labun KulupSakah... |
Yang tak dapat ku ulangi lagi di hari raya Posted: 16 Aug 2012 11:11 PM PDT Raya hari ini aku sudah lagi tak dapat mengulangi Membonceng belakang mak yang memarut kelapa di atas kukur kelapa Menjemur putu kacang yang opah buat Mengejar ayam yang masih belum mati disembelih abah lari sekampung Memasang lampu kelip-kelip Berlumba dengan adik beradik siapa paling banyak dapat kad raya Berbasikal berkilometer beraya dengan kawan-kawan sampai petang Mengumpul duit raya sampai petang untuk beli aiskrim Cornetto yang hanya mampu beli waktu raya -masa tu harganya 70 sen Mengisi minyak tanah ke dalam pelita dan panjut Mengikat pohon renek ke galah untuk dijadikan penyapu sawang sebab rumah Tok lelangitnya tinggi Menumbuk gula dan tepung dengan lesung kayu besar dan antannya yang tinggi Menunggu siren dari istana bukit chandan berbunyi menandakan berbuka puasa Memukul telur untuk kak yong buat kek Menanggalkan bulu ayam yang sudah disembelih Bersalam dengan pak mertua Memakaikan Annisa baju raya... |
Posted: 16 Aug 2012 05:08 AM PDT Beberapa hari lagi nak raya selepas tak sampai 24 jam Sham sambut hari lahir ke 39, An-Nur masuk wad batuk dan jangkitan paru-paru. Semalaman aku yang jaga dia dan An-Nur sendiri tidak tidur. Sham tinggalkan kedai untuk luangkan masa bersama dari tengah hari sehingga berbuka. Mujur Enal dan Adib RIM boleh dipercayai menguruskan kedai. Wooyoung bercuti ke Temasik seminggu. Biasanya dos antibiotik seminggu maka besar kemungkinan aku beraya di Hospital Serdang, wad 5B. Jemputlah datang nanti dengan syarat bawak lemang sendiri... |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan