Sabtu, 4 Ogos 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Janji Ditepati, sudah 10 tahun janji nak bina hospital

Posted: 03 Aug 2012 02:50 PM PDT

JELAJAH Janji Ditepati yang menjadi kempen politik Najib Razak, kini sudah menjadi tema kemerdekaan menyaksikan betapa terdesaknya pemerintah mahu meraih sokongan rakyat.

Kalau kita lihat, Barizan Nasional sibuk dengan slogan Janji Ditepati, namun apa sebenarnya janji-janji yang mereka tepati?

Sebelum ini kita telah dedahkan bagaimana janji Barisan Nasional untuk membina hospital di Negeri Terengganu, yang berakhir sebagai "Janji Dimungkiri" rujuk sini [Janji Ditepati].

Kali ini kita ke Negeri Selangor pula. Janji untuk membina hospital di Tanjung Karang, Kuala Selangor sudah lebih 9 tahun ditabur, namun yang tertunai hanyalah papan tanda yang menanti rebah menyembah bumi.



Gambar ini diambil di Ladang Kuala Selangor, tepi jalan besar Kuala Selangor ke Tanjung Karang. Tempat ni sangat-sangat memerlukan Hospital Besar sejak sepuluh tahun lalu kerana kepadatan penduduknya yang kian meningkat saban tahun.

Menurut pengirim gambar, papan tanda cadangan membina hospital ini sudah dipacakkan sejak beliau mula berumahtangga dengan orang Tanjung Karang sehinggalah kini anaknya sudah bersekolah darjah dua.

Kira-kira sepuluh lalu Barisan Nasional berjanji bagai nak rak kepada penduduk tempatan kononnya mahu membina hospital besar di sini.

Namun anda lihat sendiri, janji hanya tinggal janji.

ReJaM© "Elok tukar kepada slogan Janji Ditepati kepada Janji Dimungkiri "

Tiada ulasan: