Kelab Greenboc |
- [EDISI KANTOI] TV3 Promosikan Doktor Bedah Palsu
- [EDISI TERDESAK] E-Mel Dari JPM Tawarkan Wang Tunai, T-Shirt Sambut Merdeka
- [JANJI DITEPATI] Selepas "Rampasan Perak" U HELP ME, I HELP U
- Kenyataan Mahathir Seperti Mengakui Pakatan Rakyat Sebagai "Malaikat Yang Dikenali"!
- MCA Hina & Tentang Undang-undang Islam, Kenapa UMNO Senyap?
- [HOT] Azwan Ali: Umi Hafilda Bukan Adikku Lagi!
- Ugutan Mahathir Bukti UMNO/BN Bakal Tumbang Menyembah Bumi
- Respons TGNA Terhadap Kenyataan Dr.Asri: Perbetulkan Bukan Halang
[EDISI KANTOI] TV3 Promosikan Doktor Bedah Palsu Posted: 25 Aug 2012 01:01 AM PDT Doktor bedah palsu tipu duit penderma KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan. Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain. Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah. Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia. "Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam. Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya. Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu. "Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu," katanya. Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya. Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. -SH |
[EDISI TERDESAK] E-Mel Dari JPM Tawarkan Wang Tunai, T-Shirt Sambut Merdeka Posted: 25 Aug 2012 12:14 AM PDT Putrajaya menawarkan ganjaran tunai kepada peserta acara Hari Merdeka KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini. Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau "melakukan beberapa pembentukan bendera mudah" apabila lagu kebangsaan "Negaraku" atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang. "T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta," kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. "Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan." Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari. "Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100," kata pegawai tersebut. Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini. Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu. E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut. Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya. "Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi," kata beliau. Tawaran ganjaran tunai Putrajaya untuk menarik peserta menyertai sambutan Hari Merdeka sudah pasti akan menyebabkan kemarahan daripada pembangkang persekutuan, apalagi di tengah-tengah kritikan meluas bahawa Barisan Nasional (BN) telah mempolitikkan sambutan hari kebangsaan. Kabinet Najib telah memilih "55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati" sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN. Logo "Janji Ditepati" dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen. Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri pada hari Rabu — "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini. -TMI |
[JANJI DITEPATI] Selepas "Rampasan Perak" U HELP ME, I HELP U Posted: 24 Aug 2012 09:53 PM PDT Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH). Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru. Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri. Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun. Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd. "Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. "Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan "seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua. Adakah ini rasuah? Tak tau! Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau! Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya? ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI... -PR Supporters Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH klik untuk baca |
Kenyataan Mahathir Seperti Mengakui Pakatan Rakyat Sebagai "Malaikat Yang Dikenali"! Posted: 24 Aug 2012 07:05 PM PDT Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara. Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum. Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN. Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara. MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya, Ahli Parlimen dan Adun Umno-BN tetap diberikan peluang menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan rakyat. "Selangor yang ditadbir Pakatan sebagai contoh, memberikan peluang kepada setiap Adun Umno-BN memberikan pendapat dan pandangan mereka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). "Mereka juga diberikan peluang menganggotai jawatankuasa khas DUN seperti Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (SELCAT) serta berpeluang menjadi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika dihubungi TVSelangor. Di dalam satu kenyataan di blognya chedet.com Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia agar tidak memberi "mandat percubaan" kepada Pakatan walaupun untuk memerintah pada satu penggal. Dr Mahathir juga berkata jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, ia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dengan apa cara sekalipun. Dalam kenyataannya, Mahathir berkata : "Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali." Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan tidak akan menjadi seperti Umno-BN jika mentadbir Putrajaya kelak. "Pakatan mempunyai dasar menerusi Buku Jingga, ianya adalah untuk kepentingan rakyat. "Umno-BN juga diberikan ruang di media massa untuk memberikan pandangan berkaitan dengan rakyat," katanya yang juga MP Shah Alam. Manakala Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan ketakutan Umno-BN dengan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum akan datang. "Kenyataan yang dibuat Mahathir mencerminkan Umno-BN kini semakin takut kehilangan kuasa dan kekayaan. "Malah mereka takut kegiatan pembongkaran salah guna kuasa akan diketahui rakyat," kata MP Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua. -selangor |
MCA Hina & Tentang Undang-undang Islam, Kenapa UMNO Senyap? Posted: 24 Aug 2012 05:09 PM PDT AMK Selangor selar MCA, cabar Umno bersuara PETALING JAYA: AMK Selangor menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor. "AMK Selangor begitu kesal kerana Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini. Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus. "Justeru, kenyataan Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak, serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. "Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri", katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Menurut Azmizam, sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen BN juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka, kata beliau lagi. Dwi standard AMK Selangor katanya, menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap tidak konsisten dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ' abang besar' dalam BN. "Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua rasmi agama Islam di negeri ini", kata beliau. Beliau menambah, justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Menurutnya lagi, AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat. "AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu keistimewaan bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA/BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak," tambah Asmizam. -FMT Ulasan GB UMNO dan pencacainya mengkafir harbikan Karpal Singh dan DAP, sekarang kenapa tak kafirharbikan MCA apabila MCA dengan jelas menentang undang-undang Islam? Mana Abdullah Samaah? Mana Nasruddin Mat Isa? Mana Hassan Ali? Mana pencacai-pencacai UMNO? Mana Utusan Peniup? Mana TV Tiga Suku? Mana PERKASA? Mana JATI? Mana UG? |
[HOT] Azwan Ali: Umi Hafilda Bukan Adikku Lagi! Posted: 24 Aug 2012 08:31 AM PDT Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga. Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998. "Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak. Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali. Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri. Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa. Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya. "Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno. Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu. Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat. "Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya. -KD |
Ugutan Mahathir Bukti UMNO/BN Bakal Tumbang Menyembah Bumi Posted: 24 Aug 2012 05:30 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/BN tumbang menyembah bumi. SAMM percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan lima negeri BN tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim BN hilang kuasa sebagai pemerintah. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/BN bakal kehilangan kuasa pada PRU-13. "Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi. "Mungkin Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan BN telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir. "Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin shredder. "Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti'. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang", katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Negeri Pakatan diiktiraf Tambahnya lagi, SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan pemantauan mendapati perubahan yang berlaku di lima buah negeri (sekarang empat yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. "Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran. Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrap malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah. "Dalam keadaan kerajaan pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat",katanya. "Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika kerajaan pusat berubah tangan? Dalam blognya, Mahathir juga cuba menyamakan Datuk Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihanraya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya (Janji BERSIH Pilihanraya). Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" – seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN dan mengundi 'Asalkan Bukan Umno'. 'Syaitan dan malaikat' Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". Edy berkata, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam BN dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan BN dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya. "Nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. "Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentiment hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN)", jelas beliau. "Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). "SAMM juga turut mendoakan supaya Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah," tambah beliau. Anak Muda Yang Berbangga Dengan Perjuangan Islam Ni Walaupun Berada Nun Jauh Di Perantuan..PAS Di Musim Salji.. |
Respons TGNA Terhadap Kenyataan Dr.Asri: Perbetulkan Bukan Halang Posted: 24 Aug 2012 03:02 AM PDT Hudud: Umno kritik tapi tak positif, kata Nik Aziz KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hudud yang dibentangkan Pas Kelantan sudah menjangkaui 19 tahun sedangkan Umno pula tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil. "Umno khususnya bekas Presidennya (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud. "Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata." "Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu," kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Beliau yang sedang berehat di HUSM atas nasihat doktor berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam. Di akhir kenyataan yang diposkan menerusi laman sosial Facebook, Nik Aziz juga sertakan satu foto menunjukkan beliau dikunjungi Asri. Tetapi tidak pasti bila Asri mengunjungi beliau, tetapi difahamkan ia pertemuan lama. Mengulas teguran Asri itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, digubal mengikut pakar perlembagaan dan undang-undang negara. Katanya, antara mereka termasuk pakar undang-undang seperti Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, H Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. "Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali," katanya. Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Dalam masa yang sama, beliau menyokong kenyataan Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. -SH HUDUD - GAMBARAN SALAH : PERBETULKAN BUKAN HALANG - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan