Anak Sungai Derhaka |
- Komik Perosak Akidah disebar di Sekolah...
- Hanya UMNO dibenar guna Masjid untuk berpolitik?
- Arak bukan promosi Aidilfitri.. Kecewa lagi Blogger UMNO kali ini....
- Ismail Sabri salah guna kuasanya untuk selamatkan Isa Samad?
- Rafizi ditahan.. Laman web NFC digodam (Hacked)..
Komik Perosak Akidah disebar di Sekolah... Posted: 02 Aug 2012 09:16 AM PDT Dari FB Cikgu Rahmat.. Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian. Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini. Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. Edaran kertas promosi Koleksi Buku Macam-Macam Ada yang menjual koleksi buku perosak akidah...berselindung disebalik nama buku akademik dan Islam. Muka hadapan buku Kisah Malaikat memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran malaikat oleh penganut ajaran Kristian. Buku perosak akidah ini diterbitkan oleh Khidmat Mantap Enterperise yang beralamat di Banting, Selangor. Tidak seperti penerbit buku yang lain, penerbit buku ini tidak menulis nombor pendaftaran syarikat, tiada nombor telefon dan tiada alamat penerbit yang lengkap. (Strategi untuk mengelak dikesan dan diambil tindakan). Ketua Unit Penguatkuasa, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Cawangan Negeri Johor, dalam kunjungan ke sekolah saya mengesahkan bahawa penerbitan buku ini menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Lakaran wajah Nabi Musa dalam buku 'Kisah Malaikat' yang menyesatkan akidah umat Islam. Lakaran Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina dalam buku "Kisah Malaikat" yang menyesatkan akidah umat Islam. TERJEMAHAN SURAH AN-NAAS DALAM "BUKU HIMPUNAN DOA HARIAN" YANG SENGAJA MENYESATKAN : Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Daripada kejahatan (bisikan syaitan) yang apabila bersembunyi. Yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Daripada jin dan manusia. (SEMAKAN DALAM TAFSIR AL-QURAN MENDAPATI TAFSIRAN INI TIDAK TEPAT DAN SENGAJA DIKELIRUKAN UNTUK MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM) Dalam buku Himpunan Doa Harian : Terjemahan ayat kursi bermula dengan ayat "Manusia raja manusia. Sembahan manusia. TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ DALAM BUKU "HIMPUNAN DOA HARIAN" YANG TIDAK TEPAT DAN MENYESATKAN : Katakanlah, Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai subuh. Daripada kejahatan makhluknya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. (SEMAKAN DALAM TAFSIR AL-QURAN MENDAPATI TERDAPAT BANYAK PERUBAHAN MAKNA DILAKUKAN DENGAN SENGAJA UNTUK MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM) Unsur khurafat dalam buku "Di Alam Kubur" yang menceritakan tentang hantu penanggal. - Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian. Sumber: FB Cikgu Rahmat |
Hanya UMNO dibenar guna Masjid untuk berpolitik? Posted: 02 Aug 2012 05:26 AM PDT Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian. Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor. Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN. Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu. Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali. "Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masjid," memorandum itu dipetik. Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. "Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. "Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah," katanya. Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan. Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik. "Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa. "Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun," katanya selepas majlis itu. Harakahdaily |
Arak bukan promosi Aidilfitri.. Kecewa lagi Blogger UMNO kali ini.... Posted: 02 Aug 2012 01:04 AM PDT Kecewalah Bloger-blogger Pencacai UMNO.. mana tak kecewanya cadangan untuk menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekali lagi dengan isu ini tak dapat nak diteruskan lagi.. Serangan yang pertama korang baca di ( SINI ). Terpaksalah cari atau cipta isu yang baru pula.. maklumlah Hari Raya dah semakin dekat.. Ini kerana pihak pengurusan pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui bahawa ini adalah kesilapan namun ia bukan disengajakan... Arak bukan promosi Aidilfitri GEORGETOWN - Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan. Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera. Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan. "Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama. "Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu," katanya pada sidang media di sini semalam. Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat membeli-belah terkenal di pusat bandar ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri. Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera Syawal Ceria. Dalam pada itu, Abdul Malik meminta pertubuhan bukan kerajaan termasuk CAP agar terus menghubungi dan memaklumkan kepada pihaknya atau Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Menurutnya, perkara itu boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa tanpa perlu pendedahan pihak media. "Tidak payah masukkan perkara sedemikian ke dalam surat khabar kerana kami boleh menyelesaikannya," katanya. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua botol arak yang sebelum ini disusun di dalam struktur pameran sudah dikosongkan oleh pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan. Sinar Harian.. |
Ismail Sabri salah guna kuasanya untuk selamatkan Isa Samad? Posted: 01 Aug 2012 08:00 PM PDT Ini adalah kes 'U help me.. I help U".. untuk menyelamatkan Isa Samad yang ditolak pencalunannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah KPF dalam Mesyuarat Agong KP. Ismail Sabri menyalahgunakan kuasanya untuk menjadikan Mesyuarat Agong KPF tidak sah.. Bolehlah kita anggap sebagai penyamun berusaha membantu rakannya untuk menyamun... Mahkamah Tinggi KL telah menggantung keahlian Isa Samad dlm Koperasi Permodalan Felda Msia Bhd(KPF). Sumber dari Facebook Mazlan Aliman |
Rafizi ditahan.. Laman web NFC digodam (Hacked).. Posted: 01 Aug 2012 05:00 PM PDT Selepas sahur tadi ketika melayari internet yang panas dengan berbagai laporan tentang penahanan Rafizi di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan akaun NFC.. teringat pulak aku akan laman web NFC.. Nak tahu jugak apa perkembangan terbaru NFC.. dah ada berapa puluh ribu ekor Lembu agaknya sekarang ini? atau masih kekal ditakuk lama.. Malangnya apa bila aku acess website NFC.. iaitu http://www.nfc.com.my yang keluar cuma paparan di atas.. dan juga di bawah.. Laman Web milik National Feedlot Corporation (NFC) syarikat yang dikuasai oleh suami Sharizat dan juga anak-anaknya disedari telah digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai SGP Cyber Army. NFC dari National Feedlot Coorporation telah menjadi Nation For Cow.. Dari apa yang terpapar di laman web tersebut dengan meletakkan Rafizi sebagai hero, pihak yang menggelarkan dirinya sebagai SGP Cyber Army menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana individu yang sepatutnya ditahan ialah Sharizat dan suaminya. Oleh itu SGP Cyber Army memberikan amaran supaya pihak berkuasa jangan memandang rendah keupayaan rakyat Malaysia. Selain itu SGP Cyber Army juga mempertikaikan akan kewajaran Rafizi digari ketika berada di dalam Mahkamah kerana Inspektor Polis yang menghadapi enam tuduhan jenayah di Negeri Sembilan yang dibawa ke mahkamah tidak digari. Kes Inspektor Polis itu telah disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Inspektor Azuan Yasin yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan menyebabkan kecedaraan kepada dua kakitangan dan mengugut dan membuat kerosakan di sebuah hotel pada 17 Julai. Penggodam juga mendakwa UMNO/BN bagaikan cacing kepanasan bilamana Rafizi yang mendedahkan Scandal NFC ditahan di bawah Akta BAFIA. Dan SGP Cyber Army juga menggesa pihak NFC meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memulangkan semula semua wang milik rakyat Malaysia.. SGP Cyber Army juga mengingatkan pihak yang berkenaan bahawa tidak akan menghalalkan walau satu sen pun dari dari wang rakyat itu buat puak-puak 'Haram Jadah'. Hmmm... tapi kan.. kalaulah puak-puak yang didakwa sebagai 'Haram Jadah' oleh SGP Cyber Armyitu tahu apa itu halal dan apa pula haram... aku yakin perkara menyalahgunakan wang rakyat tidak akan berlaku.. Tapi apakan daya.. bagi mereka kedudukan sebagai Pemimpin UMNO meletakkan mereka di atas hukum dunia dan juga hukum Allah.. Atau dalam lain ayat... mereka menganggap diri mereka 'Above The Law'.. mungkin kerana mereka memiliki kad keahlian UMNO kot??? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan