Selasa, 28 Ogos 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Piala Malaysia: Keputusan penuh Piala Malaysia 2012

Posted: 28 Aug 2012 08:11 AM PDT

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.78214.1345619743!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/7.135327.1345965704!/image/image.jpg_gen/derivatives/default/image.jpg
KUMPULAN A

Johor FA (0) (0) Lions
(Stadium TSDH Hassan Yunos)

PKNS (1) (1) Johor FC
(Stadium MBPJ)

KUMPULAN B

ATM (1) (1) Kelantan
(Stadium MPS, Selayang)

Kedah (2) (1) Terengganu
(Stadium Darul Aman)

KUMPULAN C

Negeri Sembilan (0) (0) Perak
(Stadium Tunku Abd Rahman)

Felda (2) (3) Sime Darby
(Stadium Hang Jebat)

KUMPULAN D

T-Team (0) (1) Selangor
(Stadium Sultan Ismail)

Pahang (6) (0) Sarawak
(Stadium Darul Makmur)

Ambang Merdeka: Anwar sampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Posted: 28 Aug 2012 03:57 AM PDT



(Oleh Mohd Martin Kahar)

PETALING JAYA 28 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

"Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.

Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

"Ketua Setiausaha (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan jelas tidak menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada susunan kerusi untuk kita. Tapi kita boleh datang bersama rakyat di luar stadium," ujarnya sinis.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Kamaruddin Siaraf berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan menerusi layar di luar stadium kerana tempat duduk hanya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Logo dan tema Pakatan diterima baik

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan temanya 'Senegara, Sebangsa, Sejiwa' diterima baik oleh rakyat.

Malah katanya, kempen menggunakan logo tersebut kini giat dijalankan di negeri-negeri Pakatan iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

"Tema dan logo diterima baik, bahkan di negeri Pakatan Rakyat, pintu gerbang dinaikkan (logo) dengan begitu meriah. Di Selangor juga sudah dinaikkan semalam.

"Tidak ada apa-apa masalah. Kita menyatakan pendirian menolak tema dan logo Umno BN yang berbentuk partisan. Kita tampil dengan tema yang lebih berbentuk masyarakat dan sekarang tiba masanya untuk kita merayakannya," jelas beliau.

Umno Jaga Agama Atau Agama Jaga Umno? Tengok Hujjah Mereka Ini

Posted: 27 Aug 2012 11:00 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/574915_458283477536257_659502879_n.jpg

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Posted: 27 Aug 2012 08:27 PM PDT


Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Hari Merdeka Himpunan Janji Ditepati Pecahkan Rekod Dunia? Jom Baca Surat Ini

Posted: 27 Aug 2012 08:09 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185085_386972278035187_1796369068_n.jpg

Dr Haron Din: Tiada Istilah Malaikat Lebih Buruk Berbanding Syaitan Dalam Al-Quran

Posted: 27 Aug 2012 07:59 PM PDT

SHAH ALAM, 28 OGOS : Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan malaikat itu lebih buruk berbanding syaitan, begitu kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang.

Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali".

Dr Haron seterusnya berkata, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-NYA. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya.

Tiada ulasan: