pemuda cheh     |   
|    Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok Posted: 03 Aug 2012 03:18 PM PDT Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam  yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja  piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan  disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat  dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana  terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk  mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi  piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi  buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi  dan ahli nujum Istana. Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC] Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.  Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta  mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang  seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem  komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi  adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.  Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan  manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis  tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa  'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga  pakar sains zoologi yang handal.  Nabi  Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang  tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi  jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.  Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin  yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya  dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan  dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan  pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera  Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan  dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan  manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini  sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina  bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan  mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju. Masih  tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita  boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa  dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga  2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.  Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi  Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir  Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini  anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama  turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu  tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju  ketika Banjir Besar.Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. Tetapi  adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana?  Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang  mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan  material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika  itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara  terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.  Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.  Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan  pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang  mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering  keluar di media-media antarabangsa. Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China. Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden. Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika!  Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat  manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan  kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada  sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati  dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat  manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat  bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan. Di  waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil  mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan  moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan  komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang  pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan  bangunan-bangunan tinggi dan komputer. Betapa  kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih  kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam  bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang  diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil  setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera  Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.  |   
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  












Tiada ulasan:
Catat Ulasan