Khamis, 2 Ogos 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


SKANDAL GEORGE KENT-LRT AMPANG: SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT SALAHGUNA KUASA PERDANA MENTERI

Posted: 02 Aug 2012 08:27 AM PDT

Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent bagi pembinaan tambahan laluan LRT Ampang mengesahkan campur tangan dan salahguna kuasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang didedahkan sebelum ini.
Sehingga kini, beliau tidak menafikan bahawa:
1.     Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam mesyuarat bilangan 1/2012 telah memutuskan bahawa Konsortium Balfour-Beatty adalah pembida terbaik dari segi harga dan kepakaran teknikal;
2.     Jawatankuasa yang sama dan dipengerusikan beliau dalam mesyuarat bilangan 5/2012 telah membatalkan keputusan tersebut dan melantik Konsortium George Kent, walaupun pembida itu diputuskan tidak layak oleh penilai pakar kerana markah penilaian teknikal antara yang tercorot;
3.     Daripada 8 pembida, 3 pembida adalah syarikat yang ditunjangi oleh Thales, sebuah syarikat besar dari Perancis yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan merasuah Dato' Seri Najib dan sekutu kanan beliau; dan
4.     Pemilik George Kent dilaporkan sebagai seorang kenalan rapat Dato' Seri Najib.

Tiada ulasan: