. |
Pemimpin PKR Kecam Penangkapan Rafizi, Johari Posted: 31 Jul 2012 11:52 PM PDT RESPONS Tangkapan dan pendakwaan Mohd Rafizi Ramli dan Johari Ahmad di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan hari ini dikecam oleh pemimpin PKR yang menyifatkan tindakan itu bukti jelas keterdesakan Umno dan BN untuk melindungi skandal NFC kepada rakyat. Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan menyebut UBN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada diketahui rakyat. Namun ujarnya beliau yakin rakyat Malaysia akan bersatu untuk menolak rasuah dan segala penyalahgunaan kuasa demi kemaslahatan negara. Berikut kenyataan penuh Azmin yang dikirimkan; KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah bukti jelas keterdesakan UMNO - BN akibat pendedahan butiran skandal National Feedlot Corporation (NFC). KEADILAN percaya UMNO - BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat. Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara. Justeru, KEADILAN menyeru supaya seluruh rakyat bangkit menyatakan solidariti bersama saudara Rafizi Ramli serta mendesak supaya beliau diadili secara adil di Mahkamah. Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan demi rakyat. [wm.kl.2:50 pm 01/08/12] | ||
Posted: 31 Jul 2012 07:47 PM PDT BERITA TERKINI LANJUTAN:Mohd Rafizi Ramli yang didakwa dibawa Bafia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 10 September. Bekas kerani bank Johari Mohamad yang didakwa bersama Rafizi juga dikenakan jumlah jaminan sama. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bertindak menjadi penjamin Rafizi manakala Johari dijamin oleh abangnya. Mereka didakwa dibawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989, manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali. Pengarah Starategi PKR Mohf Rafizi Ramli diberitakan ditangkap polis pagi ini. Laporan sebuah portal berita menyebut bakal calon PKR untuk kerusi Parlimen Pandan itu ditangkap jam 7:00 pagi ini. Laporan itu menyebut ia menerima sms daripada Rafizi yang memaklumkan perkara itu.
Tambah laporan itu Rafizi dalam smsnya memberi tahu beliau sedang dibawah ke mahkamah. Perkembangan ini merupakan satu kemalangan kepada PKR khasnya dan Pakatan Rakyat. Rafizi yang telah membuat beberapa pendedahan dan mengemukakan pelbagai idea menarik berhubung ekonomi dan sebagainya dilihat ancaman kepada kerajaan. Pendedahan atau pun formula terbaru dibentangkan oleh beliau mengenai cadangan mengurangkan duti eksasis kereta sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Dalam perkiraan Rafizi rakyat akan dapat menikmati harga kereta murah tanpa mengurangkan pendapatan negara menerusi duti eksais. Tunggu perkembangan selanjut. [wm.kl.10:47 am 01/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan