Khamis, 23 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hudud - Dr Asri Salahkan Pas

Posted: 22 Aug 2012 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Beliau memberitahu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.



"Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

"Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

"Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

"Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

"Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," katanya.

http://www.klpos.com/politik/12721-salah-pas-beri-gambaran-tidak-tepat-isu-hudud-mohd-asri


Rupa-Rupanya Ada Cerita Antara Ummi Hafilda Dengan Najib

Posted: 22 Aug 2012 05:05 PM PDT



Baca seterusnya di sini


Mustafa Mohamed Dakwa Khutbah Aidil Fitri Mengata Dirinya

Posted: 22 Aug 2012 07:47 AM PDT

JELI: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyifatkan tiada cacatnya khutbah Aidilfitri yang disampaikan kebanyakan khatib di masjid dan madrasah pada 1 Syawal lalu biar pun menyentuh isu semasa.

Presidennya, Abdullah Ya'kob berkata, khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

"Tidak pula sampai menjejaskan rukun khutbah kerana ramai khatib di Kelantan berkebolehan menyampaikan khutbah dengan isi yang lebih menarik.


"Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar," katanya di sini.

Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor melahirkan rasa kesal khatib di beberapa kampung di Kelantan menyampaikan khutbah Aidilfitri dengan menanam sikap benci kepada pemimpin negara.

Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, berdasar kepada pengamatannya khutbah Hari Raya di beberapa tempat didapati isu yang disentuh lebih dekat dengan keadaan semasa.

"Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku.

"Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.

"Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang," katanya.

Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan.

Sementara itu dalam perkembangan lain malam tadi berlangsung ceramah perdana sempena Aidilfitri di Air Lanas.

Biar pun hujan turun dengan lebatnya orang ramai tetap hadir bagi mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berlaku sekarang.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Presiden R, Nazri Deraman, Abby Abadi, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad dan Abdullah.


Bekalan Air Di Hari Raya Terputus Di Seluruh Negara Kecuali Selangor

Posted: 22 Aug 2012 05:22 AM PDT

Isu putus bekalan air adalah isu yang menyeluruh dihari raya sejak dahulu

Kali ini saya menulis tentang isu air lagi kerana nampaknya sejak saya menulisnya dua hari yang lepas saya telah menerima ratusan sms dan email sebagai respon kepada apa yang saya telah tulis itu. Nampaknya isu air yang dihadapi oleh rakyat adalah menyeluruh semasa hari raya ini dan kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu ini.

Semalam saya ke kampung lagi untuk menziarah kaum keluarga. Kali ini di Seri Menanti, keluarga sebelah isteri saya pula. Di Seri Menanti juga kedapatan tidak berair di siang hari. Nasib baiklah di rumah ini ada kolah yang besar dan kami dapat menggunakannya untuk mandi di siang har


Kalaulah tidak ada kolah untuk menyimpan air tentulah ketiak kami akan bau ikan sepat masin kerana tidak dapat mandi. Di hari pertama saya telah menulis tentang kekurangan dan keputusan bekalan air di kampung asal saya di Sg Jelutong yang tidak berair dan air hanya mengalir dari pagi semalam sahaja.

Sebelum saya balek ke kampung sebelah isteri saya di Seri Menanti saya telah dihujani oleh sms serta email dari seluruh Semenanjung mengadu hal tentang kekeringan air di tempat mereka. Saya dihubungi oleh mereka yang saya tidak kenali dari Perlis hingga ke Johor mengadu yang terputusnya bekalan air ini bukan sahaja di kampung saya tetapi rupa-rupanya banyak tempat di seluruh negara. Kekurangan air ini merupakan fenomena yang menyeluruh di seluruh Semenanjung ini.

Saya menulis isu ini bukan kerana apa, tetapi sudah terbukti yang isu air di Selangor di jadikan isu politik kerana untuk menjejaskan kerajaan negeri dan tidak lebih dari itu. Kekurangan bekalan air ini di alami oleh seluruh negara dan saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan jangan menjadikan isu air sebagai senjata untuk memenangi hati rakyat Selangor sahaja kerana negeri-negeri yang ditadbir oleh BN pun sudah mengalami kekurangan bekalan air sejak puluhan tahun dan belum ada tanda-tanda isu itu dapat di selesaikan.

Sebaliknya di Selangor tidak ada pula kelihatan yang ada kawasan yang putus bekalan air di hari raya ini. Hanya di katakan air di negeri Selangor akan berkurangan dan akan membawa krisis besar selepas 2014 nanti. Kalaulah Syabas jujur dan telus, isu air ini di Selangor tidak sepatutnya timbul langsung. Yang menyebabkan isu ini timbul ialah kerana Syabas tidak berkemampuan merawat air yang secukupnya tetapi belum pula sampai ketahap yang di alami oleh pengadu di seluruh Semenanjung ini.

Mengikut perjanjian, Negeri Selangor boleh mengambilalih Syabas tetapi oleh kerana kepentingan kroni dan Kerajaan Persekutuan, isu Syabas ini sudah menjadi isu yang besar. Jika kerajaan Selangor mengambilalih pengurusan Syabas itu maka Kerajaan Negeri akan bertanggungjawab ke atas isu air ini dan dijangka ia akan lebih mudah di selesaikan kerana banyak isu yang tidak boleh di selesaikan oleh kerajaan persekutuan dahulu telah di selesaikan oleh pentadbiran TS Khalid Ibrahim.

Mudahan-mudahan jika Negeri Selangor boleh mengendalikan isu air ini sendiri dengan lebih cekap maka mungkin Selangor boleh membantu negeri-negeri yang berjiran seperti NS, yang tidak putus-putus dengan masalah air terutama semasa minggu perayaan seperti hari raya seperti sekarang ini.

Mungkin kerajaan negeri Selangor boleh membantu negeri Pahang yang mana banyak kawasan di Pahang itu sendiri menghadapi masalah air seperti yang berlaku di Jengka semalam. Di Jengka semalam sesudah dua minggu keputusan air baru lori-lori tangki Jabatan Bekalan air datang membantu. Masalah air telah berlarutan sejak lama dahulu dikebanyakkan kawasan di negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Selangor tetap sebagai sebuah negeri yang sekarang ini tidak ada apa-apa masalah tentang isu air. Isu air di Selangor hanya merupakan satu isu politik ciptaan BN yang 'creative' yang menggunakan isu itu sebagai isu pilihanraya oleh BN dalam ketamakan mahu menguasai semula kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia itu.

BN patut pastikan yang di negeri-negeri pentadbiran mereka ada air dengan secukupnya sebelum menjadikan isu itu sebagai isu pilihanraya semata-mata kerana hendak mengambil alih kerajaan Selangor. Air jangan dijadikan isu politik kerana ia akan menjadi 'counter productive' kepada UMNO.

Cukup-cukuplah menggunakan isu yang jahat semata-mata untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya. Putrajaya itu sebagai yang saya sebutkan dalam posting semalam adalah tempat penempatan sementara sahaja atau TOL (temporary occupancy license), bukannya hak milik kekal bagi BN atau pun UMNO.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/08/isu-putus-bekalan-air-adalah-isu-yang.html


Melayu takkan hilang kuasa jika Pakatan tawan Putrajaya

Posted: 22 Aug 2012 04:32 AM PDT

PUCHONG 21 Ogos: Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.

Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.


Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.

Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.

"Kalau betul Melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

"Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah," katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.

Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34843


Tiada ulasan: