Jumaat, 31 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Turun Harga Kereta', Rafizi dapat maklumat bocor dari JPM?

Posted: 31 Aug 2012 08:12 AM PDT


Ada pencacai UMNO yang mengatakan bahawa agenda yang dibawa oleh Rafizi dari PKR/PR iaitu menurunkan harga kereta dan mengambil alih Lebuh Raya untuk hapuskan tol adalah maklumat yang dibocorkan dari JPM..

Ini kerana menurutnya jika Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Korang baca dulu apa yang dia tulis sepenuhnya di bawah ni..

CIPLAK HARGA KERETA: BUKU JINGGA ATAU DAPAT MAKLUMAT DARI JPM?!!

Pecacai Pakatan sedang berusaha untuk memalukan Najib dengan cerita kononnya, Najib telah menciplak Buku Jingga dan perjuangan Rafizi Ramli yang mahu menurunkan harga kereta. Begitu juga dengan cerita kerajaan mahu mengambilalih lebuhraya....

Kononnya, kalau Najib dah meniru Buku Jingga, buat apa lagi Najib jadi kerajaan, elok serah sahaja kepada Pakatan Rakyat. Masalahnya, betulkah Najib yang meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, atau sebenarnya, maklumat dari dalam bocor dan sampai ke tangan Pakatan Rakyat, terutama sekali menerusi Rafizi Ramli yang giat berkempen tentang Akta Wistleblownya?

Kalau Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Ambil sahaja contoh bajet tahun lepas. Umum mengetahui bagaimana orang dalam Kementerian Kewangan telah membocorkan banyak maklumat tentang bajet bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif mereka.

Apabila bajet dibentangkan, Anwar Ibrahim jelas sangat terkejut kerana yang sampai ke tangan mereka hanyalah dummy semata-mata, bukan bajet sebenar.

Nampaknya perkara yang sama sedang berulang. Cuma kali ini, PKR menerusi Rafizi Ramli melakukannya lebih pantas untuk mengelakkan daripada dikesan.

Cadangan kerajaan untuk 'melakukan sesuatu' bagi mengurangkan harga kereta dan bakal dibentangkan dalam bajet, telah diambil kesempatan terlebih dahulu oleh PKR. Justeru, apabila diumumkan nanti, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang sebenarnya yang menciplak Buku Jingga - The Flying Kick

OK... mula-mula kita bercakap soal menurunkan harga kereta dulu yang kononnya menurut mamat di atas adalah perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan UMNO/BN.

Jika ianya adalah satu perkara yang telah dirancangkan di Jabatan Perdana Menteri dan bocor ketangan Rafizi.. baca apa kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tentang perkara ini..


Kata-kata dari Khairy Jamaluddin itu mungkin akan dikatakan sebagai kata-kata seorang Ketua Pemuda sahaja kerana Khairy bukanlah antara yang berada di Jabatan Perdana Menteri..

Lagipun si Khairy itu samada bersama atau tidak dengan UMNO langsung tak membawa makna kepada UMNO.. bukan aku kata tapi ahli UMNO sendiri yang kata kat aku..

Oleh kerana kata-kata si Khairy itu tak membawa sebarang makna.. korang baca apa kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri tentang isu hapuskan tol dan turunkan harga kereta..

Ini ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop tentang 'Turunkan Harga Kereta'


Ini pula ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tentang 'Hapuskan Tol'..


Menteri diJabatan Perdana Menteri kata hapuskan tol adalah kerja tidak masuk akal dan bila nak diturunkan harga kereta pula ekonomi negara akan terjejas dan negara boleh muflis..

Bagaimana agaknya boleh dikatakan bahawa agenda yang dibawa oleh Rafizi itu adalah perancangan di Jabatan Perdana Menteri sedangkan Menteri dijabatan tersebut sendiri jelas tidak tahu apa-apa mengenainya?

Adakah  Menteri Jabatan Perdana Menteri seorang yang pekak hinggakan beliau tidak boleh mendengar apa yang dibincangkan di Jabatannya sendiri?

Atau dia hanya tidur sepanjang mesyuarat dijalankan?.. kalau macam tu.. pecat sajalah dia ni..

Pesanan aku buat orang seberang sana.. Buat research dulu Bro sebelum nak spin... kan dah nampak sama tarafnya dengan Ibrahim Ali.. ha..ha..ha..

Tengok memo ni.. Pensyarah 'WAJIB' hadir ke 'Himpunan Janji dicapati'..

Posted: 31 Aug 2012 03:31 AM PDT

Malam ini akan berlangsung ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' di Stadium Bukit Jalil, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan teah mensasarkan sejumlah 200,000 yang akan hadir.

Bagi mencapai sasaran tersebut berbagai pendekatan telah diambil oleh pihak Kementerian yang dikepalai oleh Rais Yatim.

Antaranya ialan SMS Blasting yang dihantar kepada ribuan pengguna yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Dan pelbagai hadiah telah disediakan dalam cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti untuk menarik minat orang ramai ke Stadium tersebut..

Selain itu pelbagai agensi telah dikerahkan untuk menghantar wakil mereka ke ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' itu.

Kakitangan DBKL dikerah, Kakitangan KTMB diupah RM30, Pekerja UMW ditawarkan RM80 dan jika membawa keluarga dibayar RM100.. dan seperti biasa Pelatih PLKN tetap menjadi mangsa kerahan.

Mahasiswa juga tidak ketinggalan dan mereka dikatakan akan dibayar RM100 utuk hadir ke himpunan itu..

Aku sangka hanya Mahasiswa saja yang menjadi mangsa.. rupa-rupanya seluruh kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi juga menjadi mangsa.

Ini kerana menurut memo di bawah semua warga Kementerian Pengajian Tinggi DIWAJIBKAN untuk hadir ke program ini.

Mereka juga diminta untuk hadir seawall jam 4.00 petang bagi membantu melancarkan lagi perjalanan majlis.
Pengangkutan pergi dan balik adalah di bawah tanggungjawab pegawai sendiri.

Pegawai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dengan jabatan masing-masing atau dengan Kementerian memandangkan program ini diambilkira sebagai salah satu tugasan rasmi.

Surat Tunjuk Sebab akan dikemukakan kepada warga yang gagal untuk menghadiri program ini tanpa sebab yang munasabah..


Terdesaknya mereka.. habis segala yang ada kaitan dengan Kerajaan menjadi mangsa kerahan kerajaan UMNO/BN..

Bagus juga kalau macam ni.. Najib pasti Syok sendiri pasal dia tengok ramai yang datang kemajlis dia..



Awal pagi tadi hanya 20,000 yang hadir ke Dataran Merdeka untuk menyambut hari kemerdekaan Negara.. adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mampu mendapatkan  200,000 orang yang disasarkan mereka itu..


Ini sasaran mereka..


Bersamalah kita nantikannya....

Kalau ada sesiapa yang ke Stadium tu tolong ambil gambar dan e-mail kat aku ya... e-mail adress kat atas tu..

Bas Jelajah Merdeka Rakyat dilancar

Posted: 31 Aug 2012 02:27 AM PDT

 
Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'.

"Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini  untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

"Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar.

TS Khalid Ibrahim, tuan punya bas sedang berucap.

Saifuddin Nasution jelaskan KPI utk set up pentas, PA system dll adalah 15 minit
Crew bas

 Jadual perjalanan dan tempat persinggahan bas ini sila lihat di ( SINI )

Najib ciplak agenda 'Buku Jingga' lagi sekali...

Posted: 31 Aug 2012 12:25 AM PDT

Beberapa hari lalu, setelah PKR dan Pakatan Rakyat menjalankan kempen 'Turun Harga Kereta' beberapa orang pemimpin UMNO menunjukkan kebodohan mereka dengan membantah kempen ini.

Namun begitu kempen yang mendapat sambutan ramai golongan muda yang berpelajaran (sebab yang bodoh sokong UMNO) pentadbiran Najib jelas tertekan.

Tertekan kerana tiada seorangpun penjilatnya yang terdiri dari pemimpin tertinggi UMNO termasuk Ketua Pemuda sendiri yang merupakan lulusan Oxford gagal untuk mengeluarkan idea sebegini.

Oleh itu satu pendekatan menciplak atau meniru telah diambil oleh Najib.

Dimana secara diam-diam Kerajaan UMNO/BN dilaporkan telah bercadang untuk merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) bagi mengurangkan harga kereta – sila baca di ( SINI )

Salah satu dari 10 program pertama yang akan Pakatan Rakyat laksanakan jika berkuasa adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol .

Dan hari ini The Star Online melaporkan sekali lagi (yang betul aku pun dah lupa berapa kali dah) pentadbiran Najib menerimapakai atau dalam lain ayat meniru apa yang terkandung dalam Buku Jingga itu…



Ambil alih lebuh raya EDL, bukti Buku Jingga tepat- Rafizi

KUALA LUMPUR 31 Ogos: Tindakan kerajaan mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor membuktikan prinsip ekonomi yang disyorkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) adalah tepat.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, keputusan terbaru kerajaan itu sekaligus menolak tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang mendakwa prinsip ekonomi Buku Jingga boleh menyebabkan negara muflis.

Katanya, dasar Pakatan Rakyat adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan jika berkuasa.

"Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, beliau khuatir jika pengambil alihan itu adalah helah supaya wang rakyat disalur kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno BN, terutama apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno.

"Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit.

"Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan," katanya yang memberi contoh pembelian dua syarikat penjana bebas dari kumpulan Genting dan Ananda Krishnan pada harga melampaui RM7 bilion.

Justeru itu katanya, beliau mengesyorkan pimpinan PR menggerakkan rakyat menuntut dua perkara antaranya mendesak Najib umumkan senarai lebuhraya dan konsesi akan diambil alih kerajaan dan sebuah Jawatankuasa Parlimen (PSC).

"Sebuah Jawatankuasa Parlimen (Parliamentary Select Committee) perlu ditubuhkan dalam sidang dewan akan datang untuk mengkaji, menyemak dan memastikan kesemua urusniaga yang melibatkan pembelian aset besar dari syarikat berkepentingan dibuat secara adil dan tiada unsur penyelewengan.

"KEADILAN akan membawa isu ini ke sidang Parlimen akan datang untuk diberikan perhatian utama," ujarnya. - http://www.keadilandaily.com/?p=35202  


Kalau Kerajaan yang ada hanya tahu nak meniru saja apa agenda Pakatan Rakyat.. lebih baik Pakatan Rakyat yang mentadbir..

Video Pak Samad mendeklamasikan puisi yang menyebabkannya akan disiasat Polis..

Posted: 30 Aug 2012 06:35 PM PDT



Malaysiakini melaporkan Pak Samad mengisytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda.

Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan. "Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

The Malaysian Insider pula melaporkan Pak Samad dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Pelik tapi benar, pagi ini Utusan Malaysia melaporkan, Polis akan menyiasat sasterawan negara itu kerana membaca puisi ketika sambutan itu..

Membaca Puisi pun boleh dianggap melanggar undang-undang?..

Hmmmm... melanggar undang-undang atau melanggar UMNO/BN sebenarnya..

Komen mengenai segelintir tu korang bacalah di ( MiLo SuaM )

Berikut adalah video Pak Samad sedang mendeklamasikan puisi yang melanggar undang-undang seperti yang dilaporkan oleh Utusan..


Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!


Pak Samad
28 Ogos 2012

Ribuan peserta 'Janji Demokrasi' mula dibelasah oleh Jamal Ikan Bakar..

Posted: 30 Aug 2012 09:50 AM PDT


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan,"

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

Itu adalah kata-kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang juga merupakan pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Md Yunus.. di ( SINI )

Malam ni dia ada dimana? dah berapa ramai yang kena belasah dengan si Jamal ni??

Takkanlah 68,000 ahli yang dia ada tu seekor pun tak mampu dikerahnya untuk menghalang dan membelasah peserta 'Janji Demokrasi' kot...

Kalau setakat nak bercakap.. siapapun boleh..

**************************************

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan 

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Lagi gambar dan laporan berkaitan sila baca di  SINI 

Tiada ulasan: