DIALOG RAKYAT |
- Seorang Lagi Ahli Parlimen BN Hilang Kelayakan Tapi Bukan Kerana Sertai PR
- Lewat solat, pelajar dipukul koyak limpa
- Hudud: Kenapa DAP menentang Pas
- Aktivis OKU PKR terima ancaman bunuh
- Tok Pa: Umno K'tan tak perlu faktor 'Nasha' untuk menang
- CAWP: 'RM17.2j fi pengarah Puncak Niaga satu kegilaan'
- LKS: 'Saya berhak ambil tindakan undang-undang'
- Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru
- Hudud Umno sudah mati
- Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella
- Trafik situasi pagi: Aliran trafik mula bergerak perlahan di beberapa lebuh raya
- Soi Lek: MCA tidak akan 'campur' debat hudud Umno dan Pas
- Ilmu sedia perjelas hukum Islam, hudud
- Kerajaan Negeri Ikrar Pertahankan Kadar Air Rendah Buat Rakyat Selangor
- Rais Yatim Masih Berusaha Selamatkan SEKSYEN 114A
- Ambiga tuntut penjelasan arahan bercanggah semasa perhimpunan Bersih
- Nasha kecewa tak dapat jawatan, kata Khalid Samad
- Orang tengah punca harga barang persiapan raya melambung di Kuala Lumpur
- Malaysia mungkin mengalami ekonomi dwi-kelajuan, kata penganalisis
- Saya tidak gesa keluar parti - Nik Aziz
- Enakmen p'raya tempatan PP sudah diwarta
- Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok
- Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya
- Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik
- Pelajar agama aktif aktiviti masyarakat - BSM
Seorang Lagi Ahli Parlimen BN Hilang Kelayakan Tapi Bukan Kerana Sertai PR Posted: 16 Aug 2012 10:00 PM PDT KELAB GREENBOC Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu. Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu. Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu. "Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya," katanya, semalam. Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. -KedahKini | ||
Lewat solat, pelajar dipukul koyak limpa Posted: 16 Aug 2012 09:57 PM PDT Akibat melewatkan solat Asar, seorang pelajar Tingkatan Dua ditendang beberapa kali di perut oleh lima rakannya di dalam bilik air asrama sekolahnya. Berikutan kejadian itu, Muhammad Ridwan Radin, 14, pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah, Parit Sungai Lampan, Teluk Intan, terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang limpanya kerana koyak akibat hentakan kuat. Lebih malang, anak sulung daripada tiga beradik itu terpaksa mengambil antibiotik sehingga berusia 21 tahun. Dalam kejadian 29 Jun lalu, mangsa berada dalam tandas asrama apabila didatangi lima rakannya yang bertanyakan sama ada sudah menunaikan solat Asar. Mangsa yang menjawab belum kerana mahu mandi dulu terus disepak salah seorang rakannya sebelum mangsa berlari ke biliknya. Namun, mereka mengikutnya ke bilik dan terus menyerangnya. "Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada rakan, namun tidak menceritakan kepada keluarga atau guru kerana takut dimarahi. Akibat terlalu sakit di perut, saya meminta guru supaya menghubungi bapa," katanya ketika di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Turut hadir Pengerusinya, Datuk Seri Micheal Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh. Bapa mangsa, Radin Mohd Nor Ashikin Osman, 38, berkata beliau dihubungi guru sekolah meminta mengambil anaknya yang mengadu sakit perut. Beliau yang tinggal di Setapak, kemudian membawa anaknya ke Klinik Teluk Intan, namun kesakitan dialami anak sulungnya semakin teruk sebelum merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur. (HKL). | ||
Hudud: Kenapa DAP menentang Pas Posted: 16 Aug 2012 09:50 PM PDT Satu kenyataan kurang cermat Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, Julai lalu, mencetuskan polemik politik baru antara Pas dan DAP yang berlarutan sehingga kini. Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikai kenyataan Nasrudin bahawa partinya sudah berlembut pendirian berhubung keinginan Pas mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Katanya, prospek ini tidak mungkin berlaku selagi parti mereka bersama dalam Pakatan Rakyat. Rakyat geli hati melihat perkelahian dua parti adik-beradik lain bapa dan lain ibu ini. Mereka tahu ideologi dan retorik politik masing-masing, tetapi masih terhibur membaca kenyataan demi kenyataan para pemimpin kedua-dua pihak: engkau kata aku, aku kata engkau. Engkau tibai aku, aku hentam engkau. Namun, bagi kepimpinan Pakatan Rakyat, perkembangan ini cukup membimbangkan, apatah lagi pilihan raya umum sudah dekat. Mereka masih ingat peristiwa sama yang berlaku 11 tahun lalu. Perbalahan Pas dan DAP mengenai Negara Islam dan hudud menyebabkan DAP keluar daripada Barisan Alternatif, satu eksperimen yang bertahan hanya dua tahun. DAP menentang hasrat Pas kerana bagi mereka, matlamat Pas bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Manifesto Bersama BA 1999. DAP berkata penubuhan negara Islam melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 serta bercanggah dengan prinsip demokrasi dan hak asasi. DAP mengingatkan Pas bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah memberi jaminan tidak meneruskan hasrat penubuhan Negara Islam semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000. Dalam satu wawancara "Hardtalk" dengan BBC pada September 2003, Datuk Mustaffa Ali memberitahu dunia bahawa tidak ada 'Negara Islam' dalam perlembagaan Pas; yang ada hanya "masyarakat Islam". Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, tersentak dan menyatakan punca sebenar perbalahan Pas dengan DAP, apabila Pas berjaya membentuk sebuah negara Islam, pemimpin DAP tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri. "Ini realitinya," kata beliau (2 Disember 2003). Lim Kit Siang membidas ulasan Hadi. Katanya DAP menentang Pas atas dasar prinsip, bukan jawatan. "If the Pas concept of an Islamic State is divine in origin, and to criticise it is to criticise Allah and was not just to criticise Pas leaders, how could the Pas Islamic State concept once established be criticised, changed or replaced without going against Allah? In fact, a vote against Pas and its Islamic State will become a vote against Allah and therefore blasphemy and treason. How can such a concept be compatible with democracy?" ("Muzakarah Negara Islam: A Discourse on Islamic State", susunan Drs Amnah Khuzairi, Kuala Lumpur, 2004, hal 194). Kit Siang juga tidak yakin dengan jaminan Pas bahawa hudud hanya kepada orang Islam di Kelantan dan Terengganu sahaja, manakala orang bukan Islam boleh memilih untuk diadili di bawah undang-undang sivil atau hudud. "As Muslims represent the majority in Malaysia, doesn't this logically follow that Pas is not just advocating a two-track objective of Islamic states for the northern Muslim states, but also for the whole of Malaysia? Why isn't Pas saying so?" (hal 193) Pas selalu berkata antara sebab utama mereka bersekongkol dengan DAP ialah untuk berdakwah supaya DAP lebih memahami Islam. Melihat kepada perkembangan setakat ini, Pas jelas gagal dalam misinya. Sebaliknya, menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas Umno bagaikan usaha desperado untuk alih pandangan daripada masalah sebenar. Nampaknya DAP lebih berjaya mentarbiyah Pas, yang sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' dan 'Pas For All' serta tidak mampu memasukkan matlamat penubuhan Negara Islam dalam Buku Jingga atau manifesto Pakatan Rakyat. Cukup memalukan dan menghinakan Pas apabila Karpal mencadangkan kalangan pemimpin parti itu untuk mendapat khidmat khutbah daripada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas jika masih tidak faham soal negara Islam. | ||
Aktivis OKU PKR terima ancaman bunuh Posted: 16 Aug 2012 09:48 PM PDT Isaiah D Jacob, pada 9 Ogos lalu, menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih. KUALA LUMPUR: Seorang aktivis PKR daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini membuat laporan polis kerana menerima sepucuk surat layang berbaur ugutan bunuh. Isaiah D Jacob, 46, yang mempunyai kecacatan kekal dikaki pada 9 Ogos lalu menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih. "Kami ingin beri amaran terakhir kepada awak jika kau masih aktif dalam politik pembangkang khususnya PKR dan Bersih kami tidak teragak-agak untuk membunuh awak. Awak ingat Bersih dan parti PKR akan menolong awak? "Lagi sekali jika kami nampak awak ambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih kami akan bunuh awak atau patah satu kaki engkau," surat layang tersebut dipetik. Surat yang dihantar ke peti surat rumahnya di Taman Sri Murni, Selayang itu turut mengancamnya kerana terlibat dalam kutipan dana program bantuan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik sempena Ramadhan anjuran Pejabat Parlimen Batu. Selain itu, surat itu turut mengancamnya kerana Isaiah sebelum ini pernah membuat laporan polis mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan Umno di Sri Murni. Tidak berhenti di situ, Isaiah kemudiannya pada Selasa lalu semasa sedang menunggu bas di hadapan rumahnya didatangi dua lelaki menaiki motosikal turut mengugutnya supaya berhati-hati kerana tindak tanduknya kini sedang diawasi. "Tujuan laporan dibuat meminta polis membuat siasatan terhadap surat dan perlindungan terhadap diri saya dan keluarga," katanya. Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Sentul di sini pagi tadi ditemani Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Namun Isaiah yang juga Ketua Biro Kebajikan PKR Cabang Batu itu ketika ditemui pemberita berkata, ugutan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus aktif dalam PKR dan menyokong Himpunan Bersih yang disertainya sejak tahun lalu. Sementara itu, Tian Chua dalam responnya membidas kandungan surat itu yang dianggapnya ada unsur hasutan dan mahu polis segera menyiasat bagi mengelak kejadian sebegini bertambah parah. "Surat ini nampaknya ada niat jahat untuk menakutkan beliau…ini tak boleh diterima sama sekali," katanya. | ||
Tok Pa: Umno K'tan tak perlu faktor 'Nasha' untuk menang Posted: 16 Aug 2012 09:41 PM PDT MALAYSIA KINI Umno Kelantan tidak perlu kepada faktor 'Nasha' untuk menguasai negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya, Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam BN. "Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," kata Mustapa (kanan) kepada pemberita di majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di ibunegara malam tadi. Mustapa, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, mengulas mengenai saranan Pemuda PAS Kelantan dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang mahu bekas timbalan presiden PAS itu keluar parti ekoran kenyataannya yang mengesa parti itu keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya DAP terus menentang hudud. Ditanya sama ada Umno sedia menerima atau memberi tempat kepada Nasharudin (kiri) yang juga ahli Parlimen Bachok, beliau berkata mengikut dasar parti, Umno terbuka kepada sesiapa sahaja. Mustapa berkata saranan supaya Nasharudin keluar daripada PAS bukan perkara baru, malah telah pun berlaku sebelum ini, namun sehingga kini beliau masih kekal sebagai anggota PAS. "Nasarudin seorang yang berfikiran terbuka dan ada pandangan berbeza daripada orang lain, dan atas dasarnya Umno juga sedia membuka pintu... dan ini tidak merujuk hanya pada Nasarudin," katanya.- Bernama | ||
CAWP: 'RM17.2j fi pengarah Puncak Niaga satu kegilaan' Posted: 16 Aug 2012 09:37 PM PDT Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) menyifatkan bayaran RM17.2 juta yang dibuat oleh Puncak Niaga Holdings Bhd sebagai fi pengarahnya, sebagai satu "kegilaan", terutama ketika syarikat itu mengalami kerugian dan mendakwa perkhidmatannya pula tidak memuaskan. Penyelaras CAWP, Charles Santiago (kiri) mendakwa bahawa pengurusan atasan syarikat itu, yang merupakan syarikat induk kepada syarikat pembekal air Selangor, - Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) - menikmati imbuhan tidak kira berapa banyak kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut. Beliau mengulas laporan Malaysian Business mengenai senarai 50 pengarah yang menerima bayaran tertinggi, dengan Puncak Niaga di tangga ke-16, dengan membayar seorang pengarahnya antara RM8.35 juta dan RM8.4 juta tahun lepas. Senarai telah disediakan berdasarkan laporan tahunan syarikat berkenaan. Identiti pengarah Puncak Niaga yang menerima imbuhan tertinggi itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut. Ia juga menyatakan bahawa sejumlah RM17.2 juta telah dibayar sebagai fi pengarah kepada para pengarah eksekutifnya pada tahun di mana syarikat itu melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM75.2 juta. Malah, laporan tahunan itu menunjukkan bahawa syarikat tersebut rugi sejak 2007 - apabila ia merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM435.7 juta - tetapi sejak itu kerugian tersebut semakin berkurangan Santiago, yang juga ahli Parlimen Klang berkata, pembayaran fi yang besar kepada lembaga pengarahnya tidak boleh diterima kerana ia pada asasnya merupakan sebuah syarikat utiliti awam. | ||
LKS: 'Saya berhak ambil tindakan undang-undang' Posted: 16 Aug 2012 09:35 PM PDT ULASAN Mengapa pula saya dipaparkan, dan lebih teruk lagi, dicemuh dalam lamanweb rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman menteri besar Selangor pada masa itu serta tuduhan saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969? Penjelasan yang telah diberikan oleh pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba berhubung dengan filem insiden 13 Mei, Tanda Putera bahawa saya tidak dipaparkan dalam filemnya langsung, tidak meyakinkan saya. Ini adalah kerana penjelasan yang telah diberikan oleh Shuhaimi berhubung dengan kandungan lamanweb rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera yang memaparkan dan memfitnah saya bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah menteri besar Selangor pada masa itu, Datuk Harun Idris dan provokasi rusuhan 13 Mei 1969, langsung tidak memuaskan. Gambar yang menunjukkan saya diheret yang kemudiannya diturunkan membawa kapsyen yang berbentuk: "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris". Gambar dan penerangan di bawah gambar tersebut telah dimuat-naik ke dalam album gambar dalam lamanweb rasmi Facebook bagi filem "Tanda Putera" yang bertajuk "Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini" Penjelasan Shuhaimi bahawa pencipta filem tersebut telah menerima banyak gambar dari warga alam maya yang telah dikongsi dalam lamanweb Facebook, termasuklah gambar yang menyinggung itu serta tindakan menurunkan gambar tersebut daripada laman Facebook selepas banyak aduan yang telah diterima tentang gambar itu, tidak boleh dipercayai atau diterima. Ini adalah kerana dakwaan liar yang tidak berasas bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera di rumah menteri besar Selangor serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, telah dikeluarkan dalam lamanweb rasmi Facebook sendiri bagi filem "Tanda Putera" dan bukanlah "maklumat perkongsian" (shared information) di kalangan warga alam maya - yang memberi maksud ianya disarikan daripada filem itu sendiri. Selagi tiada penjelasan yang memuaskan dan mencukupi di atas rujukan yang berbaur fitnah yang memaparkan saya dalam lamanweb Facebook bagi filem Tanda Putera, saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu. Amat mengecewakan apabila Shuhaimi mengambil masa selama empat minggu, sejak penerbitan pertama pada 20 Julai 2012 dalam laporan lamanweb Malaysiakini yang bertajuk "New May 13 movie courts controversy" untuk menyatakan bahawa saya tidak dipapar dalam filem tersebut – yang memberi ruang untuk tentera "cybertroopers" untuk melonjakkan lagi kempen pemfitnahan dan pembohongan mereka berdasarkan dakwaan episod "kencing" untuk menuduh saya memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 walaupun sudah berkali-kali saya mengulangi kenyataan bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Pada masa Malaysiakini menyiarkan laporan filem 13 Mei ini, saya sedang dalam lawatan tiga hari ke Sabah pada 20 Julai bersama Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng. Pada masa yang sama dalam ceramah DAP di Inanam Sepanggar, mengikut laporan Malaysiakini tentang filem 13 Mei, saya telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa:
Adakah Kertas Putih yang diterbitkan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) pada 9 Oktober 1969 atau buku tulisan Tunku Abdul Rahman "May 13 - Before and After" ataupun temubual bersama Hanif, seorang pegawai Cawangan Khas yang terikat dengan NOC, atau Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa itu menyandang jawatan setiausaha NOC, mengeluarkan apa-apa maklumat berhubung dengan insiden "kencing di rumah menteri besar Selangor" atau mana-mana insiden "kencing oleh mana-mana pihak pun"? Saya belum lagi menonton filem Tanda Putera tetapi dengan melihat treler filem tersebut, banyak persoalan yang sah ditanya, telah timbul - sama ada filem tersebut benar-benar memaparkan kronologi sejarah yang sah, tepat dan benar dengan merujuk kepada rusuhan 13 Mei. Sebagai contoh, ada satu babak perarakan di mana peserta perarakan tersebut dilihat membawa poster Mao Tse Tung. Adakah benar peristiwa ini sah mengikut kronologi sejarah di mana adalah satu kesalahan untuk memiliki buku-buku Mao pada tahun 1969, apatah lagi membawa poster gambar Mao? Kata Shuhaimi, babak kontroversial rusuhan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja daripada tempoh 115 minit filem itu, tetapi beliau harus sedar bahawa mana-mana babak yang menggambarkan rusuhan 13 Mei dalam 10 minit ini, bukan sahaja mampu mengeruhkan baki 105 minit filem tersebut, tetapi daripada menyatukan rakyat Malaysia, ianya akan menyumbang kepada pemecahbelahan antara masyarakat. Adakah kita mahu memberi ruang untuk dibelenggu roh 13 Mei untuk terus menghantui kita serta menyumbang kepada masyarakat yang dipecah-belahkan atau adakah kita mahu bergerak kehadapan sebagai satu suara rakyat yang bersatu padu untuk membina satu negara yang lebih makmur dan lebih harmoni dengan mendapat pengajaran daripada insiden 13 Mei? LIM KIT SIANG adalah ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Ipoh Timor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini. | ||
Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru Posted: 16 Aug 2012 09:28 PM PDT DUNGUN - Gara-gara mengejek guru, seorang pelajar tingkatan satu pecah gegendang telinga selain turut cedera akibat ditampar beberapa kali oleh guru berkenaan. Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit, Muhammad Bazly Burhan, 13, sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun. Menceritakan kejadian berkenaan, Bazly berkata, detik hitam itu dipercayai berpunca akibat dia mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu 'naik minyak' sebelum memanggilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi pelajar tingkatan satu itu. Katanya, ketika ditampar guru berkenaan, dia tidak melawan, malah meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati guru tersebut. Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan beberapa rakannya yang juga mengikuti peperiksaan selain beberapa rakan lain yang berada di luar kelas. "Ketika dia menampar pipi, sambil menahan kesakitan, saya beberapa kali memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu namun dia terus menampar pipi saya. "Telinga saya kemudiannya terasa sakit sebelum darah keluar, apabila melihat darah keluar, baru dia berhenti menampar saya," kata Bazly yang juga bekas murid Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kemaman. Menurut Bazly, selepas kejadian itu dia balik ke asramanya lalu menyapu ubat minyak gamat di tempat lukanya itu. Bazly berkata, kejadian itu tidak diberitahu kepada ibu bapanya sehinggalah ibunya mendapat tahu daripada ibu kepada rakannya yang turut bersekolah di situ mengenai kejadian menimpa anak ketiga daripada tujuh beradik itu, yang pernah mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Sebaik mendapat tahu kejadian tersebut, bapa Bazly, Burhan Abdullah, 46, datang mengambilnya di asrama lalu menghantar anaknya itu untuk mendapat rawatan awal di sebuah klinik swasta dekat Paka. Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula kesnya ke Hospital Dungun. Kejadian berkenaan turut dilaporkan di Balai Polis Paka Ahad lalu. Sementara itu, bapa Bazly, Burhan yang juga seorang eksekutif di syarikat minyak dan gas berkata, dia kesal dengan kejadian berkenaan, apatah lagi ia berlaku di sebuah sekolah berasrama yang mempunyai tahap moral yang tinggi pada persepsi masyarakat umum. "Selepas kejadian itu, guru sekolah tersebut sepatutnya menghubungi saya, berbincang, kalau perlu memohon maaf, minta maaf. "Ini tidak sehingga hari ini, mereka masih membisu, kalau anak rakan isteri saya tidak memberitahu saya, hingga hari ini saya tidak tahu kejadian yang berlaku," kata Burhan. Sinar Harian juga difahamkan Burhan sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes anaknya itu. | ||
Posted: 16 Aug 2012 09:24 PM PDT
Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap. Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam. Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati. Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu. Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud. Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya. Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu. Hingga ada yang cuba mensabitkan tentangan DAP terhadap hudud itu malayakkannya dikatagorikan sebagai kafir harbi, lalu dikatakan haram hukumnya mengundi, menyokong dan bekerjasama dengan DAP. Jika dilanjutkan lagi tentang kafir harbi, halal darahnya ditumpahkan. Apa maksud segala perkembangan panas ini? Ia adalah untuk mematikan isu orang Umno minta hudud dilaksanakan dan ada ulama makan gaji dengannya minta Umno ada sayap ulama. Apabila semuanya gamat dengan apa yang dikatakan polemik hudud antara PAS dan DAP, maka isu hudud yang dibawa PAS terus hidup menjadi perbincangan semua pihak. Cadangan Adun Johor itu tenggelam dan mati. Maka Umno tidak sibuk lagi dengan hudud yang dikatakan hudud sebenar itu. Yang timbul di tengah masyarakat ssekarang, yang benar-benar memperjuangkan hudud itu adalah PAS. Walaupun sekiranya Umno pula mati selepas PRU 13 nanti, tidak pula mudah bagi PAS melaksanakan hudud itu serta merta, kerana ia memerlukan kerelaan DAP dulu, tetapi isu tidak mati. Mungkin PAS akan mengambil masa 20 tahun atau 30 tahun sebelum DAP mempersetujui ia boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja, tetapi dakwah atas hudud itu akan berjalan. Mungkin Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mati dulu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga mati dulu, isu hudud belum selesai, tetapi tidak boleh orang PAS yang kemudiannya berputus asa atas pelaksanaan itu. Dalam suasana kedua-dua parti itu berbeza pandangan atas isu itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memahami mengapa DAP bersikap begitu dan Lim Kit Siang dan Karpal juga memahami mengapa PAS konsisten dengan pendiriannya. Dengan satu perkara yang mereka tidak setuju tidak menghalang mereka untuk bersetuju dalam banyak pekara lain. Sehingga ini Karpal dan DAP tidak melarang PAS terus berdakwah tentang hudud dan mahu melaksanakan hudud. Paling menarik dalam perkembangan yanag terbaru Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP membuka pintu muzakarah dengan PAS tentang hudud. Semua ini adalah perkembangan antara orang muda DAP dan orang muda PAS. Kedua-dua akan hidup lama lagi dan mereka ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa Malaysia menuju ambang keadilan, merdeka dan sejahtera. Hudud yang dibawa PAS tetap hidup tetapi yang mati hudud yang dicadangkan oleh Adun Umno. | ||
Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella Posted: 16 Aug 2012 09:23 PM PDT
KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRK) telah menerima permohonan maaf secara rasmi dari penulis buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat" yang dikatakan mengandungi beberapa fakta yang salah dan telah menyebabkan reputasi Ladang Rakyat terjejas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPLRK, Dr. Nazmi Ghazali Azmi, permohonan maaf yang dipohon oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdifella) dan syarikat penerbit buku tersebut Wadah Bakat Sdn Bhd itu membuktikan segala unsur-unsur negatif yang cuba dibawa oleh penulis buku tersebut telah berjaya disekat dari disebarkan kepada masyarakat secara meluas. (Gambar: Dr Nazmi menunjukkan surat permohonan maaf yang diterima daripada Kickdefella.) "Alhamdulillah setakat ini kita telah berjaya mengesan pengedaran buku tersebut dan Syed Azidi telah berjanji untuk berusaha menyekat pengedaran buku itu, kita difahamkan buku itu ditulis oleh beliau untuk disebarkan pada perhimpunan agung Umno dulu. " Ladang Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan maaf yang dibuat di mahkamah pada 12. Ogos lalu dari Syed Azidi atau Kickdefella itu telah dapat mengangkat kembali reputasi Ladang Rakyat dan saya juga menyeru orang ramai yang memiliki buku itu agar tidak mempercayai isi kandungannya," ujar beliau lagi. Nazmi juga berkata Syed Azidi juga telah menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dalam buku tersebut dan menyesali terhadap kekeliruan apa yang ditulis dalam buku itu. | ||
Trafik situasi pagi: Aliran trafik mula bergerak perlahan di beberapa lebuh raya Posted: 16 Aug 2012 09:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan semakin banyak kenderaan meninggalkan ibu negara untuk ke destinasi sempena sambutan Aidilfitri. Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menghala ke utara antaranya dari Slim River menuju ke Sungkai, dari Tapah menuju ke Gopeng dan dari Seberang Jaya menuju ke Bayan Lepas. Aliran trafik turut perlahan disebabkan berlakunya kemalangan kecil di kilometer 252.7 dari Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, katanya. Aliran trafik menuju ke arah selatan masih lancar walaupun menunjukkan pertambahan kenderaan, katanya. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menuju ke Pantai Timur seperti dari plaza tol Gombak menuju ke Karak dan dari susur keluar Genting Sempah menuju ke Karak. Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutamanya di Lebuhraya Damansara-Puchong dari Bandar Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan. "Secara keseluruhan trafik pada waktu pagi masih terkawal," kata jurucakap itu. Beliau berkata LLM menjangkakan trafik akan mula sesak selepas waktu solat Jumaat disebabkan orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota menuju ke kampung halaman masing-masing. - Bernama | ||
Soi Lek: MCA tidak akan 'campur' debat hudud Umno dan Pas Posted: 16 Aug 2012 09:16 PM PDT KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berpendirian tidak akan terlibat dengan debat antara Umno dan Pas berhubung pelaksanaan hudud di negara ini. Tegasnya, hudud yang dilaksanakan oleh Pas, adalah hudud Pas dan beliau tidak akan terlibat dengan debat mengenai 'hudud Umno' dan 'hudud Pas'. "Saya tidak akan bercakap sesuatu yang saya tidak faham, itu adalah perkara yang tidak adil," katanya. Beliau juga yakin, di sudut Barisan Nasional, hudud tidak akan dilaksanakan berdasarkan kenyataan jelas Perdana Menteri sebelum ini. "Kita yakin hudud tidak akan dilaksanakan. Kita hanya tidak yakin Pas dan Pakatan Rakyat," katanya. Menurut Soi Lek, dalam forum yang diadakan baru-baru ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya , beliau difahamkan, Umno tidak akan laksanakan hudud. "MCA difahamkan dengan penjelasan lebih jelas bahawa Umno tidak akan laksanakan hudud," katanya. Soi Lek berkata, MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kerana khuatir ia tidak adil kepada orang bukan Islam. Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan. "Walaupun, mereka katakan, orang bukan Islam tidak terlibat apabila dilaksanakan hudud, apakah bentuk hukuman sekiranya berlaku jenayah yang dilakukan kumpulan atau pasangan orang bukan Islam dengan orang Islam ? "Bagaimana sekiranya berlaku kejadian rogol oleh lelaki Islam terhadap wanita bukan Islam. Apa hukuman yang akan dilaksanakan? katanya kepada Sinar Harian Menurutnya, adakah rakyat boleh hidup dalam situasi sebegini, kerana setiap hari ia akan berterusan menjadi isu. Katanya, adalah tidak benar, apabila Pas katakan hudud yang akan dilaksanakan mereka, tiada kaitan dengan orang bukan Islam. "Sekiranya negara ini mengamalkan hudud Pas, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas, usaha menarik pelaburan luar akan menurun dan akan memberi kesan kepada semua orang, bukan sahaja Islam kerana dari segi hukuman hudud itu, ditakrifkan sebagai melanggar hak asasi manusia," katanya. Menurutnya, isu hudud ini bukan dimainkan oleh mana-mana pihak kerana pemimpin Pas sering mengatakan itu adalah perjuangan mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan mereka. (Ayat ini pun mengelirukan) "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan bahawa, hudud adalah tanggungjawab agama yang ditunaikan bukannya agenda politik. "Bagaimanapun, orang bukan Islam agak terganggu apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat, negara dan orang bukan Islam sekiranya dilaksanakan," katanya. | ||
Ilmu sedia perjelas hukum Islam, hudud Posted: 16 Aug 2012 09:14 PM PDT SHAH ALAM - Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) mempersoalkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang risau berlaku ketidakadilan kepada bukan Islam sekiranya hukum hudud dijalankan. Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya Soi Lek tidak yakin dengan pelaksanaan hudud, beliau bersedia untuk membantu beri penjelasan. "Malah, saya juga sedia dijemput untuk menerangkan hukum Islam dan hudud kepada pemimpin bukan Islam yang lain seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. "Mereka perlu faham hudud bukan isu politik dan biarkan ia keluar dari kepompong politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, jika bukan Islam tidak menerima hudud, mereka perlu buat analisa terlebih dahulu dan alasan penolakan hukum itu. Beliau menegaskan, pihaknya telah memberikan penjelasan secara berterusan mengenai perkara tersebut malah, pernah berdiskusi bersama Soi Lek tahun lalu. "Saya pernah membincangkan perkara ini dengan Soi Lek dan mendapati beliau melakukan analisa awal sebelum berdebat. "Namun, analisa itu tidak mencukupi kerana tidak secara terperinci sebaliknya ia perlu diperjelaskan ke peringkat seterusnya, " katanya. Fathul Bari berkata, sekiranya kita boleh menerima demokrasi dari Yahudi, mengapa hudud ditolak sedangkan ia hukum Islam. | ||
Kerajaan Negeri Ikrar Pertahankan Kadar Air Rendah Buat Rakyat Selangor Posted: 16 Aug 2012 05:21 PM PDT SHAH ALAM: Penstrukturan semula industri air di Selangor akan memastikan bahawa rakyat akan mendapat harga air yang tidak mahal berbanding dengan situasi sekarang di mana ia diuruskan syarikat konsensi. Sekiranya penstrukturan semula tidak dapat dijayakan oleh kerajaan negeri, pengguna Selangor akan berhadapan dengan kenaikan harga air lebih 12 peratus. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menaikan tarif air melebihi 12 peratus sekiranya Kerajaan Negeri gagal mengambilalih operasi syarikat itu. Kerajaan Negeri sedang berusaha mengambil alih operasi Syabas, yang mengurus bekalan air terawat Selangor, yang merupakan sebahagian dari proses penstrukturan semula industri air. Proses penstrukturan semula bertujuan memastikan bahawa air terawat dapat dibekalkan ke seluruh Selangor pada harga yang munasabah. Bagaimanapun menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan membawa isu ini ke peringkat timbangtara antarabangsa sekiranya menemui jalan buntu. "Saya tidak akan tawarkan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi, begitu juga kerajaan persekutuan kalau mereka juga mengutamakan kepentingan rakyat tentu mereka tidak menyebelahi Tan Sri Rozali (Ismail). "Saya akan memastikan pulangan kepada rakyat akan menjadi keutamaan kerajaan negeri," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Selain itu, Abdul Khalid turut menempelak Rozali, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Syabas, kerana enggan berundur walaupun gagal menjalankan tanggungjawab dengan berkesan dalam syarikat konsesi itu. "Beliau patut berhenti dari Syabas, sebab dah pun dapat ganjaran dari Syabas dan beliau tidak terlibat atau tidak hadir dalam banyak usaha menyelesaikan masalah jika ada krisis air di Selangor. "Bayangkan Kerajaan Negeri sendiri telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri berbincang setiap hari dengan Syabas, tetapi malangnya Pengerusi Syabas tak ada nak jalankan tanggungjawabnya sendiri," ujar Abdul Khalid. Beliau turut menggesa agar kerajaan pusat agar menyebelahi rakyat Selangor berbanding Rozali dalam isu penstrukturan air di Selangor. "Saya nak mintak Kerajaan Persekutuan, negeri dah buat keputusan kita tak nak lagi Rozali sebagai dalang usaha operasi air di Negeri Selangor. "Samada dibayar atau tidak, dia dah tak boleh lagi sebab sumbangan dia tak menguntungkan rakyat Selangor." | ||
Rais Yatim Masih Berusaha Selamatkan SEKSYEN 114A Posted: 16 Aug 2012 05:18 PM PDT KELAB GREENBOC Seksyen 114A: K'jaan sedang teliti, tiada cadangan pinda Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan perdana menteri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet. Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara. Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam. Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di Putrajaya. Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. - Bernama 114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru" Ulasan GB Apa yang jelas dari laporan BERNAMA di atas, Rais Yatim masih cuba untuk "menyelamatkan" Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dikritik hebat oleh rakyat dengan memberikan penafsiran beliau sediri terhadap "tweet" Najib. Rais memang sudah diketahui memusuhi warga siber, seorang yang begitu ketinggalan di bidang ICT tetapi menjadi menteri penerangan dan komunikasi. Beliau mengharapkan sangat seksyen 114A dapat dikuatkuasakan kerana ada beberapa kes yang melibatkan beliau sendiri sebagai plaintif terutama di dalam kes rogol amah bagi menekan defenden dan warga siber yang lain untuk tidak menyebarluaskan lagi apa yang beliau dakwa sebagai "fitnah" itu. | ||
Ambiga tuntut penjelasan arahan bercanggah semasa perhimpunan Bersih Posted: 16 Aug 2012 05:12 PM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendesak ketua polis negara (KPN) dan menteri dalam negeri untuk menjelaskan mengapa terdapat dua set arahan yang berbeza diberikan kepada polis sehingga menyebabkan huru-hara semasa menyuraikan perhimpunan gabungan tersebut pada 28 April 2012 bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil. "Kelihatan seperti ada dua set arahan diberikan kepada polis," kata Ambiga dengan menambah bahawa arahan asal adalah untuk melayan peserta perhimpunan dengan baik. "Terdapat set arahan kedua untuk menembak gas pemedih mata. Ia menyebabkan peserta perhimpunan tersebut dalam ketakutan. Kami tidak faham mengapa ini berlaku." Ambiga berkata demikian kepada pemberita ketika membentangkan memorandum Bersih dan laporan kepada Suhakam yang dipengerusikan oleh Naib Pengerusinya, Datuk Dr Lake Tee Khaw, yang sedang menyiasat tuduhan bahawa polis menggunakan kekerasan yang tidak wajar untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Ambiga berkata Bersih ingin tahu siapa yang memberi arahan kepada polis dan apa perintah yang telah diberikan. Beliau menekankan bahawa panel Suhakam perlu memanggil KPN dan menteri dalam negeri menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) untuk mendapatkan gambaran lengkap. "Saya pasti mereka akan bersedia untuk datang," kata peguam-aktivis terkemuka itu. Beliau berkata bahawa panel Suhakam mempunyai kuasa untuk mendesak saksi-saksi bagi memberi keterangan. Semalam Khaw memberitahu pemberita bahawa Suhakam telah menghantar surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), meminta pegawai bertugas pada 28 April untuk tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan mengenai perhimpunan Bersih kepada panel. Panel juga akan melihat kepada dakwaan dari Persatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bahawa sebelum perhimpunan tersebut, terdapat satu taklimat yang diberikan kepada pengamal media oleh pihak polis. Beliau juga berkata panel itu akan mendengar dari penganjur Bersih dan melawat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat dengan lebih dekat benteng kawat berduri yang didakwa digunakan semasa perhimpunan tersebut. Siasatan inkuiri bersambung pada 10 September. | ||
Nasha kecewa tak dapat jawatan, kata Khalid Samad Posted: 16 Aug 2012 05:07 PM PDT SHAH ALAM— Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan Nasharuddin Mat Isa berhubung PAS perlu keluar Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat parti Islam itu bergabung dengan Umno. Menurut Khalid, bekas timbalan presiden PAS itu berkemungkinan mengharapkan impak yang besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya. "Nasharuddin ini mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat menjawat jawatan tinggi, mungkin jawatan di Kabinet," kata Khalid. Tambah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu lagi, kenyataan Nasharuddin itu dilihat berkisar berkenaan hudud, dan beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini. "Dia kata PAS perlu keluar PR kerana DAP tak terima hudud, adakah Umno menerima hudud?" soal Khalid lagi. "Nasharuddin sengaja menimbulkan isu ... dan mungkin itulah dia lihat (peluang) terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden. "Dan ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan umno walaupun di parlimen," jelas Khalid lagi. Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti komponen PR itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ketika Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu. Nik Aziz juga sebelum ini berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasharuddin bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas, kerana dalam PAS, keputusan itu adalah hak individu. "PAS bukan parti yang akan menentukan nasib sama ada nak pecat, lucut jawatan ahlinya, terpulang kepada mereka sendiri," tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi. Dr Hasan Ali sebelum ini telah dipecat keanggotaan daripada PAS kerana dikatakan mempunyai matlamat yang berbeza dengan perjuangan parti. | ||
Orang tengah punca harga barang persiapan raya melambung di Kuala Lumpur Posted: 16 Aug 2012 05:03 PM PDT KUALA LUMPUR — Harga sewa tapak yang mahal serta tapak sewa dijual dari tangan orang tengah punca barang-barangan persiapan hari raya menjadi mahal. Menurut seorang peniaga yang tidak mahu dikenali, beliau terpaksa membayar sewa tapak untuk berniaga sebanyak RM30,000 untuk perniagaan di Masjid India sepanjang bulan Ramadhan ini. "Walaupun orang ramai berpusu-pusu datang untuk membeli baju kurung dan baju Melayu, tetapi saya masih tidak pulang modal. "Saya mengambil risiko untuk mengambil pinjaman yang tinggi untuk sewa tapak, selain dari kenaikan harga kos kerana harga material yang semakin meningkat. "Kenaikan harga material serta sewa mahal punca saya terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi," kata peniaga baju tradisional Melayu tersebut. Menurut tinjauan baju Melayu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India berharga dari RM100 hingga ke RM150 sepasang, sementara kebaya moden sehingga RM200 sepasang. Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, harga di sini memang mahal kerana tempat sebegini menjadi tumpuan orang ramai ketika menjelang hari lebaran. "Disebabkan orang ramai bertumpu ke sini sejak dahulu, sebab itu para peniaga berebut-rebut untuk mendapatkan tapak di sini," katanya lagi. "Memang kalau saya perhatikan di sini, harganya agak mahal, tapi kalau nak bandingkan dengan dijual di kedai-kedai besar, mereka mampu jual lebih murah lagi kerana mereka ada stok yang banyak untuk dijual. "Lagipun mereka mempunyai modal yang besar, sebab itu mereka dapat menjual dengan lebih murah," kata Siti lagi. Pengunjung yang ditemui juga berkata lebih ramai lagi menunggu pada malam sebelum hari raya untuk membeli belah kerana harga menjadi lebih rendah kerana peniaga mahu menghabiskan stok. Menurut pengunjung yang dikenali sebagai Shahir, 24 tahun berkata, harga barangan seperti baju Melayu, baju kurung, butang baju, kain songket dan sebagainya akan turun harga dengan begitu rendah, menyebabkan lebih ramai orang berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India pada saat-saat akhir. "Pada masa itu, harga runtuh menyebabkan lebih ramai yang menunggu pada malam itu. "Barangan pada masa itu akan dijual dengan harga lelong," kata Shahir lagi. Menurut Shahir, semakin ramai penduduk di Kuala Lumpur tidak pulang ke kampung menyebabkan dari tahun ke tahun pembelian pada malam hari raya semakin menjadi popular. "Ia sudah jadi tradisi di kalangan mereka yang beraya di ibu kota dan tidak pulang ke kampung halaman (untuk membeli belah pada malam hari raya)," kata Shahir lagi. Sementara itu, peniaga kuih tradisional Melayu yang dikenali sebagai Liza berkata, kebanyakan dari perniagaan di sini sudah mula diambil alih oleh peniaga asing. "Saya hairan kenapa orang Myanmar, orang Indonesia atau orang dari Bangladesh menjual barang-barangan orang Melayu?" "Dengan sewa tapak yang mahal, bagaimana mereka ini mampu menyewa tapak di kawasan ini? Bagaimana mereka dapat wang? Tak mungkin dari bank kerana kebanyakan dari mereka tidak ada dokumen yang sah. "Jika pendatang tanpa izin ini meminjam dari ah long, bagaimana nasib mereka sekiranya mereka tak mampu untuk membayar?" kata Liza yang ditemui di Masjid India hari ini. Kebanjiran warga asing di kawasan perniagaan ini sememangnya merisaukan peniaga Melayu seperti Liza. "Saya berharap pihak DBKL dapat memantau perkara ini supaya nasib peniaga Melayu seperti saya terbela." "Setiap tahun asyik komplen (mengadu) perkara yang sama tapi masih tidak ada yang berubah," kata Liza lagi. | ||
Malaysia mungkin mengalami ekonomi dwi-kelajuan, kata penganalisis Posted: 16 Aug 2012 04:53 PM PDT KUALA LUMPUR - Menghairankan suku kedua kukuh bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun eksport yang lemah sebahagian besarnya disebabkan kepada penimbal projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian wang tunai dari kerajaan, kata pakar ekonomi, boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang. Prestasi baik Produk Dalam Negera Kasar (KDNK) iaitu pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus berbanding ekonomi didorong oleh faktor luaran seperti Singapura yang meningkat hanya pada1.9 peratus pada suku kedua kerana ketidaktentuan global terus menekan permintaan dalam ekonomi Barat. Manakala pertumbuhan permintaan domestik di negara ini dipercepatkan kepada 13.8 peratus pada suku kedua daripada 9.7 peratus pada suku pertama, eksport bersih merosot sebanyak 36.2 peratus dalam tempoh yang sama. "Ekonomi menunjukkan trend mencapah antara domestik dan sektor luar, "kata ketua ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias. Beliau menyatakan bahawa petunjuk utama untuk sektor pembuatan adalah "tidak baik", merupakan satu tanda cerita bahawa pengeluar tidak mempertingkatkan pengeluaran. Suhaimi berkata walaupun kerajaan mahu mengimbangkan semula ekonomi menjadi lebih dipacu oleh pertumbuhan domestik, masih penting untuk menjaga dan memanfaatkan peluang pertumbuhan di luar negara. "Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada regionalisasi dan globalisasi," katanya. "Terdapat satu kelebihan untuk menjaga pintu terbuka dan kita boleh memiliki kebaikan kedua-dua dunia." Pakar ekonomi itu menambah bahawa sama ada Malaysia telah Berjaya melompat kepada ekonomi yang didorong oleh domestik juga bergantung kepada sama ada ia boleh mencapai cita-cita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Ketua ekonomi RAM Ratings,Yeah Kim Leng berkata pertumbuhan penggunaan domestik boleh terus asalkan tidak ada kejutan besar kepada pasaran pekerjaan atau apa-apa pembetulan mendadak harga aset yang cenderung untuk membawa kesan kekayaan dan menggalakkan perbelanjaan. "Pengguna kami akan terus berbelanja walaupun sentimen pengguna telah meningkat lebih rendah," katanya. Citi Research berkata dalam satu laporan bahawa sokongan padu yang diberikan oleh permintaan dalam negeri, disokong oleh aktiviti-aktiviti di kedua-dua sektor awam dan swasta telah memastikan pertumbuhan yang lebih tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar. "Arah aliran ini dijangka dapat dikekalkan pada masa hadapan, walaupun risiko yang berpunca daripada perkembangan luaran kekal," kata Citi. Sementara UOB menaik taraf ramalan bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia ke lima peratus daripada 4.3 peratus terima kasih kepada prestasi "luar biasa" suku kedua. "Bagaimanapun, risiko kelemahan global yang berterusan pada 2013 dan kesan asas yang tinggi melemahkan kadar pertumbuhan tahun depan," kata UOB dalam satu laporan. Kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 13 peratus pada Mac lepas yang memberi kesan kepada kira-kira 1.4 juta pekerja sektor awam. Kos sara hidup bulanan juga meningkat sebanyak RM50. Beberapa projek pembinaan yang besar juga sedang giat dijalankan termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak bernilai RM4.6 bilion, Jambatan Pulau Pinang kedua bernilai RM4.5 bilion, projek penyambungan LRT, RM7.7 bilion dan loji janakuasa Janamanjung bernilai RM5 bilion. Lebih banyak projek mega berada di peringkat awal mereka yang boleh meningkatkan lagi sektor pembinaan pada bulan-bulan akan datang termasuk MRT Lembah Klang baru dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM20 bilion, kereta api kelajuan tinggi yang dicadangkan pautan ke Singapura dan RAPID kompleks petrokimia di selatan Johor yang diterajui oleh Petronas bernilai RM60 bilion. | ||
Saya tidak gesa keluar parti - Nik Aziz Posted: 16 Aug 2012 04:50 PM PDT
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam. Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu. "Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat. "Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini. Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'. Berikut adalah kenyataan yang dihantar oleh Setiausaha Akhbar beliau, Fadli Shaari kepada Harakahdaily. "Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu. Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...." | ||
Enakmen p'raya tempatan PP sudah diwarta Posted: 16 Aug 2012 04:48 PM PDT Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa enakmen berhubung pilihan raya tempatan negeri itu telah diwartakan pada 5 Julai lalu. Ahli majis Chow Kon Yeow berkata, beliau sudah menerima salinan pencetak enakmen itu hari ini. Chow, yang juga ketua DAP negeri, berkata, enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 Mei itu kini "sudah menjadi undang-undang". "Enakmen itu kini menjadi undang-undang walaupun tarikh pelaksanaan pilihan raya tempatan belum diumumkan," katanya dalam sidang media hari ini. Ini bermaksud, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan mengadakan pilihan raya tempatan, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama menjalankan proses yang tidak lagi dilaksanakan sejak 1969 itu. | ||
Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok Posted: 16 Aug 2012 04:41 PM PDT MSO Kedudukan kerusi parlimen Bachok masih menjadi teka teki apakah ianya akan ditandingi oleh Pas atau PKR. Persoalan ini timbul apabila PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok. Bachok adalah kerusi Pas. Katanya PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan Pas negeri menjelang puasa lalu yang mengusulkan perkara itu. Tetapi sampai sekarang ini surat cadangan itu belum mendapat apa-apa tindak balas dari Pas.
Cadangan itu adalah dalam menyelesaikan masalah PKR Kelantan. Kedudukan kerusi Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution Ismail tidak begitu selesa. Perkara ini jelas kalau Machang selesa atau tidak hadapi apa-apa masalah tidak mungkin akan timbul idea berkenaan. Tindakan itu wajar untuk mencari kemenangan. Tidak ada guna PKR bermegah dengan memiliki (bertanding di banyak kerusi) tetapi kalah. Lebih baik PKR menumpukan kepada kerusi atau kawasan yang boleh menang walaupun bertanding hanya satu dua kerusi sahaja. Yang penting dalam soal ini ialah kemenangan. Mengenai Machang ada juga alasan lain mengatakan PKR tidak mampu bertahan apabila wakil rakyat kini Saifuddin akan dibawa bertanding di Kedah. Kalau bukan Saifuddin sukar untuk PKR menang di situ. Masalah dihadapi PKR di Machang ialah parti itu tidak ada calon yang boleh mengganti Saifuddin. Masalah lain katanya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada PKR? Sebagai penyelesaian atau mengatasi masalah maka kawasan baru sebagai ganti dicari. Kawasan itu ialah Bachok. Bagi PKR mereka ada alasan sendiri kenapa memilih Bachok bukan kawasan lain. Kononnya di situ PKR ada calonnya yang juga mampu untuk berdepan dengan Awang Adek Husein. Orang itu ialah bekas ketua pemuda Umno Bachok di zaman Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua, iaitu Zaiyadi Awang Noh. Memang Zaiyadi layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek memandang beliau mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Tetapi masalahnya yang menjadi persoalan Zaiyadi bukan ahli PKR. Apabila cadangan untuk meletakkan Zaiyadi yang masih belum menjadi ahli PKR dan masih Umno maka banyaklah protes dan suara-suara yang kurang sedap diperkatakan termasuk pemilihan Zaiyadi itu berdasarkan kroni? Kalau benar Zaiyadi bersedia untuk jadi calon di situ kesilapannya beliau ialah kerana tidak sedia mengambil risiko meninggalkan Umno awal-awal. Semasa majlis berbuka puasa dengan para pemimpin Pas di Shah Alam dua minggu lepas saya ada merisik perkara ini - cadangan PKR itu, kepada beberapa orang pimpinan Pas Bachok termasuk Yang Dipertuanya sendiri Omar Mohammad. Menurutnya Omar tidak timbul soal Bahcok hendak ditukar ganti dengan Machang. Setakat ini katanya tidak ada perbincangan apa-apa. Walaupun Adun Perupok itu ada mendengar desas desus itu tetapi belum ada kata putus dan Pas kawasan Bachok sendiri tidak membincangkannya. Begitu juga bila dirisik dengan bekas wakil rakyat Bachok Wan Nik Wan Yusuf yang juga pengarah pilihan raya Pas Kelantan, menurutnya perkara itu tidak timbul. "Tidak ada," katanya sambil menggeleng kepala tiga kali. Cadangan PKR itu juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemuda Pas Bachok kerana mereka juga ada calon untuk diletakkan di kerusi parlimen itu. Ketuanya Marzub Shaari dikatakan berkelayakan untuk diletak berdepan dengan Awang Adek. Sudah pasti apabila pemuda menayangkan calonnya, formula pertukaran itu tidak mendapat sokongan semua pihak. Sementara itu di dalam membicarakan siapa atau parti mana akan berhadapan dengan Awang Adek timbul satu nama lain yang dikira sepadan kalau diadukan dengan Awang Adek. Sosok itu ialah Ariffin Mahmood atau lebih dikenali dengan Ariffin Atira. Beliau seorang pemaju pembangunan yang berjaya di Kelantan dan banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada Pas secara tersembunyi. Mungkin nama Ariffin ditonjol kerana latar belakang dan kejayaan dalam bidang pembangunan serta pengalamannya yang agak luas dalam aspek ekonomi. Walaupun dia bukan anak Bachok tetapi kalau Pas mahukan seorang yang setanding dengan Awang Adek dalam aspek profesional Ariffin dikira layak. Kelulusan dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar dimilikinya juga memungkin kenapa beliau cuba ditonjolkan untuk berdepan dengan Awang Adek. Tetapi saya kira penjualan nama Ariffin ini sebagai test merket saja. Bagaimana pun nama ini boleh diambil kira oleh Pas Bachok dan juga Pas Kelantan sendiri sekiranya Pas Bachok merasakan beberapa nama yang disenaraikan tidak berapa 'rak' (berdaya) nuntuk berdepan dengan Awang Adek. Beliau juga dilihat sebagai sangat berminat untuk memperhambakan diri dalam politik. Di sudut lain Ariffin juga dikatakan mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi berdepan dengan timbalan menteri kewangan itu? Dan keistimewaan lain yang ada kepadanya, Ariffin boleh bukan saja menyumbang harta benda tetapi buah fikirannya terutama mengenai pembangunan ekonomi untuk Kelantan | ||
Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya Posted: 16 Aug 2012 04:36 PM PDT
PERMATANG PAUH: Seramai 260 orang Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati sempena Hari Raya Aidil Fitri dari pimpinan kerajaan negeri. Majlis penyerahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang, Bukit Mertajam disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1. Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Saleh Man. Selain mereka turut menyumbangkan hamper, beras dan wang ringgit ialah Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malek Kasim. Selain guru SAR, majlis semalam turut meraikan golongan miskin dengan pemberian hamper dan beras serta wang ringgit. Rata-rata guru yang dtemui merasai syukur kerana adanya bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka. Saleh Man berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa guru-guru SAR dan berharap agar mereka meneruskan usaha mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang bertaqwa sekaligus menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang di mas depan. "Sumbangan ini sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas usaha mereka yang tidak jemu mendidik anak bangsa. | ||
Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik Posted: 16 Aug 2012 04:34 PM PDT
SHAH ALAM: PAS Selangor bertegas bahawa Umno sudah tidak bopleh dijadikan tempat bergantung umat Islam yang cintakan kepada agamanya. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Umno sepatutnya sebagai sebuah parti pemerintah harus membuat penjelasan secara konsisten tentang Islam agar difahami oleh semua termasuk bukan Islam. Namun malangnya, Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi. "Tindakan Umno yang berdiam diri setelah fatwa 'kafir harbi' menunjukan mereka tidak serius untuk memartabatkan Islam, melainkan untuk politik mereka sahaja," jelasnya pada sidang media di Pejabat PAS di sini. Timbalan Persuruhjaya PAS II Selangor, Sallehen Mukhyi pula berkata, agama digunakan Umno hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja termasuk mengexploitasi ahli agama mengeluarkan fatwa-fatwa yang jeles meleset. "PAS Negeri berpendapat bahawa amatlah perlu umat Islam kembali kepada asas-asas agama Islam termasuk dalam persoalan politik. "ini penting untuk mengatasi kekeliruan yang dihasilkan oleh golongan yang ingin memutar belitkan ajaran Islam demi kepentingan politik mereka," katanya. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abd Samad memberitahu istilah kafir harbi merupakan istilah yang cukup bahaya kerana ia seperti menghalalkan darah golongan yang digelar itu. "Umno sendiri sentiasa mengapi-apikan rakyat negara ini dengan fahaman perkauman yang menebal serta bercanggah dengan ajaran Islam yang meminta keharmonian kaum itu perlu diutamakan. "Tindakan seperti ini menimbulkan kekeliruan kepada seluruh rakyat serta kegagalan Umno menaikkan syariat Islam di negara ini," jelas Khalid. | ||
Pelajar agama aktif aktiviti masyarakat - BSM Posted: 16 Aug 2012 04:31 PM PDT
BACHOK: Lebih 40 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mempunyai Persatuan Bulan Sabit Merah (BSM) dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Keaktifan dan penyertaan yang begitu menggalakkan pelajar-pelajar sekolah agama menyebabkan BSM menubuh Cabang Yik yang dipengerusikan Nazari Mohd Noor. Nazari yang juga seorang pegawai di Yik berkata, mengambil kira peranan aktif sekolah agama menyebabkan tahun ini BSM Kebangsaan dan BSM Kelantan menganjurkan program khidmat sosial dan berbuka puasa di Maahad Amir Indra Petra. "Pemilihan Maahad Amir Indra Petra dibuat selepas mengambil kira kesungguhan pelajar sekolah berkenaan menyertai badan berpakaian seragam Bulan Sabit Merah," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan baru-baru ini. Turut diraikan di majlis terbabit ibu bapa pelajar. Hadir sama Setiausaha Agung BSM Kebangsaan, Datuk Nordin Razak, Pengerusi BSM Kelantan, Wan Ali Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi, Dr Seri Buana Zainuddin dan Naib Pengerusi, Tuan Ghazali Tuan Long. Nazari juga berkata, sekolah Yik menjadi juara pada perkhemahan perdana peringkat negeri baru-baru ini. Seorang peserta lelaki juga dipilih sebagai peserta terbaik. Sementara itu Nordin berkata, program khidmat sosial BSM merupakan aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan. "Pemilihan sekolah Yayasan Islam Kelantan merupakan satu penghormatan yang tinggi dan ia juga selari dengan penubuhan BSM Cabang YIK," ujarnya di majlis berkenaan. Sempena program tersebut seramai 50 pelajar miskin menerima sumbangan kewangan yang didermakan tokoh-tokoh korporat dan bantuan zakat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan