Rabu, 1 Ogos 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


MiLo SuaM terima surat daripada peguam Ning Baizura

Posted: 31 Jul 2012 04:45 PM PDT

SEBELUM ini MiLo SuaM ada menyiarkan artikel berdasarkan laporan Sinar Harian yang dikatakan memetik ucapan Naib Presiden Parti Islam, PAS sebagai berkata Ning Baizura bakal sertai PAS.

Rentetan hal itu, pihak Ning Baizura telah mengeluarkan kenyataan menafikan kenyataan itu yang disahkan oleh beliau sebagai tidak benar, sebaliknya beliau tidak mahu terlibat dengan sebarang parti politik.

Peguam Ning Baizura juga telah menghantar surat kepada MiLo SuaM meminta artikel yang memetik laporan Sinar Harian tentang berita tersebut serta gambar beliau bertudung agar ditarik balik daripada blog ini.

Selain itu peguam beliau turut membuat tuntutan agar MiLo SuaM memohon maaf secara terbuka kepada Ning Baizura berhubung hal ini.

Berikut surat yang diterima.







Di atas prinsip menegakkan kebenaran, dengan ini MiLo SuaM secara rasminya memohon maaf kepada Ning Baizura kerana telah memetik laporan yang tidak benar daripada Sinar Harian yang disangkakan sebagai sahih sebelum ini.

Di bawah ini rakaman ucapan sebenar yang diucapkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Beliau sekadar meminta agar Ning Baizura didoakan menyertai PAS.

Bukanlah mendakwa Ning Baizura akan sertai PAS seperti dilaporkan oleh Sinar Harian. Sekali lagi MiLo SuaM memohon maaf kerana memetik laporan yang salah daripada Sinar Harian.



MiLo SuaM juga telah memadam gambar Ning Baizura bertudung dalam artikel lalu yang diperolehi daripada internet dan digunakan tanpa kebenarannya.


ReJaM© "Perkara boleh selesai tak perlu dipanjangkan..."

Tiada ulasan: