Muslimeen United |
- Taik minyak punya anak Yatim!
- TERBAEK: Depa lah penyamun...
- Di China, ibu lahir 12 bayi kembar, dipaksa pilih 1, yang lain dibunuh
- Polis Berat Sebelah Gari Rafizi Tapi Suami Shahrizat Dikecuali
- Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012
- KESIHAN, HASSAN JATI BALIK ASAL
- Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!
- Seminggu untuk Awang Adek jelas isu cek
Posted: 01 Aug 2012 08:36 AM PDT Inilah wajah yang tidak sedar bahawa dirinya yang terpesong! Nak nasihat orang tapi tak cermin diri dulu! Berlagak betul kerana konon dia kerajaan yang memerintah. Taik kucing! Nasihat orang agar jangan membelakangkan hari kemerdekaan setelah puas dia cuba main belakang dengan tema hari kebangsaan itu sendiri! Taik minyak betul! Nasihat orang jangan kencing tengah jalan, dia yang kencing! Taik idung masin betul! Dia yang bodoh, dia nak orang bodoh macam dia jugak! Dia ingat dia sahaja yang tahu nak menjaga kehormatan hari kemerdekaan! Bercakap macam orang tak sedar diri! Taik ayam candu betul...cheh!! Orang tak nak marah jadi marah! Nampaknya Rais Yatim semakin gelabah dengan perkembangan terkini pasai isu berkaitan Hari Kebangsaan. Sebelum ni selepas dibelasah teruk dari segenap penjuru termasuk dari kalangan orang Umno BN, Rais Yatim umumkan logo Hari Kebangsaan yang diumumkan sebelum ni sebenarnya cuma 'logo sampingan' walaupun dua hari sebelum tu dia cela orang yang kritik logo bangang yang tak macam logo tu. Semalam Rais Yatim tanya pendapat dalam twitter berkenaan lagu tema Hari Kebangsaan yang melodinya ada yang tuduh diciplak dari lagu berunsdur kristian dari Indonesia manakala lirik lagu tu pulak ada yang kata bertahap 'haram jadah.' Patutnya Rais tak payah tanya pasainya kalau dia tengok lagu tu di youtube pun dah nampak cukup jelas orang ramai tak setuju dengan lagu tu. Bukan sorang dua tak setuju tapi hampir mencecah 90% yang tak suka berbanding yang suka. Bukan satu clip tapi semua klip yang benarkan pengunjung like/dislike. Hari ni Rais Yatim menzahirkan 'gelagab bewak' dia dengan komen bangang bila Pakatan Rakyat mengumumkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' macam yang dilaporkan Malaysiakini: Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.Sapa pulak yang nak membelakangkan sambutan Hari kebangsaan. Apa yang Pakatan Rakyat buat cuma takmau sambut Hari Kebangsaan bersama pemimpin Umno yang terlalu berpilitik dalam pilih tema, logo dan lagu hari Kebangsaan. Selama ni pun memang kerajaan mempolitikkan jugak Hari Kebangsaan tapi tak la seteruk dan sebangang kali ke 55 ni. Yang aku kata Rais Yatim 'gelabah bewak' bila keluar ayat: "Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," - Ibid.Tak ka bangang punya ayat tu? Orang yang 'gelabah bewak' ja kut yang sampai terpacul dari mulut ayat bangang macam tu.. |
Posted: 01 Aug 2012 08:29 AM PDT |
Di China, ibu lahir 12 bayi kembar, dipaksa pilih 1, yang lain dibunuh Posted: 01 Aug 2012 08:27 AM PDT Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan. "Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan," ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. "Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti." "Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan," tambah suami Jinan. "Kami yakin dengan keputusan kami." lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang 'Satu Keluarga Satu Anak' diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut. Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. "Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi," tambahnya. "Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini." Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! |
Polis Berat Sebelah Gari Rafizi Tapi Suami Shahrizat Dikecuali Posted: 01 Aug 2012 02:36 AM PDT Shah Alam 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. "Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. "Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?," tegasnya. Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno. "Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi," katanya. "Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng," tegas Surendran lagi. Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta. Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya. Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam. Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan. Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat. Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis. -KD |
Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012 Posted: 31 Jul 2012 03:43 PM PDT Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam. Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta. 1 HASTA = 45.72 CM 40 HASTA = 1828.8 CM 1828.8 CM = 18.2 M Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Sama ada baik ataupun yang buruk. Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya. InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua.. Amin, Assalamu'alaikum. -iamsharina |
KESIHAN, HASSAN JATI BALIK ASAL Posted: 31 Jul 2012 03:43 PM PDT BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din. Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja. Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco. Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya. Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak. Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah. Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum. Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang. Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI. Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri. Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS. Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik. Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali. Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya. Penghujung Hassan JATI amat malang sekali./wfauzdin.blogspot.com |
Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur! Posted: 31 Jul 2012 03:41 PM PDT Rais minta pandangan lagu tema Merdeka Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut. "Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi. Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima "beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut. Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan. Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik. Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan. Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka". Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati |
Seminggu untuk Awang Adek jelas isu cek Posted: 31 Jul 2012 03:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau. Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB). Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan. "Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar. "Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010. Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM). DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun. Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek. "Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama. "Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan