Jumaat, 31 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Agihan Kerusi" PRU-13, PKR Pahang Beri Amaran Kepada DAP Agar Hormati Hak Parti Lain

Posted: 30 Aug 2012 09:03 PM PDT

KUANTAN, 31 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang memberi amaran kepada Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang juga sekutu mereka dalam pakatan pembangkang agar lebih berdisiplin dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) berkata, walaupun tidak salah bagi DAP untuk meminta kerusi tambahan, ia mesti dilakukan melalui saluran yang betul dan dengan persetujuan bersama. Baru-baru ini, DAP membayangkan bahawa parti itu berharap untuk bertanding di DUN Damak iaitu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang. Sebagai tindak balas, Fauzi berkata "Kita juga mahu bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada DAP tetapi sebagai menghormati antara satu sama lain, kita mesti mematuhi keputusan kepimpinan pusat. "DAP boleh meminta untuk tukar kerusi seperti memberi kerusi DUN Tanah Rata dalam pertukaran untuk DUN Damak. Kami bersedia untuk menukar tetapi tidak memberikan begitu sahaja kerusi yang diperuntukkan". Fauzi yang juga bekas Timbalan Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat bukannya gabungan parti milik individu tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng. Tegas beliau, semua keputusan penting termasuk peruntukan kerusi, mesti dipersetujui oleh semua pemimpin gabungan itu. Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP di dua kerusi parlimen dan tujuh kerusi DUN. Jelas Fauzi, PKR sudah muktamadkan calon yang berpotensi di semua kerusi diperuntukkan kepada parti itu.

Panas: Fuziah Salleh "Pinggir" Pemimpin Melayu, Penafian Naib Ketua Cabang Amat Memusykilkan

Posted: 30 Aug 2012 08:02 PM PDT

KUANTAN, 31 Ogos - Orang ramai terutamanya orang Melayu yang menjadi penyokong tegar Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan yang diwakili oleh YB Fuziah Salleh kini mula sangsi dengan keikhlasan perjuangan wakil rakyat itu sekarang. Ini berikutan timbulnya dakwaan Fuziah dipercayai lebih mementingkan "bukan Melayu" dalam membina jentera peribadi beliau di parlimen tersebut. Pendedahan PDO bahawa kini ramai orang kuat Fuziah dikalangan orang Melayu mula meninggalkan beliau jelas sekali telah membuatkan peminpin terbabit tidak senang sekarang. Tambahan pula selama ini, tidak ada pihak yang berani menegur beliau secara terbuka apatah lagi blog-blog yang pro pembangkang. Selama ini juga PDO banyak berdiam diri dengan maklumat-maklumat panas yang diterima tentang Fuziah. Kini, atas semangat merdeka dan kebenaran maka cerita "belakang tabir" Fuziah ini terpaksa didedahkan agar rakyat Kuantan tidak terus tertipu dan tertipu dengan perangai beliau yang sebenarnya. Fuziah, yang cukup popular di peringkat pusat dek kerana menang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan 2010 lalu sebenar tidaklah seperti yang disangka. Banyak tindakan beliau mutakhir ini jelas sekali tidak menyenangkan orang disekeliling terutamanya orang Melayu. Satu persatu angkat kaki meninggalkan beliau sekarang ini. Kini hanya tinggal seorang dua sahaja orang kuat Fuziah yang masih "sayangkan" beliau dan terus setia hingga sekarang. Manakala yang lainnya terpaksa membawa diri sama ada secara terpaksa atau pun dipaksa. Bukti jelas, kini memang tiada lagi kelibat Wanita dan AMK yang mahu bersama beliau. Malah nama-nama Ahli Jawatankuasa Cabang Kuantan yang ada hanyalah diatas kertas semata-mata, hakikat sebenarnya mereka sudah lama menjauhkan diri dari Fuziah. Walau pun beliau cuba menafikannya, namun ramai kini yang sudah ketahui hakikat apa berlaku sebenarnya.

Penafian Naib Ketua Cabang Amat Memusykilkan

Paling menarik, Fuziah mungkin telah merayu supaya Naib Ketua Cabang Kuantan, Zainurin Mohd Noor (Pok Ja) mengeluarkan kenyataan kononnya beliau tidak mengenepikan orang Melayu di kawasannya (Kuantan). Laporan artikel tentang perkara itu telah disiarkan di portal Free Malaysia Today semalam. "Dakwaan itu tidak betul. Orang mungkin mahu menjatuhkan Fuziah dan mereka juga sakit hati dengan saya. Orang dengki kerana PKR Kuantan banyak program. "Saya juga tidak berhenti daripada tugas sebagai pegawai khas Fuziah," kata Zainurin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli PKR Kuantan yang berbangsa Melayu kecewa dengan Fuziah kerana mengutamakan kaum bukan Melayu. Dakwaan lain pula ialah pegawai-pegawai yang bekerja dengan Fuziah juga telah meletakkan jawatan. "Dalam PKR Kuantan, hanya enam orang AJK yang bukan Melayu iaitu lima orang Cina dan seorang kaum India. "PKR di sini memang didominasi oleh orang Melayu sejak penubuhannya pada tahun 1999. Orang Cina yang menjadi AJK itu hanya dilantik selepas Fuziah menang kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 2008," tambah Zainurin seperti dilaporkan portal terbabit. Kenyataan Zainurin ini jelas bagi menutup "pekung di dada Fuziah" sebenarnya. Kesilapan Zainurin kerana beliau banyak menceritakan keburukan Fuziah dan kenapa dia sanggup menghantar surat perletakkan jawatannya kepada orang di sekeliling beliau. Malah, dipercayai surat perletakkan jawatan tersebut telah diterima oleh Fuziah melalui seorang lagi Pengawai Khasnya, Sim Chon Siang. Zainurin mungkin boleh menafikannya di media, tetapi hakikatnya beliau sendiri yang tahu betapa dia sudah tidak sanggup lagi bekerja dengan Fuziah Salleh. Apa yang dipersoalkan ialah hubungan Fuziah dengan pemimpin Melayu di cabang Kuantan, bukannya dengan rakyat. Berapa ramai ahli Wanita PKR yang kini bersama Fuziah, begitu juga AMK?. Kini Fuziah lebih bergantung kekuatannya kepada bukan Melayu demi meneruskan survival politik beliau di Parlimen Kuantan.


Keratan laporan portal Free Malaysia Today tentang Fuziah semalam

[Fuziah Salleh pasti tidak lena tidur dengan pendedahan isu ini, namun beliau juga harus menerima hakikat bahawa orang Melayu di Kuantan pasti menolak beliau pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti jika dia tidak berubah. Sebagai wakil rakyat "hujung minggu" dia sepatutnya menjaga hati orang-orang kanannya yang selama ini menaikkan beliau sejak beberapa pilihanraya yang lalu. Malah, kemenangan beliau pada PRU12 lalu adalah dengan komitmen serta kesungguhan orang kanan beliau berbangsa Melayu. Fuziah juga harus ingat dia menang dulu bukan kerana PKR terlalu kuat di Kuantan. Cuma rezekinya PKR berlawan dengan MCA (BN), yang menyebabkan ramai orang UMNO sendiri telah memberikan undi protes kepada beliau. Malah, difahamkan juga Fuziah tidak bersedia untuk mengadakan jamuan raya Aidil Fitri seperti kebiasaannya tahun ini. Mungkin dek kerana dia merasakan, PKR Kuantan sudah memberikan bubur lambuk kepada rakyat sepanjang bulan Ramadhan yang lalu agaknya. Malah, rakyat yang sekian lama mahu bertemu beliau mungkin kecewa apabila dia hanya balik untuk meraikan majlis makan malam bersama Nurul Izzah Anwar baru-baru ini. Difahamkan, majoriti yang hadir dan diminta hadir ialah "bukan Melayu". Kini ramai yang mula sangsi dan curiga dengan keikhlasan Fuziah Salleh membela Melayu di Kuantan sebenarnya. Laporan panas dan sensasi seterusnya menyusul selepas ini].

Tiada ulasan: