ALHUSSEYN |
Bila Karpal Tolak Hudud, Budak-Budak Tu Melenting.... Posted: 22 Aug 2012 09:03 AM PDT Mat Sabu bilang, " Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang." "(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya di sini Inilah cara orang yang 'matang' berpolitik. Mat Sabu mungkin tidak menyindir dua orang budak PAS tertentu itu ... Tapi ramai yang perasan begitu. Bagi saya sendiri, elok sangatlah jika budak-budak PAS dua orang itu disekolahkan lagi...terlalu mentah hingga mudah diratah oleh anai-anai yang ada dalam PAS...Apakah kerana Karpal maka Hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia ini? Fokuslah terhadap musuh yang sebenar. Jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran ... Mereka ini tidak nampak 'perform' kalau nak dibandingkan dengan apa yang budak-budak PKR buat , selain tunjuk perasaan menentang konsert. Orang ramai lebih tertarik dengan kerja-kerja Rafizi Ramli dan juga Cikgu Bard....Bandingkanlah dengan kerja dua budak PAS itu di sini |
Ponteng Mesyuarat Perkara Biasa Dalam PAS? Posted: 22 Aug 2012 04:50 AM PDT Nasharuddin hanya dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya yang menggesa PAS keluar dari PR sahaja. Isu beliau bergambar dan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah tiada kena mengena kerana ia adalah perkara biasa untuk wakil rakyat bertemu. "Kemungkinan Nasharuddin akan diminta memberika penjelasan lanjut kepada Majlis Syura' pada mesyurat Pusat PAS yang akan bermula pada bulan depan", katanya. Mungkin Ponteng mesyuarat adalah perkara biasa bagi PAS Pusat. Maka Nasha tidak perlu memberi apa-apa penjelasan mengenai ketidak pernah hadiran mesyuarat Jawatankuasa Pusat . Sibuk dengan urusan apa ? Maka setelah tidak jadi Timbalan Presiden, Bacuk pun dia lama tidak pergi jengok...Baca di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan