MiLo SuaM |
- Lawak! Utusan kata Malaysiakini putar belit kenyataan
- Hari Merdeka, peniaga mengamuk 18 jalan ditutup 3 hari
- Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter
- Pakatan Rakyat terus kempen turunkan harga kereta
Lawak! Utusan kata Malaysiakini putar belit kenyataan Posted: 24 Aug 2012 11:36 PM PDT LAGI berita lawak merapu dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini kononnya Malaysiakini memutar belitkan kenyataan bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berhubung isu hudud. Utusan Malaysia yang berulang kali kalah saman fitnah di mahkamah dan diarahkan membayar ratusan ribu ringgit nampaknya sudah jadi akhbar tak sedar diri. Lihat laporan akhbar tersebut di bawah ini. Utusan Malaysia lapor Malaysiakini putar belit kenyataan Dr Asri, tapi apa pula kata Dr Asri sendiri? Lihat kenyataan Dr Asri di akaun twitter beliau di bawah ini. Menurut Dr Asri, laporan Malaysiakini adalah benar tapi tidak menyeluruh dan Dr Asri menjemput orang ramai membaca tulisan secara menyeluruh di blognya. Umum mengetahui ruangan berita di Malaysiakini adalah terhad, tentu sekali tidak dapat mengulas keseluruhan artikel tulisan Dr Asri. Namun Dr Asri mengakui laporan tersebut adalah benar. Sebaliknya Utusan Syaitan menokok tambah cerita kononnya Dr Asri membidas Malaysiakini kerana memutar belit kenyataannya. ReJaM© "Sebenarnya Utusan Syaitan yang putar belit... " |
Hari Merdeka, peniaga mengamuk 18 jalan ditutup 3 hari Posted: 24 Aug 2012 07:44 AM PDT SEMASA Perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari sebanyak 10 jalan ditutup selama sehari kerana Himpunan Bersih 3.0 tersebut diadakan di sekitar Dataran Merdeka. Antara jalan-jalan yang ditutup waktu itu adalah Jalan Raja laut, Jalan Parliment, Jalan Kinabalu, Leboh Pudu, Jalan Syed Putra, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Ampang Namun pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, sebanyak 18 jalan-jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Bukan itu sahaja, jalan-jalan ini ditutup selama tiga hari [MyMetro]. Antara jalan-jalan yang ditutup ialah seperti berikut sebanyak 18 batang jalan yang menuju ke Dataran Merdeka. Jalan Travers/Jalan Damansara Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara) Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah Jalan Tembusu/Jalan Lembah Jalan Cenderasari/Jalan Perdana Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin Jalan Raja/Jalan Hishamuddin Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja Tapi yang menghairankan, semasa Bersih 3.0 ada sekumpulan mamak-mamak peniaga membuat laporan polis kerana mereka menghadapi kerugian akibat penutupan jalan-jalan ini selama sehari. Adakah kumpulan mamak-mamak peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari? ReJaM© "Hanya orang bodoh percaya dengan propaganda bodoh kah kah kah " |
Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter Posted: 24 Aug 2012 03:41 AM PDT LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter. Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik rujuk sini [Mak Tom]. Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya. Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3. Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap mengheret ibu mereka ke kancah politik. Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu. ReJaM© "Tergamak perkudakan ibu sendiri untuk kempen politik..." |
Pakatan Rakyat terus kempen turunkan harga kereta Posted: 24 Aug 2012 01:42 AM PDT KETIKA Barisan Nasional sibuk memainkan sentimen hudud, sentimen agama, bangsa dan raja untuk meraih sokongan rakyat yang mudah termakan propaganda, Pakatan Rakyat terus dengan kempen turunkan harga kereta. Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengendahkan strategi 3R (Race, Royal and Religion) yang digunakan oleh Barisan Nasional sebaliknya mereka terus dengan kempen yang memberikan manfaat kepada rakyat. Jika diperhatikan di tepi-tepi jalan sekitar Selangor, pimpinan Pakatan Rakyat terutama Rafizi Ramli sedang sibuk mengedarkan pelekat turunkan harga kereta. Sementara di Twitter, kempen turunkan harga kereta diteruskan dengan hashtag #HargaKeretaTurunSaya untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang kempen ini. Anda semua dijemput untuk menyemarakkan kempen ini agar mesej atau manifesto menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat ini berjaya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. ReJaM© "Apa sahaja yang baik untuk rakyat, gua sokong... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan