Muslimeen United |
- Tanda Kita Akan Mendapat Mandat Rakyat - Salehudin Ayub
- Kreatif : Rafizi selamba je dalam berkempen...turunkan harga kereta..!!!
- Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud
- LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi
- Gambar Umat Islam Di Israel Sambut Aidilfitri
- Khabar Mengerikan Buat Umno-APCO Dari Pahang!
Tanda Kita Akan Mendapat Mandat Rakyat - Salehudin Ayub Posted: 22 Aug 2012 07:24 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin bahawa 'gelombang rakyat' yang sedang melanda di seluruh negara kali ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. "Kalau kita mengadakan ceramah diseluruh negara hari ini, maka keadaan sangat luar biasa berlaku – iaitu trend dimana Pakatan Rakyat akan dihadiri oleh orang Cina, orang India, orang Melayu. |
Kreatif : Rafizi selamba je dalam berkempen...turunkan harga kereta..!!! Posted: 22 Aug 2012 07:24 AM PDT Kreatif : Rafizi dengan cara tersendiri berkempen... Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka. Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri. "Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung. Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung. Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan "Turunkan Harga Kereta". Berbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi. "Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini. Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika. Menurutnya, Pemuda Umno sendiri menggunakan bulan Ramadan untuk menyantuni golongan memerlukan yang merupakan acara tahunan pergerakan tersebut. "Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN. Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan. -M'kini |
Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud Posted: 22 Aug 2012 02:30 AM PDT TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. "Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily. Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya. Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah. Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah. Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah. "Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis. "Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina," kata Tuan Ibrahim. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam. "Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi. Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud. "Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi. Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan. "Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya," tegas Tuan Ibrahim. "Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang," tambah beliau. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut. "Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno. "Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno? Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno," tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. -Hrkh |
LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi Posted: 21 Aug 2012 03:25 PM PDT DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN. DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat . Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi. "Jadi inilah sebabnya kerajaan PR berusaha dengan bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk menjadi kerajaan yang adil agar doa para pemimpin Islam yang berada dalam perjuangan PR diterima, khususnya agar masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai." Ujar beliau. Justeru katanya, dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah dan tomahan jahat seperti fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai petualang yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13. "DAP yakin bahawa di kalangan seluruh rakyat yang beragama Islam maupun yang bukan Islam dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil." "Itulah sebabnya rakyat semakin muak dengan fitnah skandal seks yang cuba dibabitkan terhadap pimpinan PR atau ahli keluarga mereka sehingga rakyat tidak percaya lagi." Turut disentuh Gun Eng ialah mengenai filem "Tanda Putera" yang disifatkan sebagai rasis dan percaya bahawa ia merupakan usaha terbaru memburuk-burukkan DAP. "Filem "Tanda Putera" ini cuba mengaitkan saudara Lim Kit Siang sebagai berkelakuan tidak senonoh dan menjadi pencetus tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur walaupun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan amat menyedihkan lagi apabila filem ini telah ditaja oleh Kementerian Penerangan dan mendapat publisiti meluas media dan cybertroopers UMNO serta khbar Utusan Malaysia." Selain memainkan isu perkauman, isu agama juga sering digunakan pihak UMNO-BN yang boleh menimbulkan kebencian dan ketegangan. "Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sering diserang dan dilabelkan sebagai anti-Islam, kemudian DAP juga dituduh mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia. "Walaubagaimanapun, tomahan dari laporan Utusan Malaysia ini telah disahkan palsu dan tidak benar sama sekali oleh pihak polis." Jelas Guan Eng. Sungguhpun begitu kata Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah terutamanya terhadap Utusan Malaysia dan UMNO. Beliau menegaskan bahawa usaha PR menentang mereka yang rasuah dan zalim tanpa mengira siapa pun samada kaum atau agama malah usaha murni ini memberi harapan cerah kepada negara. "Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?" soal beliau. "Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua." Di akhir kenyataannya, Lim Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin." – roketkini |
Gambar Umat Islam Di Israel Sambut Aidilfitri Posted: 21 Aug 2012 03:24 PM PDT Umum mengetahui, Israel sangat anti dengan orang-orang Islam terutama sekali dengan penduduk Palestin kerana bagi mereka, orang Islam adalah ancaman terhadap mereka.Banyak tindakan dan perkara yang mereka lakukan terhadap orang-orang Islam termasuklah dengan menindas hak-hak serta keperluan penduduk Palestin. Hinggakan kemudahan untuk mengamalkan dan melakukan ibadah juga diganggu oleh kaum Yahudi itu.Dan ketika umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Syawal, pihak Israel mengawal ketat kemasukan pengunjung-pengunjung luar ke negara itu. Seperti tahun lalu, sebanyak 13,000 pas sahaja diberikan kepada pelawat untuk masuk ke Israel.Berbeza untuk tahun ini, lebih 120 000 pas dikeluarkan kepada warga Arab untuk bertandang ke Israel bertemu saudara-saudara di Masjidil Aqsa.Semoga, kehadiran Syawal tahun ini memberikan saribu satu makna buat warga Palestin. InsyaAllah. |
Khabar Mengerikan Buat Umno-APCO Dari Pahang! Posted: 21 Aug 2012 03:24 PM PDT Saya berada di Pahang beberapa hari raya ini. Disamping beraya, perbualan tetap berkisar pada politik. Kegilaan apa yang melanda Pahang? Berapa kerusi pembangkang boleh menang? Mereka bertanya saya. Saya kata nanti dahulu. Saya akan tulis artikel khusus untuk Pahang. Kali ini Pahang akan hilang lebih banyak kerusi DUN dan kerusi parlimen. Hampir semua pemimpin MCA akan kecundang. Taruhlah siapa pun. Pemimpin Umno masih lagi menyandarkan optimism kepada kaji selidik mereka. Tapi bolehkah hasil kajiselidik ini dipercayai? Semua orang tahu, kaji selidik Umno ditambah 30%. Ertinya, kajiselidik Umno hanya 70% tepat. Dalam bahasa mudah, jika kajiselidik Umno kata dia akan menang 100 kerusi parlimen, mereka akan menang 70 kerusi. Itu pun jumlah kerusi yang Umno akan menang kali ini. Kenapa Najib lambat buat pilihanraya? Ramai orang lupa saya lama menjadi AJK Umno bahagian Pekan dan jadi ketua penerangan Umno bahagian. Najib lambat kerana dia tidak yakin dengan hasil kajian ejensi-ejensi yang diupah kerajaan. Kecuali dia sudah yakin, baharulah dia akan buat pilihanraya. Takkan kita lupa, Najib ini bukan nya orang berani. Sayang sekali, Najib tidak akan bertemu dengan kaji selidik yang dikemukakan oleh ejensi-ejensi kerajaan yang tepat. Lapuran wanita Umno sudah lama tidak dipercayai oleh presiden Umno. Dia tahu ketua wanita duduk di rumah dan pangkah atas nama nama pengundi sebagai penyokong Umno. Itulah yang terjadi pada Najib dalam tahun 1999 cuma menang majoriti 241 undi. Semua lapuran kata boss ok. Akhirnya boss hampir KO. Lapuran Pemuda dan Pemudi adalah catatan boy scouts dan pandu puteri. Main masak masak. lapuran mereka macam main main. Jadi bagaimana kepala presiden Umno tak pening. Umno hendak dapat undi dari mana? Dari kaum Cina undi mereka sudah 80% kepihak pembangkang. Dari golongan muda demikian juga 90% mirip pembangkang. Dan Umno lupa, bahawa sokongan mereka yang memihak kepada pembangkang dalam tahun 2008 diransang oleh keyakinan. Dan sokongan yang berdiri diatas keyakinan sukar digoncang. Sebaliknya, sokongan yang di perolehi dengan cara merasuah dan membayar sogokan amat mudah terbalik. Pemimpin Umno sedar hakikat ini yang masih bebal dan degil ialah pemimpin bawahan seperti ketua-ketua bahagian. MCA tidak lagi jadi pilihan utama kaum Cina. Jika orang Cina sudah menolak calon Cina, mengapa orang Melayu yang beragama Islam mahu menyokong mereka? Mereka kan orang kafir? MCA pun kafir harbi. Bukankah Chua Soi Lek terang-terang menentang agama Islam dan Umno bacul bila Soi Lek berkata hanya MCA yang berani menentang hudud? Orang Umno takkan nak sokong hudud. Kita faham mengapa mereka bersikap demikian. Jika disokong nanti ramai pula anggota kabinet yang tidak ada tangan datang bermesyuarat termasuklah yang terlibat dalam skendel pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lain kelengkapan tentera. Ramai ahli kabinet hilang tangan sebab mereka terlibat dalam mengkhianati negara ini dengan menjual IC Malaysia. Ramai pemimpin Umno akan hilang tangan kerana menjual bumi Melayu ini. Saya sedang memerhati pergolakan Pahang sekarang. MB yang ada mahu disingkirkan. Panglima kanan Najib sedang buat counter balance kepada Adnan Yaakob. Jika calon-calon half-past six dikekalkan, maka riwayat Umno akan singkat. Berilah rakyat pemimpin Melayu yang berkaliber. Jika tidak boleh, maka ketepi. PR akan ambil alih. Apa yang Umno ada? Teriakan kosong pembela bansga Melayu, agama dan negara ada lah. Orang lain boleh buat lagi baik dari Umno. PR ada track record untuk menyokong pengistiharan mereka. Umno tak ada. Rakan-rakan bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP? Ini soalan yang berulang kali ditujukan kepada saya. Apalah yang hendak ditaksubkan sangat pada Umno? Tiga presiden Umno yang awal sahaja yang memelihara asas perjuangan orang Melayu. Mulai presiden ke-empat perjuangan Umno sudah berbeza. Kepentingan Melayu yang di perjuangkan ialah kepentingan golongan elit dan Melayu terpilih. Mereka sedikit jumlah nya mengapa kita yang majority mahu tunduk kepada mereka. Jika presiden Umno tidak dengar keluhan orang melayu, kita gantikan mereka. Ramai pemimpin Umno peringkat cawangan beritahu saya. Rumah pemuzik Alleycats terbakar Najib beri RM100 ribu. Kalau begitu, ayuh kita bakar rumah supaya Najib beri RM200 ribu. Bukankah itu kekuatan Najib? Bayar sana dan bayar sini. Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan. - sakmongkol.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan