Rabu, 22 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nik Abduh : DAP Dicabar Keluar Kenyataan Isu Hudud

Posted: 22 Aug 2012 06:06 PM PDT


Thursday, 23 August 2012 07:43 Tun Izhalmi

E-mail Print
alt

KOTA BHARU, 23 Ogos - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz melaungkan cabaran agar pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.

Beliau berkata demikian sebagai tindakan yang amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.

Nik Abduh turut berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan.," katanya.

BN Syaitan, PR Malaikat - itu kata Mahathir

Posted: 22 Aug 2012 03:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.
"BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.
"Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.
"Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.
Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.
Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.
Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.
Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.
"Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan," katanya.
"Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya."
Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.
Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.
"Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.
"Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.
"Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya," kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hahahaha ....

15 seksaan dunia, akhirat jika tinggal solat

Posted: 22 Aug 2012 10:38 AM PDT

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat .Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"Jawab Baginda:* Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).* Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).* Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
* Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).* Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.* Doanya ditolak Allah.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"Jawab Baginda:* Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.* Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.* Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap."Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Santai Mlm - Taiping ... 'Judi Hujan' pun ada

Posted: 22 Aug 2012 08:51 AM PDT

Kecuali Jalil dan seorang dua lagi rakan yang 'satu kepala', Taiping dahulu agak asing bagi saya.Tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, apabila cuti sehari dua, bandar itulah yang kerap menjadi sasaran.

Masa kanak-kanak, tempat paling hampir dengan Taiping yang pernah saya sampai ialah Bukit Merah. Dalam tahun 60-an, air sebatang sungai cetek yang mengalir lima meter di depan rumah emak saudara di Kampung Ban Pisang sangat menakjubkan; sejuk lagi jernih.

Terkesima melihat anak-anak ikan berkejar-kejaran di keliling betis dan buku lali. Di zaman itu, anda boleh mencempung dengan mudah, jika mahu. Hari ini, jangankan ikan dan air jernih, sungai yang sempit itu pun sudah terkambus akibat hakisan dan sampah sarap.

Masih jelas dalam kenangan mengenai peristiwa bagaimana dimarahi arwah datuk kerana tidak menolong beliau setelah jatuh dari basikal. Macam mana hendak tolong sedangkan saya kayuh basikal sendiri dan laju di depan atas batas tepi landasan kereta api, menuju pekan kecil Bukit Merah.

Tidak pasti apakah beliau perasan betapa bagai nak pecah perut saya menahan ketawa, melihat beliau bergelumang dalam selut bendang. Hari ini kawasan itu sudah membangun. Kalau anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan melihat beratus-ratus hektar bendang di kiri kanan anda di sekitar Bukit Merah sudah bertukar menjadi kolam pemeliharaan ikan hiasan.

Mengikut cerita rakan-rakan, sehingga kira-kira 15 tahun lalu, ikan hiasan seperti kelisa hanya dijual dengan harga lebih kurang RM5 sekilo dan ia senasib dengan ikan-ikan biasa yang lain, berakhir dalam belanga dan pinggan nasi.

Hari ini jika tiada RM10,000 atau lebih jangan berangan hendak cuba sentuh ikan hiasan yang tunggu masa untuk matang bagi mengeluarkan telur yang juga tinggi harganya. Siapa bersedia makan ikan semahal itu? Taiping, yang sebelum 1937 merupakan ibu negeri Perak, dan yang tidak sampai 20 minit dengan kereta ke selatan Bukit Merah, turut membangun dengan pesat.

Cuma saya lebih gemar menyaksikan bangunan dan alam semula jadi yang tidak menjemukan mata memandang; sawahnya yang menghijau masih luas terbentang (entah sampai bila) dan sungguh mempesonakan, di samping menikmati mi rebus, char koey teow, pasembor, cendol dan lain-lain. Ada yang mendakwa popia di Taiping paling sedap di sebelah utara. Saya bukan pakar.

Sehari di Taiping, banyak urusan peribadi sempat dibereskan; buat kunci pendua, beli alu lesung batu untuk hadiah perkahwinan anak rakan di ibu kota, tukar minyak hitam dan tayar kereta. Dua tiga kali, saya tinggalkan pada Jalil kereta yang bodinya sudah berkerak untuk dicat, sebab di kedai kawan, kualiti kerjanya baik daripada tempat lain dan yang penting, upahnya tidak kerat leher.

Yang paling ketara, cuaca di Taiping selalu sejuk. Mengikut cerita, tidak ada sehari pun tanah Taiping tidak disirami hujan; kalau tidak lebat, renyainya tetap ada. Mungkin kerana itulah ia menjadi bandar kegemaran pesara dan pelancong.

Tetapi yang lebih menarik, hujan yang konsisten itu juga menjadi 'fenomena' untuk apa yang dinamakan 'judi hujan'. Lain kali anda ke Taiping, pergilah ke kawasan pasar di pusat bandar. Anda akan lihat beberapa orang mendongak ke awan, biasanya di sebelah petang, masing-masing meneka waktu titisan pertama hujan dari satu sudut bumbung pasar itu.

Siapa yang tekaan waktunya paling hampir akan menang pertaruhan; dan pertaruhannya bukan sekadar wang, bahkan kenderaan, rumah dan sebagainya. Payah untuk dipercayai bukan? Tetapi begitulah ceritanya.

Sejak beberapa minggu lalu, Taiping, yang bermakna 'aman' atau 'tenteram' dalam bahasa Hakka, kembali mencuri perhatian melalui akhbar dengan cerita mengenai rancangan pembangunan di kawasan Taman Tasik Taiping.

Menurut laporan, sebahagian penduduknya membantah projek pelaksanaan Koridor Utara untuk membina replika gerabak kereta api, gerai cenderahati dan makanan dekat pokok-pokok hujan yang ditanam sejak taman itu dibangunkan pada 1884 dan dibuka kepada awam sembilan tahun kemudian.

Tidak payah untuk faham mengapa terdapat bantahan bagi membangunkan sebahagian kawasan itu. Taman Tasik Taiping merupakan sebuah kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Ia dibuka pada 1880 dan mempunyai banyak tarikan.

Di kawasan seluas 62 hektar itu juga terdapat Zoo Taiping, Bukit Larut dan kawasan perkhemahan yang menarik pelancong dari dalam dan luar negara, terutama di hujung minggu dan musim percutian. Buat masa ini, rancangan terbaru untuk melaksanakan projek di Taman Tasik Taiping itu dibatalkan dan dua tapak alternatif berdekatan kawasan itu dicadangkan.

Apa akan berlaku seterusnya, wallahualam!

CATATAN :  sekadar untuk pengetahuan.

hahaha ... memang patut pun ..... Anggota polis dibelasah penduduk

Posted: 22 Aug 2012 04:07 AM PDT

KENDIRI - Seorang lelaki nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis daerah Kediri, Jawa Timur, Indonesia apabila dia dibelasah sekumpulan polis di rumahnya di kampong Selosari, selepas didakwa terlibat dalam kes dadah.

Mintora berkata, ketika kejadian dia dan isterinya, Yuni sedang bersiap untuk menunaikan solat Aidilfitri dan secara tiba-tiba tujuh anggota polis menyerbu masuk ke rumah.

"Pintu ditendang lalu memaksa saya memberitahu lokasi penyimpanan dadah," katanya.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan soalan itu hanya mengaku tidak faham namun seorang daripada anggota polis terbabit menumbuk mukanya hingga dua batang giginya patah.  

Kejadian itu menyebabkan ketua kampung terbabit bertindak campur tangan.

Selepas diperiksa ternyata anggota polis terbabit tersilap suspek selepas memeriksa kad pengenalan Mintora.

Namun penduduk kampung yang berang dengan tindakan polis itu mengambil tindakan membelasah anggota polis terbabit sebelum disuraikan oleh sekumpulan anggota polis tempatan - SINAR

Ummi Hafilda tak akan buat sesuatu tanpa dibayar - Baginda

Posted: 22 Aug 2012 01:50 AM PDT


Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.
"Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
"Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.
Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
"Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.
Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'.
"Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya.
Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34834



Tak takut azab neraka? tanya Azwan pada Ummi


KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.
Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.
Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.
Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.
"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.
Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=803

Tiada ulasan: