Selasa, 28 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UBN

Posted: 28 Aug 2012 08:06 AM PDT

MSO


Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait  Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.

Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.

Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan, pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh ditolak ansurkan.

Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi untuk hidup.

Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.

Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.

Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.

Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.

Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu

Kesahihan Gambar Rumah Terbuka Najib Dipertikai

Posted: 28 Aug 2012 07:59 AM PDT

(Inilah gambar yang diambil dari Bernama yang disiarkan oleh The Star pada 21 Ogos lalu).

KELAB GREENBOC

Seorang pemimpin DAP telah mempersoalkan kesahihan gambar yang kononnya menunjukkan puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Merujuk kepada laporan The Star pada 21 Ogos lalu, Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian berbahasa Inggeris tersebut sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".

Mengukuhkan testimoni beliau, seorang belia tanpa nama yang hadir di sana, beliau berkata bahawa saksi tersebut tidak melihat puluhan ribu orang seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan.

Ini membawa kepada mengapa Ramakrishnan membuat tuduhan bahawa gambar, yang telah diambil oleh agensi berita nasional Bernama, telah ditokok-tambah.

Ramakrishnan mendakwa bahawa kediaman Sri Perdana di Putrajaya tidak akan mampu untuk menampung kebanjiran puluhan ribu orang ramai.

Beliau mendakwa bahawa gambar yang berbeza telah "dijajar dan ditindan" dari gambar asalnuntuk mewujudkan tanggapan bahawa orang ramai telah berkumpul di sana.

Pemimpin DAP juga tertanya-tanya mengapa imej tersebut tidak menunjukkan Najib Altantuya di sana, dan bertanya mengapa ia hanya menunjukkan orang-orang di sana kebanyakkannya memegang kamera.

"Gambar kini telah ditokok-tambah dan dipinda oleh seorang artis amatur grafik ... Hari ini kanak-kanak pun boleh menggunakan Photoshop (perisian gambar) dan mudah memanipulasi gambar-gambar," katanya dalam satu kenyataan.

Bercakap kepada FMT kemudiannya, Ramakrishnan mendakwa bahawa dia telah bertemu dengan beberapa wartawan yang berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya telah dipinda.

'Biarkan pembaca membuat keputusan'

Ditanya apakah sebab dakwaannya di sebalik isu itu, beliau berkata Bernama tidak seharusnya digunakan untuk projek menaikkan populariti Najib Altantuya dengan cara yang memalukan dirinya sendiri.

"Saya fikir Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya berfikir untuk meminta pihak polis ... Ini adalah pelanggaran yang jelas kod etika bagi Bernama lakukan," katanya.

Beliau juga menggesa Penerangan, Komunikasi dan Kementerian Kebudayaan untuk teguran Bernama.


FMT juga bercakap untuk belia yang Ramakrishnan dipetik. Meminta namanya disiarkan, "belia" yang dikenal pasti dirinya sebagai seorang lelaki dalam lingkungan 30-an

"Terdapat ramai, mungkin kira-kira 30,000 hingga 40,000. Tetapi ia pasti tidak apa yang anda boleh lihat [dalam akhbar itu] ... Ia tidak menunjukkan realiti seperti imej yang digambarkan, "katanya.

Menegaskan dakwaannya lagi, beliau menambah bahawa separuh daripada orang ramai kononnya terdiri "warga asing", yang dia dikenalpasti sebagai kerakyatan Iran dan Mesir.

Ketika dihubungi Bernama enggan mengulas.

Walau bagaimanapun, agensi berita berkata bahawa pembaca bebas untuk memeriksa laman web mereka dan bandingkan gambar mereka dengan imej yang dipersoalkan, tanpa memberikan gambar asal untuk dibuktikan bahawa gambar tersebut tidak dipinda. -jalanpulang

Ulasan GB

GB sudah pun mengulas hal ini. Maka benarlah pemerhatian GB sebelum ini dimana GB katakan:

Bagi mereka yang mengikut perkembangan berita-berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA (dan akhbar perdana yang lain) mengenai kehadiran orangramai terhadap acara-acara yang disertai Pakatan Rakyat biasanya akan disusutkan dengan membahagikan angka itu dengan 10, iaitu jika yang hadir 200,000 maka dikhabarkan hanya 20,000 dan jika yang hadir di dalam mana-mana program anjuran PR seperti ceramah itu mencecah 50,000 maka ditulisnya 5,000. Jika 3000 maka ditulisnya hanya 300 orang.

Contoh semasa perhimpunan BERSIH 1.0 dahulu, BERNAMA tanpa segan silu menyatakan kehadirannya cuma 4,000 orang, di BERSIH 3.0 pula Rais Yatim menyatakan sekitar 22,000 orang! Angka sebenar telah dibahagikan dengan 10.

Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.


Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Sungguh bebal BERNAMA ini. Mengubah angka semata-mata nak "gah"kan Najib dan UMNO BN serta merendahkan PR.

Isu Air: Kekejaman Kerajaan Setan Terhadap Kelantan

Posted: 28 Aug 2012 07:47 AM PDT


KELAB GREENBOC

Untuk pengetahuan, antara punca masalah air yang timbul di kelantan ialah penafian hak Bantuan Peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri, ia diberikan selepas 13 tahun PAS mentadbir Kelantan, dan itupun dalam bentuk pinjaman sebanyak RM600 juta.

Berbeza dengan Negeri-Negeri Barisan Nasional, di Johor, bukan pinjaman yang diberikan, sebaliknya Johor menerima geran sebanyak 2 billion. Geran adalah secara percuma dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman yang diberi pada kerajaan negeri Kelantan. Dalam bantuan penuh inipun, masalah air tetap berlaku di Negeri Barisan Nasional.orang2 bodoh memang nak kena lempang... -asrol

Lagi kawasan Felda di Pahang tiada air di hari raya

Hamba Allah, Terengganu,

Saya pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua.

Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip.

Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan sebagainya.
-HD




Yang ini pencacai setan yang cuba menipu:


Mahkamah batal saman MB T'ganu terhadap ADUN PAS

Posted: 28 Aug 2012 07:45 AM PDT

Bernama


 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman Menteri Besar Terengganu terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk dari PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain berkaitan artikel berhubung pembelian uniform sekolah oleh kerajaan negeri.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Abdullah Omar Bawadi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan dua orang yang lain manakala Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi pihak Syed Azman dan tiga defendan yang lain.

Azhana memberitahu pemberita bahawa hakim mendapati Menteri Besar tidak dapat mengekalkan tindakan saman malunya terhadap keempat-empat defendan berkenaan kerana beliau menyaman mereka berdasarkan kedudukan rasminya.

"Hakim juga mengarahkan plaintif kedua (Menteri Besar) membayar kos RM5,000 kepada semua defendan dalam tempoh 14 hari," katanya dan menambah kata bahawa mahkamah menetapkan 10 Sept bagi pengurusan kes untuk mengetahui sama ada dua plaintif yang lain yang kekal sebagai pihak dalam tuntutan itu mahu meneruskan atau menarik diri daripada tindakan tersebut.

Pada 15 Dis tahun lepas, kerajaan Terengganu, menteri besar Terengganu dan Mek Hawa Abdul Rahman serta Hamie Azreen Ami Nordin, yang diberikan kontrak membekalkan uniform dan alat tulis, mengemukakan saman terhadap keempat-empat defendan berkenaan.

Mereka menamakan Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah, Datuk Mustafa Ali, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan pencetak, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan.

Pada 23 Julai, mahkamah membatalkan kerajaan Terengganu sebagai pihak dalam tuntutan setelah membenarkan bantahan awal pihak defendan dan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai locus standi untuk meneruskan saman itu.

Dalam penyataan tuntutan mereka, pihak plaintif menyatakan bahawa Syed Azman memalukan mereka melalui satu artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan oleh Harakah sebagai organ rasmi PAS, dalam keluaran pada 11-13 Nov.

Mereka mendakwa kesemua defendan telah dengan niat jahat mencetak dan menyiarkan artikel berkenaan yang menurut mereka (pihak plaintif) merujuk kepada mereka.

Pihak plaintif juga mendakwa artikel berkenaan memberi pengertian bahawa kerajaan negeri dan menteri besar tidak telus dalam memberi kontrak di bawah program bantuan uniform negeri itu.

Mereka memohon ganti rugi am, khas, teruk dan contoh, kos serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel yang dikatakan memalukan itu.-Bernama

Mat Sabu nafi akan bentang usul hudud jika memerintah

Posted: 28 Aug 2012 07:41 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa partinya akan membawa usul pelaksanaan hudud dalam Dewan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 mat sabuSebaliknya, dalam wawancara dengan Sin Chew Daily itu, beliau hanya menjelaskan, sebarang pindaan undang-undang perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen, mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan.

Malah, katanya, jika usul pelaksanaan hukum Islam itu dibawa ke parlimen, tetapi ditolak oleh majoriti ahli parlimen untuk dibahaskan, maka sudah tentu tidak boleh dilaksanakan.

"Saya kata (pada Sin Chew Daily), sebarang perubahan dan pindaan hendaklah melalui parlimen dan mengikut perlembagaan dan menghormati perjanjian Pakatan Rakyat. Saya tak sebut mengenai (bawa usul) hudud (ke parlimen).

NONE"Bawa usul, (tetapi) ramai tolak, (maka) tak boleh jalankan hudud," katanya ketika ditemui malam tadi.

Harian itu dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini memetik beliau sebagai berkata, PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau dilaporkan mendakwa perkara tersebut merupakan pendirian PAS dan pihak lain termasuk ahli parlimen bukan Islam yang tidak bersetuju boleh mencabarnya dalam di parlimen.

Editor kanan ramal Hadi bentang pada 2014
Bercakap kepada Malaysiakini, Mohamad bagaimanapun menegaskan, sebelum melaksanakan undang-undang syariah itu, urus tadbir kerajaan dan keadilan sosial di kalangan rakyat perlu diwujudkan terlebih dahulu.

pakatan ceramah in kuala selangor 3 hadi awang pas"Nak buat hudud perlu timbulkan 'good governance' dan keadilan sosial terlebih dahulu," katanya sambil menambah isu hudud itu akan dimainkan BN setiap kali menjelang pilihan raya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Berta Sin Chew Tay Tian Yan dalam kolumnya hari ini turut meramalkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul itu pada September 2014.

Menggambarkan kemungkinan yang mungkin berlaku dua tahun lagi, Tay meramalkan tindakan itu akan mengundang perpecahan bukan sahaja dalam Pakatan tetapi juga BN.

Tay menulis, senario yang mungkin wujud, anggota parlimen DAP, MCA, MIC dan Gerakan akan menentangnya, Umno - yang ketika itu pembangkang - akan menyokong, manakala anggota parlimen PKR pula berpecah dua.

Situasi itu, menurut "analisis senario" Tay dalam artikel bertajuk "Suatu hari pada 2014", akan merintis kepada pembentukan kerajaan campuran PAS-Umno.

Sementara itu, Sin Chew dalam kenyataannya petang ini di Twitter berkata, wartawannya sudah beberapa kali mengesahkan dengan Mohamad berhubung kenyataan PAS berhasrat meminda perlembagaan melalui Parlimen untuk melaksanakan hudud.

Bagaimanapun, pembentangan usul berkenaan masih belum dibincangkan, jelas harian itu lagi.

Kadar jenayah 'palsu': Diam tanda setuju, kata DAP

Posted: 28 Aug 2012 07:38 AM PDT


MALAYSIA KINI

Ketika kerajaan berdiam diri, desakan supaya pihak berkuasa menjelaskan dakwaan bahawa pihak polis memanipulasi indeks jenayah untuk menyembunyikan keadaan sebenar semakin memuncak.

NONESetiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengisytiharkan bahaha statistik yang dipetik kerajaan telah diaudit, diakui dan disahkan oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) sebagai tepat.

"Jika tiada tindakan wajar dilakukan oleh PEMANDU atau PwC pada data berkenaan, maka PEMANDU bersalah kerana menerbitkan (angka) tidak tepat," kata Pua.

"Ia akan jadi sungguh ironi, untuk PEMANDU melakukan jenayah memberi gambaran tidak tepat dan penipuan fakta, khususnya untuk menutup kejadian jenayah."

Penjelasan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf

Rumah dipecah masuk, Imuda rugi RM7,000

Posted: 28 Aug 2012 07:32 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di Kuala Lumpur dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.

Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama

Boleh turun harga kereta sedikit-sedikit

Posted: 28 Aug 2012 07:31 AM PDT

KL TODAY

 

Industri kereta Malaysia telah menyokong untuk harga kereta yang lebih murah dengan mengurangkan duti eksais secara beransur-ansur yang dilihat sebagai memberi tekanan kepada Putrajaya untuk meringankan beban memiliki kenderaan di salah satu pasaran terbesar Asia Tenggara.

Sokongan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) datang selepas pembangkang di peringkat persekutuan berkata mahu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang membayar harga kereta tertinggi di dunia dan akan mengurangkan harga secara beransur-ansur dalam duti eksais yang kini dikenakan antara 65 dan 105 peratus.

Putrajaya juga telah menunjukkan tidak lama lagi, harga kenderaan akan diturunkan secara beransur-ansur, kira-kira sebulan selepas pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, berjanji untuk mengurangkan harga cukai kenderaan menjadi lebih rendah.

Akhbar harian The Star juga memetik sumber industri yang mengatakan bahawa Dasar Automotif Negara (NAP) akan menangani pengurangan harga kereta secara beransur-ansur di negara ini, di mana lebih daripada 600,000 kenderaan dijual setiap tahun kepada penduduk yang hanya 28 juta orang.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata harga lebih rendah melalui cukai yang lebih rendah akan dialu-alukan.

"Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik," kata veteran industri yang mengetuai persatuan utama mewakili industri kenderaan di negara ini.

Aishah bagaimanapun menambah bahawa dia tidak berfikir harga patut dikurangkan pada "satu pukulan" kerana ia boleh menyebabkan pembelian kereta terhenti kerana orang ramai menunggu harga jatuh.

Rakyat Malaysia kini dikenakan cukai di antara 65 dan 105 peratus dalam duti eksais bergantung kepada kapasiti enjin kereta yang mereka beli, membentuk aliran hasil lumayan bagi kerajaan.

Ini bermakna bahawa jika pengguna membeli kereta berharga RM100,000, sebanyak RM55,000 pergi kepada kerajaan sebagai duti eksais.

Ini adalah di atas cukai jualan sebanyak 10 peratus yang mereka perlu bayar. Mereka yang membeli kereta import juga perlu membayar permit import (AP) diluluskan yang ironinya diberikan secara percuma kepada kumpulan ahli perniagaan terpilih.

Cukai yang lebih tinggi juga datang selepas Malaysia mula memasuki perindustrian pada 1980-an dengan pembuat kereta nasional, Proton, kini tidak lagi dimiliki oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai banyak pilihan tetapi terpaksa membeli kereta untuk bergerak kerana merasakan tidak boleh bergantung kepada sistem pengangkutan awam dan kereta harga yang tinggi telah menyebabkan hutang isi rumah lebih daripada 75 peratus daripada KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.

Kira-kira 20 peratus daripada jumlah hutang RM581 bilion isi rumah dalam negara tahun lepas adalah daripada kereta, aset yang menurun nilainya secara ketara dari masa ke masa.

Ramai rakyat Malaysia juga mengambil sembilan tahun pinjaman dalam usaha untuk membeli sebuah kereta, tempoh panjang yang tidak pernah didengari di negara-negara lain di mana tempoh 2-5 tahun adalah normal.

Duti eksais yang tinggi dilihat oleh ramai ahli ekonomi sebagai salah satu gangguan utama dalam ekonomi dan mereka mengatakan penurunan harga boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah.

Wanita naik syahwat 200 kali sehari

Posted: 28 Aug 2012 07:29 AM PDT

KL TODAY

 

New Jersey – Bayangkan bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim

.Itu yang dialami Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai jururawat.

Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.

Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.

"Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikannya,'' katanya.

Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.

"Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila.

"Kami cuba menghentikan dengan pelbagai cara termasuk duduk di atas kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,'' katanya.

Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.

"Saya dapat merasakan yang saya tidak lagi dapat mengawal badan saya, bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah ia amat memalukan.

"Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,'' katanya.

Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.

Dia dijadual bertemu pakar PGAD di London, bulan depan.

Kisah beraya dengan Tun Musa Hitam

Posted: 28 Aug 2012 07:25 AM PDT

Khalid Samad

 

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

Penulis blog dapat tangguhan hukuman penjara

Posted: 28 Aug 2012 07:16 AM PDT

Bernama


 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara tiga bulan ke atas penulis blog, Amizudin Ahmat selepas beliau memohon penangguhan hukuman ke atasnya kerana menghina mahkamah dengan terus menyiarkan artikel mengenai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan tersebut selepas peguam bela Rais, Sarah Abishegam memberitahu mahkamah bahawa responden tidak membantah permohonan Amizudin itu supaya menangguhkan hukuman ke atasnya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap hukuman penjara tersebut.

Pada 10 Ogos lepas, Hakim Zabariah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Amizudin setelah mendapatinya bersalah menghina mahkamah kerana terus menerbitkan 11 artikel yang memalukan Rais.

Beliau memutuskan bahawa Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada menerbitkan artikel mengenai Rais itu di laman blognya.

Kesemua 11 artikel berkenaan disiarkan selepas mahkamah pada 19 Julai membuat keputusan menyebelahi Rais berhubung saman yang difailkan terhadap Azimudin, yang juga diperintahkan membayar ganti rugi sejumlah RM300,000 dan kos RM100,000 kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman malunya pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, 42, yang juga seorang anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel yang disiarkan menerusi laman blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis 2010.-Bernama

Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan

Posted: 28 Aug 2012 07:10 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

NONESasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

NONEKhabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.

BERSIH gesa hormati hak berhimpun 'Janji Demokrasi'

Posted: 28 Aug 2012 07:08 AM PDT

Zulaika Zulkifli


 
BERSIH menggesa pihak berkuasa menghormati hak berhimpun dengan membenarkan perhimpunan "Janji Demokrasi" anjuran sekumpulan NGO di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

"Janji Demokrasi dianjurkan oleh beberapa NGO yang pernah terlibat dengan BERSIH 2.0, mereka berhak untuk berhimpun.

NONE"Kami menyokong tindakan itu dan gesaan mereka terhadap pembaharuan yang demokratik," kata Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga yang membacakan kenyataan gabungan itu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga bagaimanapun berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada "lampu hijau" diberikan kerana penganjur gagal memberi notis sepuluh hari seperti disyaratkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Dalam kenyataannya, BERSIH turut menggesa Zainuddin menghentikan sebarang kenyataan melulu dan kabur tentang BERSIH 2.0.

Menurutnya, Zainuddin perlu memberikan keterangan pada inkuiri terbuka Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Merujuk komen yang dilapor dibuat ACP Zainuddin bahawa BERSIH 2.0 'melakukan pelbagai perkara', kami percaya komen ini sengaja dibuat secara kabur.

"Berdasarkan pangkat dan kekananannya, komen beliau perlulah lebih bertanggungjawab dan beliau perlu menjelaskan lebih lanjut kenyataannya sebelum ini," katanya.

Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Posted: 28 Aug 2012 07:06 AM PDT

Bernama


 
Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

karpal singh sue utusan for defamation 190908 02"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.

Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.
-Bernama

Suaram: Siapa beri kamu wang, Utusan?

Posted: 28 Aug 2012 07:04 AM PDT

 
Sara Ghazie


 
Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

NONE"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"

Penduduk antisianida perolok menteri MCA sebagai 'duta'

Posted: 27 Aug 2012 05:50 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Penduduk Bukit Koman, Pahang 'melantik' dua menteri MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Ng Yen Yen sebagai duta mereka untuk demonstrasi antisianida "Himpunan Hijau Raub" pada 2 September ini.

NONEDalam prapelancaran acara itu di pasar pagi Raub semalam, anggota Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida turut memakai topeng Liow dan Ng dan mengetengahkan poster menunjukkan pendirian tidak selari kedua-dua mereka dalam isu lombong emas di situ.

Liow dan Ng dikatakan sudah berikrar menyokong gerakan antisianida sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya didakwa bertukar fikiran.

NONEKedua-dua 'duta' itu menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dan menurunkan tandatangan pada kain rentang antisianida, menyebabkan orang ramai bersorak.

Manakala 'Ng' sebagai menteri pelancongan turut menggalakkan rakyat Malaysia melawat Raub pada hari perhimpunan itu diadakan.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat disahkan.

Kerajaan Pusat perlu timbang naik subsidi padi

Posted: 27 Aug 2012 05:46 PM PDT

Azamin Amin,
ALOR SETAR: Cadangan para petani supaya Kerajaan Pusat menaikkan harga subsidi padi sebanyak 50 peratus amat wajar dipertimbangkan semula.

Exco Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (gambar) berkata, cadangan itu memang wajar dikaji semula kerana tiada kenaikan sebelum ini.

"Tiada kenaikan harga subsidi padi sejak berpuluh-puluh tahun dan cadangan untuk menaikkan harga subsidi padi wajar dipertimbangkan kerana kos dan kesan kewangan (kenaikan 50 peratus) tidak setara mana,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini bagi meninjau perkembangan proses kacukan benih padi variati baru yang dihasilkan oleh seorang petani, Ishak Mahmud, 52 tahun.

Usaha Ishak Mahmud melakukan proses kacukan benih padi MR276 dengan Radin Emas atau benih Jarum Emas berjaya menghasilkan benih baru yang berbeza dengan benih padi lain.

Usaha yang dilakukan kira-kira dua tahun lalu dengan hanya mencuba empat bekas berjaya menghasilkan benih yang diberi nama KS299.

Ishak yang menjadi petani hampir 30 tahun lalu memberitahu, benih padi yang dihasilkan itu mempunyai tangkai yang lebih panjang dan isinya lebih padat serta warnanya seakan-akan berwarna perang.

Beliau memberi nama benih padi itu KS299 sempena nama tempat tinggal beliau iaitu Kubang Siam atau Kota Setar sebagai penghargaan kerana beliau berjaya menghasilkan benih padi yang berkualiti.

Mengenai variati benih padi baru yang berjaya dihasilkan oleh Ishak Mahmud itu, Amiruddin memberitahu, ciri-ciri yang terdapat pada benih padi itu amat baik sekali.

"Kita mendapati tiada padi angin di sawah berkenaan dan padi itu dijangka masak pada Ogos ini,"katanya.

Tambahnya, Jabatan Pertanian Negeri Kedah akan mengambil data mengenai padi berkenaan.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Muhamad Hilmi Mahidin dan Pembantu Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Abu Hassan Mat.

Kelab Penyokong: Umno kena ikut Auku

Posted: 27 Aug 2012 05:41 PM PDT

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

Keratan akhbar Sinar Harian.
Keratan akhbar Sinar Harian.
 
SHAH ALAM – Sebarang pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Berdasarkan kepada Auku, tidak boleh ada (pertubuhan) politik dalam kampus, jadi kita kena ikut undang-undang sedia ada. Itu sahaja komen saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.

Sekatan itu bertujuan untuk mengekalkan neutraliti dalam kampus.

Pakatan sambut baik Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA

Posted: 27 Aug 2012 05:39 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik langkah Umno yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)  tetapi menegaskan agar tiada sebarang sekatan diberi kepada parti pembangkang jika mereka juga mahu menubuhkan badan yang sama.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, langkah Umno yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong di IPTA ini harus disambut secara positif kerana ia boleh mendedahkan mahasiswa kepada politik.

"Usaha Umno ini harus dipuji kerana jika mereka menubuhkan Kelab Penyokong Umno, PR juga akan menumpukan usaha yang sama bagi menimbulkan persaingan yang sihat. Ini sekali gus memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam menceburkan diri dalam arena politik," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ia langkah awal diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 2012 baru-baru ini.

Pindaan itu membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

Saifuddin turut berkata, pindaan Auku memberi peluang kepada mahasiswa mendalami senario politik dalam negara.

"Langkah Umno memperkenalkan Kelab Penyokong di IPTA ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kami sendiri sudah jangka dan ini tidak sesekali menjejaskan kewibaan kami sebagai parti pembangkang kerana kami mengambil jalan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," jelas beliau.

Beliau turut menegaskan, pihak pentadbiran universiti juga harus bersikap adil dan terbuka tanpa mengamalkan 'double standard'.

"Jika Umno diberi kebebasan untuk tubuhkan Kelab Penyokong, peluang juga harus dibuka kepada pembangkang," jelasnya.

Pas turut melahirkan pandangan yang selari dengan PKR.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, usaha yang dilakukan BN ini harus dilihat secara positif kerana ia boleh mewujudkan persaingan yang sihat di antara BN dan parti pembangkang.

"Lagi cepat tubuhkan (Kelab Penyokong BN), lagi bagus," katanya.

Menurut Salahuddin, usaha itu mampu melahirkan mahasiswa yang celik politik di negara ini tetapi pihak pentadbiran universiti harus bersikap adil dan saksama terhadap semua parti politik yang terlibat menubuhkan kelab penyokong masing-masing.

"Ini merupakan salah satu proses demokrasi. Jadi, mahasiswa dapat melahirkan pendapat dan pandangan politik mereka secara terbuka. Jadi usaha ini perlu kita sambut baik," ulas beliau.

Najib dan dogma lapuk ‘BN sahaja layak memerintah’

Posted: 27 Aug 2012 05:38 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajar rakyat berfikiran positif dan melihat jauh ke depan, bukan berundur ke belakang dan duduk statik tanpa perubahan.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Najib yang meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

"Saya menganggap kenyataan PM ini sebagai ucapan paling dangkal atau pendek akal dari seorang pemimpin negara terhadap rakyatnya.

"PM seperti mahu rakyat berfikiran negatif terhadap perubahan," katanya dalam satu kenyataan.

Persoalannya, kata beliau apakah PM seorang penentu takdir rakyat dan negara ini sehingga boleh tahu bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah kelak lebih teruk daripada BN.

"Agak dikesali  kerana meskipun tindakannya dalam bentuk dasar negara sentiasa berbeza daripada PM sebelumnya, namun pemikirannya tetap terbelenggu dengan dogma lapuk iaitu hanya 'BN sahaja layak memerintah'," ujarnya.

Kata Riduan lagi, kenyataan PM menunjukkan bahawa beliau seorang diktator yang sombong, angkuh serta enggan menerima keputusan rakyat.

Baginya, PM gagal memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan hak kepada rakyat memilih parti yang mereka inginkan.

Hak demokrasi juga, ujarnya membenarkan mana-mana parti untuk memerintah jika mendapat mandat daripada rakyat.

"Kenyataannya, memang PR belum mempunyai rekod memerintah negara, tetapi rekod akan tercatat sebaik sahaja PR menang kelak," katanya lagi.

Riduan menambah, rekod itu juga yang dicatat oleh BN sewaktu mula-mula memerintah dahulu.

Rakyat, tambah beliau boleh menilai perkhidmatan PR secara telus dan jujur dan membuat perbandingan  pula dengan BN jika memerintah kelak.

Malah, ujarnya negara akan terus maju dan membangun dengan baik apabila kedua-dua pihak, sama ada BN atau PR berlumba-lumba memberikan perkhidmatan dan dasar yang terbaik untuk rakyat.

"Sepatutnya beliau memahami bahawa BN telah diberikan peluang memerintah selama lebih dari 50 tahun negara ini.

"Rakyat telah melihat tahap kemampuan BN dan menilai apakah tawaran PR yang gagal dilaksanakan oleh BN," katanya.

Ternyata, kata Riduan tawaran PR jauh lebih baik untuk rakyat berbanding apa yang diberikan oleh BN selama ini.

Justeru, ujarnya elok juga PM menginsafi bahawa perubahan adalah perlu kepada setiap diri, masyarakat, rakyat dan negara.

Beliau berkata, perubahan akan mematangkan rakyat dan negara ini.

Justeru, tambah beliau lagi tidak wajar beliau gerun pada perubahan yang diinginkan oleh rakyat apabila tiba pada masanya.

Jika tidak, katanya rakyat sendiri akan mengajar beliau erti perubahan yang diingini sebagaimana yang dibuat oleh rakyat di negara Timur Tengah pada hari ini.

Kedah nafi swasta ambil alih Kuin

Posted: 27 Aug 2012 05:34 PM PDT

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah menafikan dakwaan bahawa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Exco Agama, Pelajaran, Koperasi Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (gambar) berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri.

Apatah lagi, katanya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kuin langsung tidak membincangkan perkara itu.

"Siapa yang nak ambil alih, tidak pernah disebut dalam mesyuarat kita," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kuin.

Malah beliau turut menolak tuduhan bahawa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat daripada syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

Taulan langsung tidak menerima surat tersebut dan tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak dakwaan itu timbul kerana surat terbabit yang diemelkan kepada rektor universiti kemudian dipanjangkan di kalangan rakan-rakan mereka.

"Saya percaya surat tersebut hanya di kalangan rakan-rakan rektor sahaja. Saya pun tidak jelas tentang isi kandungan surat itu, sebab ia tidak sampai pun di kalangan lembaga pengarah," katanya ketika di hubungi Harakahdaily.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kuin akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Beliau juga berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.

Polis benar Himpunan Hijau Raub 2 Sept tapi bersyarat

Posted: 27 Aug 2012 05:33 PM PDT

WAN JUHAIDA WAN HASSAN

Ahli Puteri Umno Bahagian Raub
Ahli Puteri Umno Bahagian Raub membuat laporan polis membantah penganjuran Himpunan Hijau, semalam.
 
BANDAR RAUB – Polis membenarkan Himpunan Hijau Raub yang dijadualkan di sini diadakan pada 2 September depan, namun sebanyak 16 syarat ditetapkan untuk dipatuhi penganjur.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, semua syarat itu bertujuan mencegah kekacauan yang boleh menjejaskan keamanan masyarakat serta mengelak kerosakan harta benda.

"Penganjur juga bertanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran yang bersih sebelum dan selepas perhimpunan," katanya pada sidang media selepas bertemu dengan penganjur himpunan itu di sini semalam.

Sinar Harian diberitahu, penganjur  bersetuju dengan semua 16 syarat yang dikenakan.

Antara syarat itu, kata Wan Mohd Samsudin ialah semua kenderaan yang digunakan peserta himpunan perlu diletakkan di luar kawasan bandar ini.

Katanya, polis akan memastikan semua peserta mengikut peraturan ditetapkan tanpa mengakibatkan sebarang kesesakan lalu lintas.

"Umum mengetahui keadaan trafik di bandar Raub sedikit sesak ketika hujung minggu kerana menjadi laluan utama pengguna jalan raya antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

"Bagi memastikan kelancaran trafik, kita akan aturkan pemantauan supaya kenderaan peserta Himpunan Hijau Raub diletakkan di luar lingkungan bandar," katanya.

Beliau berkata, kenderaan seperti bas yang digunakan peserta program juga perlu diletakkan di luar kawasan bandar.

Himpunan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, kata Wan Mohd Samsudin hanya alam kawasan dibenarkan sahaja dan penganjur tidak boleh berarak menuju ke kawasan perlombongan emas  di Bukit Koman.

Menurutnya, berikutan kehendak penganjur yang ingin menyampaikan memorandum kepada pengurusan lombong emas berkenaan, ia akan diuruskan pihak polis sebaik mungkin tanpa perlu keluar dari kawasan himpunan.

"Penganjur seharusnya mematuhi peraturan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu berhimpun secara aman tanpa sebarang perlakuan yang melanggar sebarang undang-undang negara.

"Program ini adalah kali pertama berlaku di daerah ini dan polis sebaik mungkin akan memastikan keselamatan serta keamanan berada pada tahap optimum dengan mengambil kira keperluan semua pihak," katanya.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika penganjur atau peserta melanggar peraturan.

Dalam pada itu kata Wan Mohd Samsudin, terdapat 53 bantahan dikemukakan kepada polis berkaitan Himpunan Hijau, termasuk dua secara bertulis dan selebihnya menerusi borang yang disediakan sepanjang tempoh 48 jam daripada notis makluman diedarkan.

Menurutnya, 14 borang maklum balas lain menyatakan persetujuan perhimpunan itu diadakan.

Wan Mohd Samsudin berkata, setiap maklum balas diambil kira termasuk bantahan terhadap aktiviti itu dan penilaian terperinci dilakukan bagi memastikan tahap kebimbangan masyarakat setempat.

Isu darjah kebesaran: Soalan 'sukar' untuk dijawab, kata Guan Eng

Posted: 27 Aug 2012 05:31 PM PDT

Jamilah Hamzah

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membawa perjuangan demi kepentingan rakyat, bukannya mengejar kedudukan atau darjah kebesaran.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga tidak pernah mengatakan akan menerima atau menolak pingat atau darjah kebesaran sebab ia tidak pernah ditawarkan kepada pemimpinnya.

Justeru kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, sukar untuk menjawab soalan berkenaan dengan isu tersebut sekarang.

"Saya tak pasti, bagaimana nak menjawab bagi perkara ini... Kita bukan nak gelaran datuk.

"Kita perlu tunggu gelaran itu diperkenan oleh raja (istana) dahulu sebelum saya menjawab

"Mana boleh jawab 'ya' tanpa perkenan raja, dan kalau jawab 'tidak', akan dianggap tidak menghormati raja," katanya lagi.

Guan Eng berkata, menerima darjah dan bintang kebesaran bukanlah matlamat beliau menjadi pemimpin.

"Kita berjuang untuk rakyat bukan untuk mendapat anugerah. Lagi pun untuk menerima anugerah mesti diperkenan oleh raja dulu," katanya kepada sidang media di sini.

Laporan media minggu lalu memetik seorang pemimpin  DAP Selangor mencadangkan pemimpin-pemimpin parti itu supaya melakukan anjakan paradigma dengan menerima darjah dan bintang kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, perubahan itu perlu bagi membuktikan bahawa DAP tidak anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Institusi Raja Melayu.

"Sampai masa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Dr Chen Man Hin... mereka patut terima darjah kebesaran Raja Melayu," katanya.

AKSB mohon pinjaman bank tingkatkan bekalan air

Posted: 27 Aug 2012 05:28 PM PDT

Aslani M,
PASIR MAS: Keseriusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengatasi masalah bekalan air di sini dapat dilihat apabila terpaksa mendapat pinjaman bank bagi membina telaga tiub untuk menambah kapasiti pengeluaran air.

(Menteri Besar melihat Telaga Tiub yang dibina oleh AKSB)

Setiap telaga tiub bernilai RM130,000 dan sehingga sekarang tiga telaga tiub yang dibina di Loji Rawatan Air Kelar sudah beroperasi.

Dan sebuah lagi telaga tiub akan dibina di Slow Machang. Sehingga sekarang pengeluaran air di Loji Kelar sebanyak 67 juta liter padu (MLD) sehari, melebihi kadar biasa sebelum ini.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, kapasiti pengeluaran air di loji berkenaan akan dipertingkat kepada 80 MLD bagi menampung keperluan air bersih di jajahan ini dan Tumpat.

"Sebuah telaga jejari juga akan dibina di tepi Sungai Kelantan berhampiran Loji Kelar. Di kawasan muka sauk di Kelar juga akan dipasang empat pam baru yang berharga kira-kira RM1.2 juta.

"Selain itu AKSB juga merancang mengoperasikan semula loji lama di Kampung Lemal yang dijangka dapat menyumbang tambahan pengeluaran air sebanyak 8 MLD sehari," katanya di sini.

Kata beliau berdasar kepada usaha berterusan dilakukan AKSB didapati pengeluaran air bersih bagi jajahan Pasir Mas dan Tumpat sudah melepasi tahap biasa.

Menurutnya juga masalah tekanan rendah yang dialami di beberapa kampung di Tumpat dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila Loji Rawatan Air di Wakaf Bharu yang sedang dipertingkatkan siap sepenuhnya.

Katanya, projek berkenaan yang dibiayai di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar membabitkan kos RM5 juta dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Sementara itu pegawai Komunikasi Korporat AKSB, Azhari Ab Rahman berkata, tekanan air Kampung Padang Tok La dan Kampung Belukar, Kubang Bemban antara 2mH hingga 4mH.

Katanya, berdasar kepada tinjauan dilakukan kakitangan AKSB di dua kampung berkenaan semalam didapati kesemua rumah mendapat bekalan air bersih sepenuhnya.

Beliau berkata, terdapat 240 akaun pengguna di Kampung Padang Tok La dan 310 akaun pengguna AKSB di Kubang Bemban.

Dan sejak 15 Ogos sehingga semalam tiada aduan berkenaan tekanan rendah diterima Kaunter Khidmat Pelanggan, AKSB Pasir Mas,

Hanapi juga berkata, AKSB berusaha mendapatkan sumber pembiayaan bagi melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran air di Pasir Mas.

Menurutnya masalah itu menjadi hambatan memandangkan kerajaan negeri hanya diberi pinjaman mudah hampir RM600 juta pada 2003 selepas 13 tahun dinafikan hak.

Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air

Posted: 27 Aug 2012 05:22 PM PDT

Harakahdaily,



JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.

Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui emailnya hari ini.

Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar harian.

Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka 7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan hari raya.

"Ini berlaku semenjak kami mula menetap di Felda tahun 70an," kata Khairi Muzakir dalam emailnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, "kerajaan yang ada buat tak tahu je."

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, penduduk beberapa kawasan di Temerloh termasuk taman perumahan juga menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Ia bukan sahaja berlaku semasa hari raya bahkan pada hari-hari lain juga.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin berkata, mesalah air di Kelantan akan diselesaikan jika BN memerintah negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berkata, ia akan menyelesaikan masalah air di Kelantan jika BN diberikan mandat.

Sehubungan itu, ramai antara mangsa masalah air di Pahang ini meminta Najib menyelesaikan masalah air di Pahang ini sebelum sibuk memperkatakan masalah di negeri lain yang mempunyai masalah sendiri.

Ini kerana, Pahang dikatakan mempunyai sumber air yang banyak iaitu Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia itu.

Pihak BN pula sedang melobi agar kerajaan negeri Selangor meluluskan projek Langat 2, iaitu projek penyaluran air sungai Pahang ke Selangor melalui terowong dan sungai buatan manusia.

Namun kerajaan negeri Selangor tidak berapa berseruju kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Jika dilaksanakan, kerajaan negeri yakin, tarif air akan dinaikkan di Selangor dan bakal membebankan rakyat.

LAPORAN BERKAITAN

Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering

Tiada ulasan: