semua sambut raya nanti, cuma di sebelah petang saja ada dua tiga negeri iaitu Kedah,Perak dan Penang (alamak..penang pulak !) hujan akan turun sedikit disebelah petangnya..."sikit dan sekejab sahaja".

'Air dalam mangkok sakti' itu juga cakap yang pada sebelah petang dua hari hari raya itu di-Kucing,di-Samarahan dan diseluruh negeri Sabah akan berlaku ribut petir, jadi orang-orang disana kenalah sediakan payung dan baju hujan sebelum hujan tu turun.

dollah yankee -
Last-last 'tok bomo' tu minta sepuloh ringgit duit 'pitrah'..Kah..Kah..Kah..





2 Dato' hilang !

Posted: 17 Aug 2012 12:06 AM PDT

Menurut gurkah-gurkah politik di'port', ahli-ahli umno di bahagian Bukit Gelugor,Penang dan ahli-ahli umno di bahagian Bukit Mertajam sedang mencari 2 orang Dato' (anak saudara dan bapa saudara) ini yang telah diberitakan telah hilang dan sudah tidak lagi kelihatan di khalayak ramai dan di bahagian masing-masing selepas berita mereka berdua telah menipu dan mengusir 31 penduduk-penduduk melayu di-Kampong Terang di Balik Pulau,Penang tersebar ke seluruh alam.

Bila gurkah-gurkah ini bertanya kenapa masih mahu di cari 2 Dato' ini sedangkan sudah terdedah dan sudah terang yang mereka berdua ini ada lah pemimpin 'haram-jadah'? Jawapan mereka ialah kerana mahu 2 Dato' 'haram-jadah' ini bayar 'pitrah' kepada ahli-ahli umno di kedua-dua bahagian itu dengan duit 6 juta ringgit hasil daripada untung yang diterima daripada penjualan tanah yang diambil dari orang melayu kemudian dijual kepada seorang tokey cina.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. selamat hari raya semua !

Tiada ulasan: