Era Pasca |
- Kisah Benar PERAK - Bekas cai UMNO
- Skandal LRT Ampang: Henti ugut Fauziah
- Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Wajib baca dan fahamkan!
- ISA: Tahanan di janjikan oleh Najib untuk kekal di dalam sampai ke cerah!
- EDISI MEJA USANG: Ayah PAQ Dikehendaki Polis Selangor
Kisah Benar PERAK - Bekas cai UMNO Posted: 17 Aug 2012 02:31 AM PDT AGAK PANJANG SEDIKIT TETAPI LUANGKANLAH MASA MEMBACA UNTUK MENCARI KEBENARAN...... Rampasan Kuasa Perak - Kisah sebenar Rampasan Kuasa !! Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS. Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS. Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN. Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat. Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan. Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak. Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan. Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah. Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan. Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN. Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Dato' Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya. Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat. Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri. Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang. Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya. Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar. Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan. Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain. Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu. Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan. Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar. Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois. Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat. Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak. Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat. Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa. Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang. Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN. Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit . Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi. Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan. Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya. Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato' Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat. Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan. Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato' Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka. Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut. Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato' Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman. Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan. Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju. Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti. Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat. Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini. Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang. Abdullah Antong Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Skandal LRT Ampang: Henti ugut Fauziah Posted: 17 Aug 2012 12:20 AM PDT PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger-blogger Umno yang menyerang dan memfitnah Datuk Fauziah Yaacob, seorang pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang berjawatan Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan kononnya beliau membocorkan dokumen-dokumen sulit berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang kepada George Kent. Menurut ketua wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Fauziah bukanlah individu yang bertanggungjawab menyerahkan dokumen tersebut kepada PKR. "Oleh yang demikian, tindakan blogger-blogger Umno memfitnah beliau adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pegawai-pegawai kerajaan agar tidak membantah sebarang keputusan melibatkan kerajaan yang diambil oleh ahli politik Umno. "Mereka berharap dengan tekanan yang diberikan bertujuan mengaib dan mengasingkan Datuk Fauziah Yaacob, ia menghantar amaran yang keras kepada semua kakitangan awam supaya hanya menurut telunjuk Umno Barisan Nasional," katanya pada sidang media hari ini. Selain itu katanya, ugutan tersebut juga dilihat menghina kaum wanita di negara ini, apabila serangan ditujukan terhadap penjawat awam wanita yang dihormati dan dikenali ramai. "Saya mencabar pimpinan-pimpinan wanita di dalam Umno untuk tampil membela Fauziah dengan mengambil tindakan keras terhadap blogger-blogger Umno," sambungnya. Jelasnya, sewajarnya pimpinan kanan perkhidmatan awam diberi kebebasan supaya tindakan mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negara. Jika benar, Fauziah telah bertegas mempertahankan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang menganugerahkan kontrak LRT Ampang kepada sebuah konsortium yang mendahului keputusan penilai, beliau sepatutnya dinaikan pangkat serta diberikan penghormatan kerana keberanian menentang campur tangan Perdana Menteri. "Inilah jenis kepimpinan dan integriti yang sewajarnya dipamerkan oleh pimpinan wanita di negara ini," kata Zuraida. P/S : Bila dah kantoi maka pegawai kerajaan yang berintegriti dijadikan sasaran...APTB..........Bolehland Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Wajib baca dan fahamkan! Posted: 16 Aug 2012 09:18 PM PDT Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Satu keluarga dirompak. Hampir RM2 bilion duit kepunyaan keluarga yang malang itu dilarikan sekumpulan perompak. Peristiwa ini berlaku hampir 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba sempena bulan Ramadhan kumpulan perompak menghantar sepucuk surat kepada keluarga yang dirompak RM2 bilion itu minta keluarga itu menghantar wakil mereka untuk berunding tentang pemulangan semula hasil rompakan itu. Ketua perompak menentukan terma-terma syarat wakil keluarga itu. Tidak boleh dari kalangan ahli kelurga itu. Mesti orang luar. Ketua perompak itu juga menziarahi keluarga yang dirompak sambil berucap, "Kami tidak pernah menzalimi anda !", jerit ketua perompak itu di hadapan ahli-ahli keluarga yang dirompak. Inilah rekod kedua "PENCAPAIAN TERBAIK" kumpulan perompak selepas rompakan pertama dahulu pada tahun 2000 iaitu mereka merompak jiran sebelah rumah yang dirompak itu. P/S : Kisah benar ni...hanya di bolehland....banyak maksud tersirat...anda hayati dan selami anda akan tahu siapa yang dimaksudkan....kisah ini berdasarkan kisah sebenar...wakakakakkkk Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
ISA: Tahanan di janjikan oleh Najib untuk kekal di dalam sampai ke cerah! Posted: 16 Aug 2012 05:46 PM PDT Kerana Janji di capati oleh Najib Nazak, "Masih belum wujud tanda-tanda 45 tahanan akan dibebaskan sebelum hari raya yang semakin hampir. "Biasanya ini merupakan 'trend' kerajaan dan mereka akan bebaskan dua atau tiga orang sebelum raya, tapi sehingga sekarang masih belum ada perkembangan yang diperolehi," kata Syed Ibrahim ketika dihubungi. P/S : Katanya I.S.A dah dimansuhkan...kenapa tahanan I.S.A masih belum dibebaskan....pikiqlah sikit depa tu semua ada keluarga, ada anak....dah nak raya dah ni...janganlah zalim sangat....kalau tak bebaskan begitu sahaja dakwalah...boleh juga depa bela diri.....manalah hati manusia kat sini...????....JANJI DICAPATI Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI MEJA USANG: Ayah PAQ Dikehendaki Polis Selangor Posted: 16 Aug 2012 07:41 AM PDT Apa lah sesama melayu pun nak berbunuh.. Pergi ke Israel tu bunuh yahudi2 tu kan lebih baik. Takkan Dato' Seri bergaduh kerana kes meja usang. Malu laaaaaaa.. Kategori KES BUNUH lak tu. Peeerrrrgghhh, peniaga2 Melayu membunuh kerana sebuah meja usang? NI sape yg bagi Datuk Seri kat penyangak ni? Dah dapat tangkap blacklist dari senarai VVIP.. Harap POLIS x berat sebelahg memandangkan ada NYAWA telah terbang gara gara meja usang.. Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu. Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan. Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Dikenali sebagai DATO' SERI PADUKA AYAHANDA JAAFAR SHAARI (PADUKA AYAH PAQ PUTRAJAYA). Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia Datuk Seri Jaafar Shaari ini jugalah individu yang pernah menyuruh Tok Guru Nik Abdul Aziz meletakkan semua jawatan pada 29 Mei lalu sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. Gengster Ketuanan Melayu hanya berani pada melayu jer... Lagi berani Bini Biniku Gangster laaaaa!!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan