Ahad, 12 Ogos 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih : Ambiga tak akan hadir siasatan, tegaskan j/kuasa berat sebelah

Posted: 12 Aug 2012 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga tidak akan memberi keterangan kepada panel siasatan bebas Bersih yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu berpendirian, panel siasatan tersebut berat sebelah selain bertegas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu adalah sah di sisi undang-undang.
Menurut beliau, panel siasatan tidak perlu ditubuhkan kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah mengadakan pendengaran awam bagi menyiasat perkara itu.
"Saya sudah menulis surat kepada panel siasatan dan memaklumkan saya tidak akan hadir memberi apa-apa keterangan," katanya ketika dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah "Fatwa Haram"

Posted: 12 Aug 2012 08:45 PM PDT

SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

"Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP," katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Kes Scorpene: AG boleh ‘selamatkan’ Najib di M’sia, tidak di Perancis

Posted: 12 Aug 2012 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Peguam badan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang memfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri berkata, perbicaraan tidak dilakukan di negara ini kerana ia bergantung sepenuhnya kepada 'budi bicara' Peguam Negara (AG).
"Dakwaan oleh AG boleh terpilih, berdasarkan kepentingan politik Umno BN. Contohnya, kes NFC (Pusat Fidlot Nasional). Suami Shahrizat Jalil disiasat, kemudian didakwa di mahkamah.
"Jadi, sepatutnya dalam kes rasuah Scorpene, Razak Baginda yang disiasat," kata Fadiah menjelaskan siasatan dibuat terhadap penerima manfaat daripada projek yang didakwa wujudnya penyelewengan.
"Suaram tak boleh dakwa Razak Baginda. Suaram hanya boleh bawa bukti dan lapor. Yang mendakwa Razak Baginda ialah mahkamah. Dakwaan di mahkamah dibuat atas 'budi bicara' Peguam Negara," kata Fadiah yang juga peguam Lawyers for Liberty (LFL).
Beliau menegaskan, kuasa Peguam Negara terlalu luas dan berkepentingan politik kerana dilantik oleh eksekutif iaitu Perdana Menteri.
Fadiah berkata, menurut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
"Terserah pada mahkamah (untuk dakwa kes Scorpene). Mereka yang berkuasa dan tentukan kalau saksi perlu tampil. Di Perancis, (kes seperti ini) akan disiasat.
"Di Malaysia, kalau AG ada bukti dan sembunyikan dari dakwaan, itu 'abuse of power' (salahguna kuasa). Masalahnya, orang biasa tidak boleh dakwa AG," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Mesir: 2 jeneral 'disarakan' demi negara

Posted: 12 Aug 2012 05:56 PM PDT


Mohammed Mursi KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi berkata beliau mengeluarkan arahan membersarakan dua jeneral tertinggi Mesir demi "kebaikan negara" - perkembangan terbaru di sebalik 'ketegangan' hubungan antara kerajaan dan pihak tentera.

Laporan media termasuk BBC dan CNN menyebut bahawa Mohammed yang dipilih sebagai Presiden Mesir dua bulan yang lalu telah 'menyingkirkan' Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi dan Ketua Staf Sami Annan.

Mohamad juga merupakan Menteri Pertahanan. Jawatan itu juga dilucutkan.
Read More / Baca Lagi >>

Kafir Harbi : Apa Pandangan Ustaz Haron Din, Dr MAZA, Ustaz Hadi Awang, Dr. Maszlee Malik....?

Posted: 12 Aug 2012 05:50 PM PDT

Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din

[TVS] Tidak wujud istilah penggunaan 'kafir harbi' selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

"Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

"Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud," katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi. -TVS




Hadi: Laporan 'haramkan' DAP satu kerja jahat Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Pasangan beri alasan penat, elak dicekup...!!!

Posted: 12 Aug 2012 05:45 PM PDT


Pasangan beri alasan penat, elak dicekup
Wanita berkemban dengan tuala dicekup bersama pasangannya yang menyorok dalam tandas.
 
KUALA LUMPUR - Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

"Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas," katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

Read More / Baca Lagi >>

Orkids : 'Agama lain sedia bantu kami' bela nasib OKU...!!!

Posted: 12 Aug 2012 05:42 PM PDT

Bicara Isnin Sinar: 'Agama lain sedia bantu kami'
IZHAR
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids), Izhar Hadafi, kesal jabatan agama Islam sukar memberi bantuan kepada NGO OKU, berbanding institusi agama lain.

"Saya berjumpa banyak institusi agama Islam di Selangor selepas persatuan kami, yang menyediakan peluang pembelajaran kepada anak-anak sindrom down mendapat tawaran daripada gereja untuk menanggung segala perbelanjaan tanpa syarat.,tetapi tiada institusi Islam yang sedia membantu.

"Kalau diikutkan, saya tidak ada masalah untuk terima bantuan gereja kerana tidak membabitkan apa-apa unsur agama lain dalam pembelajaran, tetapi sebagai seorang Islam saya sangat malu apabila gereja yang tidak mendapat sebarang bantuan kerajaan boleh membuat tawaran begitu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RM 20 Juta : MSN dakwa misi Olimpik 2012 berjaya..!!

Posted: 12 Aug 2012 05:19 PM PDT

Walaupun hanya meraih sebutir perak dan sebutir gangsa tanpa pingat emas yang diidamkan, Majlis Sukan Negara (MSN) menyifatkan pencapaian kontinjen negara di temasya Sukan Olimpik 2012 sebagai satu kejayaan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata walaupun Malaysia menyamai rekod Sukan Olimpik 1996 Atlanta, namun kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong memecah dominasi badminton sebagai penyumbang pingat mencipta sejarah.
"Memang kita tidak dapat merangkul emas pertama Olimpik tetapi ia bukan satu kegagalan, sebaliknya Malaysia kini tidak lagi terlalu bergantung kepada satu jenis sukan sahaja dan Pandelela telah membuktikannya," katanya kepada pemberita Malaysia, di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus-Soal Jawab-Pasir Gudang,J.B.

Posted: 12 Aug 2012 05:16 PM PDT

Bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia sertai PAS di Johor

Posted: 12 Aug 2012 05:14 PM PDT

Rogol : Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal.....!!! Hudud & Qisas tetap terbaik.....

Posted: 12 Aug 2012 05:12 PM PDT


Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan
Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.
PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah meningkatkan lagi kos kehidupan penduduk KL, jejaskan ekonomi

Posted: 12 Aug 2012 04:59 PM PDT

Pusat membeli-belah di Lembah Klang juga berbelanja untuk keselamatan berbanding dengan rakan-rakan mereka di negara membangun lain. — Gambar AFP
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Kadar jenayah di Lembah Klang telah menyebabkan kos hidup dan menjalankan perniagaan yang sudah tinggi lebih meningkat memberikan tekanan kepada produktiviti penduduk dan kesejahteraan mereka. Dari pusat membeli-belah ke restoran, dari rumah ke pejabat, rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar ibu negara terpaksa memikul beban berbelanja lebih demi keselamatan mengukur kerana menganggap keadaan tidak selamat tambahan lagi apabila memerhatikan kekerapan kejadian jenayah mengejutkan dalam beberapa bulan lepas dan perasaan lebih banyak orang yang mereka kenali menjadi mangsa jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Pujuk Hati : Tamrin masuk Pas tiada kesan pada Umno .....kian goncang dan roboh...!!!

Posted: 12 Aug 2012 04:57 PM PDT



Dr Mohd Puad Zarkashi BATU PAHAT – Tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, keluar Umno dan menyertai Pas langsung tidak memberikan kesan kerana bakat kepimpinannya dalam politik tidak seperti ayahnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, soal siapa pun ahli Umno yang menyertai pembangkang adalah perkara biasa dan tidak langsung menjejaskan perjuangan Umno, termasuklah Tamrin.

"Tamrin sudah lama tidak aktif dalam Umno, saya yakin punca utamanya berpaling tadah kerana merasakan dirinya tersisih.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Dzulkefly : Pas, DAP tetap bekerjasama

Posted: 12 Aug 2012 04:53 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad SHAH ALAM - Perbezaan pendapat antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud diakui berlaku, namun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meletakkan kesalahan itu di atas bahu Umno kerana enggan melaksanakan hukum tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Umno terus enggan melaksanakan hudud walaupun majoriti ahlinya beragama Islam dan memegang kuasa pemerintahan negara.

"Selain itu, terdapat akta yang jadi batu penghalang kepada pelaksanaan hudud ialah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menghalang negeri-negeri dari melaksanakan undang Islam ini.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud: DAP sedia muzakarah

Posted: 12 Aug 2012 04:51 PM PDT


Hudud: DAP sedia muzakarah
Muka depan Sinar Harian Ahad 12 Ogos 2012 (semalam)
SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu.

"Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak.

Read More / Baca Lagi >>

RCI : Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang di upah UMNO

Posted: 12 Aug 2012 03:37 PM PDT

Dosa-pahala jika salah pilih?

Posted: 12 Aug 2012 03:35 PM PDT

JANGAN terkejut atau berasa pelik sekiranya sehari dua ini akan tampil ramai tokoh agama, ulama besar, ulama kecil, hatta ustaz di ceruk kampung memberikan pendapat supaya jangan mengundi parti-parti tertentu. Ini satu lagi petanda PRU13 semakin hampir!


Setakat rencana ini ditulis, dua orang tokoh agama telah mendapat perhatian umum, dan menjadi siaran utama media kerana kenyataan mereka menentang umat Islam menyokong mana-mana parti bukan Islam.

Mula-mula Rabu lalu, Pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menegaskan adalah haram umat Islam menyokong dan mengundi DAP, sebab parti tersebut jelas menentang penubuhan negara Islam.

Sehari selepas itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengeluarkan kenyataan yang serupa. Tegas beliau, seperti yang disiarkan akhbar: "Adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud."
Read More / Baca Lagi >>

Usah 'jadi lembu' pengakhiran Ramadan ini

Posted: 12 Aug 2012 03:34 PM PDT


PADA hari-hari menjelang Raya ini terkenang saya akan 'seni kerja tangan unik' orang tua-tua Melayu-Melaka yang sudah pupus. Jika pembaca anak Melaka yang membesar pada tahun-tahun 70-an atau lebih awal, mungkin perasaan kerja tangan mudah ini ketika berkunjung ke rumah-rumah orang veteran.

Ketika era 1960-an, saya cukup teruja dengan susunan botol-botol berisi air berwarna yang dipamerkan di rak-rak yang orang Melaka panggil para. Ada barisan air berwarna merah, hijau, biru dan sebagainya. Apabila botol-botol air warna yang sama bentuk dan saiznya disusun sedemikian rupa (mungkin 20 atau 30 botol), ia dengan serta-merta menjadi tarikan kanak-kanak seperti saya ketika itu. Ada kalanya ketika cahaya matahari menyimbah ke dalam rumah dan mengenai botol-botol berwarna itu, ia menghasilkan cahaya berwarna yang sungguh cantik (bagi sayalah ketika itu).
Read More / Baca Lagi >>

RCI : Banyak YB yang bergundikan Pati Haram Jadah

Posted: 12 Aug 2012 03:27 PM PDT

RCI HANYA UNTUK PEREMPUAN JELEK?


TAHNIAH kepada Sabahkini.net kerana begitu vokal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam isu kerakyatan songsang dan penyelewengan dokumen pengenalan diri yang menghantui Sabah sejak empat dekad lalu; namun amat malang sekali kerana semua ahli politik di Sabah hanya mempunyai 'telur' ketika menjelang pilihanraya umum.

Mungkin agak kenyataan saya agak keterlaluan, tetapi hakikatnya selama ini Isu Kerakyatan Songsang hanya melibatkan warga asing kelas bawahan terutama warga India, Filipina, Pakistan, Indonesia dan China yang jelek dan tidak cantik atau tidak mempunyai nilai 'SEKS' di pasaran.Read More / Baca Lagi >>

Politik haram jadah kian mendominasi Malaysia.....!!!

Posted: 12 Aug 2012 03:25 PM PDT

Politik Umno kian haram-jadah kerana:
 
DAP kapir harbi kerana menentang hudud.
MCA bukan kapir harbi walaupun bermati-matian menentang hudud.
Maka haram sokong DAP kerana DAP tidak sokong Hudud!
Halal sokong MCA walaupun bermati-matian tentang hudud. 
Halal sokong Gerakan kerana Gerakan tidak sokong Hudud!
Halal sokong Umno kerana Umno tidak sokong Hudud
Paling haramjadah, haram sokong PAS yang hendak laksanakan hudud kerana berganding dalam perkara-perkara yang sama pendirian  dengan DAP yang tidak sokong hudud.
Halal sokong Umno yang tidak mahu hudud kerana bergang hingga kadang-kadang menjadi pak turut, dengan MCA yang menentang hudud!
Yang turut teraniaya, haramjadah peneroka FELDA yang tentang FGVH.
Haram dan halal,  memang politik haram jadah Umno sekarang!

Kenapa Tunku pilih 31hb Ogos 1957 tarikh merdeka?

Posted: 12 Aug 2012 03:23 PM PDT

Sejak aku celik mata sampai sekarang akt tak pernah pulak terlintas nak tanya soalan seperti di atas. Tak tertanya pulak aku kenapa 31hb Ogos 1957? apasal tak boleh tunggu satu hari lagi ke 1hb Sept 1957, kan mudah.
Tak sangka pulak bila aku baca buku tulisan Subky Latif aku terjumpa jawapan yang aku tak pernah tanya. Subky dalam buku Anak Apak mencatitkan memoir kehidupannya sebagai seorang wartawan bermula dengan zaman kanak-kanaknya sehinggalah dia ditawarkan sebagai wartawan Utusan Melayu. 
Dalam buku tersebut Subky menceritakan pengalamannya menyambut laungan merdeka pada tahun 1957. Di situ juga terbongkar kenapa Tunku memilih tarikh 31 ogos sebagai tarikh merdeka.
Menurt Subky, Tunku kenal baik dengan Ulamak serta Mufti Pulau Pinang yang juga seorang penyokong kuat Umno, Sheikh Haji Abdullah Fahim. Adalah diberitakan Tunku meminta nasihat ulama tersebut yang juga merupakan seorang pakar falak bagi menentukan hari yang terbaik bagi diistiharkan kemerdekaan.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah Menurun : "Beri amaran lepas gagal curi"

Posted: 12 Aug 2012 03:21 PM PDT

BEGINI...Romzi melakonkan semula aksi penjenayah yang cuba memasuki rumahnya.
BEGINI...Romzi melakonkan semula aksi penjenayah yang cuba memasuki rumahnya. 
 
RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.

Read More / Baca Lagi >>

Saintis Tak Bertempat : "Tangan hancur uji 20 mercun bola"

Posted: 12 Aug 2012 03:19 PM PDT

Tangan hancur uji 20 mercun bola

KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.
Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

Read More / Baca Lagi >>

Rohingya : Arab Saudi sumbang AS$50 juta

Posted: 12 Aug 2012 03:11 PM PDT

SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.


RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah (gambar kecil) mengarahkan bantuan sebanyak AS$50 juta (RM155.79 juta) dihantar kepada etnik Rohingya di Myanmar.
Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik.
"Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

A look back at Tantawi's career

Posted: 12 Aug 2012 02:58 PM PDT

Tiada ulasan: