Pahang Daily Online |
- Jenayah: "Polis Pahang Terus Proaktif" Benteras Operasi Mesin Perjudian Khususnya Di Kuantan!
- Panas: "Banyak Jalan Rosak", Kerajaan Negeri Di Gesa Pantau Operasi Lori Treler Terlebih Muatan!
- Skandal George Kent-LRT Ampang, Siasat Najib !
- Panas: Gara-Gara Berebut "Durian Runtuh", Dua Isteri Peneroka Gaduh Dan Ugut Pengurus Felda !
- Himpunan Hijau Bakal Diadakan Di Raub 2 Sept
- Sabah Wajar Di Tadbir Orang Sabah Yang Adil !
- Ucapan Anwar Ibrahim Di Sabah Pada 31 Julai !
Jenayah: "Polis Pahang Terus Proaktif" Benteras Operasi Mesin Perjudian Khususnya Di Kuantan! Posted: 03 Aug 2012 12:58 AM PDT KUANTAN, 3 Ogos - Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang terus proaktif untuk membanteras kegiatan mesin perjudian berkomputer di negeri ini khususnya di Kuantan menerusi operasi yang dijalankan bersama agensi lain yang terlibat secara berterusan. Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Abd Ghani (foto) berkata, sehingga semalam sejak Januari lalu, sebanyak 269 serbuan telah dilakukan membabitkan jumlah rampasan wang tunai keseluruhan RM2,834 juta dengan rampasan sebanyak 2,834 komputer. Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 34 premis telah dipotong bekalan bekalan elektrik daripada 115 premis yang diminta untuk pemotongan bekalan elektrik dan pembatalan lesen. "Malah pada hari Rabu lalu, tiga orang telah menerima hukuman masing-masing selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret. "Dalam kes pertama, seorang lelaki berusia 36 tahun dari Jengka telah dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga premis menjalankan permainan judi berkomputer di Taman Tas pada Oktober 2010," katanya. Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff dan Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad. Menurut Sharifuddin, lelaki tersebut dikenakan hukuman penjara 15 hari dan didenda RM5,000 dan kegagalan membayar denda itu membawa hukuman 30 hari penjara selain menghadapi denda tambahan sebanyak RM5,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas serta 15 hari penjara bagi setiap mesin komputer jika denda terbabit gagal dijelaskan. Beliau juga memberitahu, seorang lelaki berusia 37 dari Kampung Peramu, Pekan disabitkan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Enakmen Hiburan 1993 (menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen sah) di sebuah premis di Taman Galing Jaya, Air Putih pada Mei tahun lalu "Lelaki terbabit telah mengaku salah dan dikenakan denda sebanyak RM1,200 manakala seorang jurujual wanita Melayu berusia 25 tahun dikenakan denda sebanyak RM350 selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (berjudi dalam bangunan) di Taman Tas pada September 2010," katanya. Katanya, beliau berharap masyarakat menjadikan ia sebagai iktibar dan tidak terbabit dengan aktiviti tersebut selain menggesa orang ramai terus menyalurkan sebarang maklumat kepada polis untuk tindakan seterusnya. |
Panas: "Banyak Jalan Rosak", Kerajaan Negeri Di Gesa Pantau Operasi Lori Treler Terlebih Muatan! Posted: 03 Aug 2012 12:50 AM PDT KUANTAN, 3 Ogos - Orang ramai menggesa Kerajaan Negeri Pahang memantau pergerakaan lori treler lebih muatan yang membawa bahan galian seperti bijih besi, pasir, tanah dan sebagainya di seluruh negeri ini. Ini kerana, banyak jalan-jalan kini menjadi rosak dan bermasalah yang diakibatkan oleh kenderaan terbabit. Menurut seorang pengguna jalan raya, mendakwa semakin lama semakin banyak lori treler terutamanya yang membawa bijih besi dilihat beroperasi di jalan-jalan utama di negeri Pahang. Lori terbabit biasanya akan menggunakan jalan-jalan utama untuk ke Pelabuhan Kuantan, sebelum bahan itu dieksport kel luar. "Baru-baru ini terdapat kemalangan yang membabitkan lori biji besi yang meragut lima mangsa di jalan by-pass Kuantan- Kemaman (Gebeng). Saya adalah salah seorang penguna yang sering mengguna jalan terbabit. Semakin lama, semakin banyak kenderaan berat yang membawa muatan biji besi, tanah, pasir membanjiri jalan-jalan utama di pahang. Saya nampak kenderaan ini membawa muatan terlalu berat (lebih muatan) dan bergerak secara konvoi. Ini dapat diperhatikan di sepanjang jalan dari Muadzam ke Gambang seterusnya ke Pelabuhan Kuantan. Lori-lori pasir pula seolah-olah berlumba di atas jalan raya tanpa mempedulikan pengguna kenderaan kecil yang lain. Apa yang dikesalkan, saya tidak pernah bertemu dengan agensi penguasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuat pemeriksaan ke atas kenderaan ini. Jalan Segamat- Gambang banyak yang rosak", kata saksi terbabit. "Saya juga pernah melalui di simpang empat Paloh Hinai, disitu jalan rosak teruk dimana lori membawa bijih dari arah Tasik Chini (ikut jalan Batu Balik) dan jalan-jalan ke Chini juga banyak yang rosak. Saya tak pasti samada lawatan PM Najib Razak ke Kg.Mambang baru-baru ini jalan yang rosak teruk tersebut telah diperbaiki. Malah berdekatan Kg.Pulau manis di Gambang terdapat treler-treler bawa keluar tanah bukit seterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang langsung tidak dipantau oleh pihak berkuasa", kata beliau. Lima maut kemalangan dengan treler bijih besi di Kuantan tiga hari lalu Apakah kerajaan mahu lebih ramai mangsa terkorban selepas ini |
Skandal George Kent-LRT Ampang, Siasat Najib ! Posted: 02 Aug 2012 09:56 PM PDT |
Panas: Gara-Gara Berebut "Durian Runtuh", Dua Isteri Peneroka Gaduh Dan Ugut Pengurus Felda ! Posted: 02 Aug 2012 09:14 PM PDT PEKAN, 3 Ogos - Tindakan Felda membuat pemberian "durian runtuh" tiga musim menyebabkan institusi keluarga masyarakat peneroka Felda kian retak sekarang ini. Demikian didedahkan oleh seorang peneroka dari Felda Chini Satu dekat sini hari ini. Beliau menegaskan niat yang baik tetapi kaedah pemberian yang tidak betul, menyebabakan insitusi keluarga itu runtuh akhirnya. Beliau mendakwa, ia berlaku gara-gara kesilapan pihak terbabit sendiri sebenarnya. Pada Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion. Beliau bercakap demikian pada Hari Peneroka di Felda Jengka 8 dan ia dibuat mengikut tiga fasa iaitu untuk ketua keluarga, isteri dan anak-anak peneroka yang masing-masing memperolehi durian runtuh sebanyak RM5,000. Masalah timbul apabila durian runtuh fasa kedua dibuat terhadap isteri peneroka awal Julai lalu. Kekecohan berlaku apabila seorang peneroka mempunyai lebih dari satu isteri, dimana kesemua isteri hadir untuk menuntut hak masing-masing. Peneroka terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia menjadi saksi satu kes pergaduhan yang agak serius di pejabat Felda Chini Satu yang terletak dalam Parlimen Pekan baru-baru ini. Dia mendakwa, kejadian berpunca apabila isteri tua dan yang muda hadir bersama untuk menuntut wang tersebut di pejabat felda itu. "Saya melihat mereka bergaduh siap tarik-tarik rambut di dalam pejabat Felda... Bukan setakat itu, mereka juga mengugut Pengurus dan Pegawai Felda. Amat memalukan... semuanya kerana berbalah untuk dapatkan duit durrian runtuh RM5,000 fasa kedua yang diberika kepada isteri peneroka sekarang ini. Apa yang saya tengok itu melibatkan isteri yang masih sah... ia lebih buruk bila isteri tua yang sudah diceraikan juga datang menuntut wang tersebut. Kecoh dibuatnya.. bukan disini saja... saya dimaklumkan di tempat lain pun sama... semua ini gara-gara kesilapan Najib yang umumkan pemberian durian runtuh tiga fasa", kata beliau lagi. Difahamkan, kes yang berlaku ini agak serius dan laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkenaan, cuma insiden ini disembunyikan daripada pengetahuan media arus perdana. [Apa yang berlaku di Felda Chini Satu ini adalah sebahagian daripada insiden yang membaitkan isteri-isteri peneroka yang berjaya dihidu oleh pihak kami. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku di lain-lain kawasan sebenarnya. Ramai yang gusar institusi keluarga akan terus runtuh akibat durian runtuh yang ditawarkan ini. Niat baik jadi kacau bilau gara-gara duit. Ini baru fasa dua yang melibatkan isteri dua, bagaimana kalau beristeri tiga dan sebagainya. Bukankan ia lebih teruk daripada apa yang berlaku ini. Malah ada yang menjangkan fasa tiga iaitu pemberian RM5,000 untuk generasi kedua anak-anak peneroka Felda dijangka lebih dasyat dari ini sebenarnya. Kemungkinan akan ada kejadian yang lebih ganas hingga bertetak gara-gara anak-anak menuntut wang terbabit. Soalnya, pernahkah Najib terfikir semua ini semasa umumkan pemberia durian runtuh tiga fasa itu agaknya?. Ramai yang hairan, apa motif diberikan tiga fasa sedangkan lebih elok hanya diberikan kepada ketua keluarga sahaja. Pandailah mereka agih-agihkan wang itu untuk isteri-isteri dan anak-anak. Sikap tidak percaya kepada peneroka menyebabkan ramai dikalangan mereka benci kepada kerajaan sekarang. Maruah mereka dipermainkan oleh Najib dan Felda. Bayangkan durian runtuh yang diterima mereka dulu sudah habis sekarang. Bukankah mereka juga mengimpikan wang RM5,000 dari isteri dan anak-anak itu. Ini pasti akan menambahkan lagi masalah sebenarnya. Adakah mereka fikir semua ini]. |
Himpunan Hijau Bakal Diadakan Di Raub 2 Sept Posted: 02 Aug 2012 09:11 PM PDT |
Sabah Wajar Di Tadbir Orang Sabah Yang Adil ! Posted: 02 Aug 2012 02:22 AM PDT |
Ucapan Anwar Ibrahim Di Sabah Pada 31 Julai ! Posted: 31 Jul 2012 08:59 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan