labun KulupSakah... |
Posted: 31 Jul 2012 11:31 PM PDT |
Posted: 31 Jul 2012 10:35 AM PDT Agama adalakalanya bagai sebuah produk jualan yang dijaja oleh ramai penjaja di sebuah pasar. Masing-masing mendakwa produk merekalah terbaik, selamat dan dirahmati. Sebagai orang Islam yang bergiat di dalam kerja seni, saya selalu menghadapi masalah tentang definisi "Seni Islamik". Saya sering tertanya-tanya apakah bendanya Seni Islamik? Apa takrifan dan cakupannya dan bagaimanakah bentuknya? Pelakon Abby Abadi yang baharu menyertai PAS di dalam komentarnya di sebuah laman portal berita online mengeluarkan kenyataan bahawa seni Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional. Saya terpanggil untuk membuka lebih panjang persoalan menarik ini. Saya tidak mempedulikan kenyataan beliau yang mengatakan akan mula berkarya selepas Barisan Nasional tumbang kerana itu adalah hak peribadinya sedangkan ramai rakan seniman saya terus konsisten berkarya di dalam apa jua keadaan pun tidak kira zaman gelap, dan susah atau zaman terang dan senang. Saya inginkan agar sebuah konklusi dicari dalam mendefinisikan Seni Islamik ini. Perkara paling asas yang perlu difahami pada awalnya ialah apa sebenarnya seni dan apakah dia Islam. Itu kuncinya. Islam adalah cara hidup (ad-din) yang mana di dalam kehidupan mestilah ada pengisiannya. Islam menyarankan agar berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan (amar makruf nahi munkar). Itu asas perjuangan seorang muslim sementara ia masih hidup dan muslim itu percaya akan ada pembalasan di hari kemudian atas apa yang mereka kerjakan selama mereka hidup. Barangkali pemahaman seni Islam kita terbawa-bawa kepada cara berpakaian ala Arab dengan lagu-lagu, persembahan nyanyian, tarian dan lakonan yang mestilah lebih banyak memuji dan menyebut kalimah-kalimah suci sahaja. Di Malaysia kita tahu semuanya dikawal oleh orang politik termasuklah kerja-kerja seni. Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini kita dapat lihat terus juga mengamalkan definisi "seni Islamik" ala Barisan Nasional. Seni Islamik akan jadi terbatas jika kita fahami ia adalah persembahan daripada kumpulan-kumpulan nasyid sahaja. Tidaklah saya menafikan sumbangann mereka tetapi kebanyakan kumpulan nasyid di Malaysia hanya lebih menekankan tentang berbuat ibadah rukun Islam sahaja seperti bersembahyang, berpuasa, bersedekah dan seumpamanya yang dilihat agak selamat dari diganggu pemerintah tetapi mereka tidak mengambil kesempatan mendidik khalayak menentang kezaliman dan kemungkaran. Kalau sentuh pun hanya sikit-sikit sahaja. Mereka lebih berminat "amar makruf" tetapi tidak "nahi munkar" dan hanya menyampaikan perkara-perkara ringan sahaja. Kerana itulah kumpulan nasyid lebih diminati oleh golongan kanak-kanak. Bagaimana pula pengisian untuk orang-orang dewasa yang sudah pandai berselawat, berzikir munajat? Sudah habiskah kalimah-kalimah suci yang perlu dipelajari? Apakah persembahan rakan-rakan seniman saya seperti Pyanhabib, Hishamuddin Rais, Amin Iskandar atau Nikji dan yang jarang melaungkan kalimah pujian khusus menyebut nama Tuhan bukan karya Islamik sedangkan mereka giat menentang kebobrokan pemerintah? Mendidik khalayak mencintai negara adalah tanggungjawab seniman. Dalam Islam ia dianggap sebahagian daripada iman (Hubbul watan minal iman). Tarian pedang dipersembahkan pada hari raya ketika zaman Rasulullah untuk membangkitkan semangat cintakan negara yang dituntut oleh Islam. Puisi-puisi penyair sufi terkenal seperti Jalaluddin Ar Rumi, Fariduddin Attar atau Rabiatul Adawiyah jarang mengungkapkan nama "Allah" kerana bagi pemahaman kerohanian mereka nama hanya sekadar nama yang diwujudkan melalui huruf dan suara tetapi rasa kasih dan cinta terhadap pencipta tidak mampu terlafazkan malah berpendapat bahawa huruf-huruf itu adakalanya tidak layak didirikan untuk membentuk nama Tuhan yang Maha Agung. Baca seterusnya tulisan aku di http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13299#.UBeWmq6yNPc.facebook |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan