Kerabu Bersuara ® |
- Karpal akan saman Nasharuddin
- Tolong Jangan Muntah Bila Baca Berita Ni!
- 700 daftar sertai Google Hangout On Air Anwar malam ini
Posted: 17 Aug 2012 02:18 AM PDT Oleh Lisa J. Ariffin KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam. Pengerusi DAP Nasional itu berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam "adalah sangat tidak bertanggungjawab", dan "saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam." Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana "hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam" sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular. "Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider. "Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik," tambahnya lagi. Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan "kafir harbi" dan mengelarkan haram menyokong DAP. Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud. Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan "memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam." Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud," katanya lagi. "Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku," tambahnya lagi. Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti. "Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya." Nasharuddin sebelum ini berkata "saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam." "Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. "Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam," kata Nasharuddin. Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak. Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno. "Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. "Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah," katanya lagi. |
Tolong Jangan Muntah Bila Baca Berita Ni! Posted: 16 Aug 2012 11:21 PM PDT tolong jangan muntah! kita masih dalam bulan puasa ni :) |
700 daftar sertai Google Hangout On Air Anwar malam ini Posted: 16 Aug 2012 10:38 PM PDT NURUL AINI MOHAMED ALI 17 Ogos 2012 PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli politik pertama Malaysia dan Asia Tenggara dipaparkan menerusi program Google Hangout on Air yang boleh ditonton secara langsung di laman YouTube malam ini. Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, acara ini akan diadakan secara langsung bermula jam 10.30 malam. "Setakat ini (pagi ini), lebih 700 orang telah memberi respons positif bagi bersama-sama menjayakan acara ini di halaman Facebook dan jumlah dijangka meningkat," katanya pada sidang media di hari ini. Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Menteri Australia, Julia Gillard pernah menggunakan aplikasi yang sama untuk berinteraksi bersama rakyat. "Acara ini akan diadakan secara santai dan soalan-soalan yang ditanyakan oleh tetamu online merangkumi cara hidup Anwar dan pengalaman beliau dalam arena politik," jelas beliau. Setakat ini, enam ahli panel akan muncul secara online dari rumah masing-masing dan akan mengambil giliran bagi bertanya soalan kepada Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). "(Sebanyak) 40 peratus soalan akan ditanya oleh ahli panel, 40 peratus daripada soalan bertulis online dan selebihnya 20 peratus datang daripada soalan yang dikemukakan semasa acara sedang berlangsung," katanya. Tambah beliau, acara ini dibuat melalui online kerana rakyat kini mudah untuk mendapat akses talian internet dan ia boleh dilakukan secara langsung. "Orang ramai boleh mengenali personaliti Anwar dengan lebih dekat lagi kerana beliau akan berkongsi pengalaman dalam arena politik negara, filem kesukaan beliau dan perjalanan hidup beliau secara peribadi. "Ini juga salah satu cara rakyat berhubung dengan pemimpin secara lebih dekat," jelas beliau. Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung Keadilan, Sharifah Shahidah akan menjadi moderator bagi "Google Hangout". Ia juga boleh ditonton secara langsung melalui TV Selangor. Ia boleh ditonton secara langsung di http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured. Orang ramai boleh mengemukakan soalan-soalan mereka melalui Twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau secara bertulis di halaman Google Plus Events (http://is.gd/borakanwar) dan Facebook (http://tiny.cc/borakanwar,). |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan