Ahad, 12 Ogos 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apabila Umno Sudah Nak mati, Kenyataan Begini Mesti keluar

Posted: 12 Aug 2012 07:42 AM PDT

Khairy mahu akta antilompat parti digubal

KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai Pas malam semalam, Khairy berkata, ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang propembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak.

"Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini.

Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.

Beliau berkata, seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.

Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya. - Bernama

Umno tidak guna agama untuk politik, kata Shafie

Posted: 12 Aug 2012 07:41 AM PDT

KOTA BELUD - Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata, parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, hari ini.

Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.

Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. - Bernama

Coretan Ds Anwar Di Sabah Melalui Facebook Beliau

Posted: 12 Aug 2012 02:24 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/391563_10151005051916840_161132256_n.jpg

Anwar Ibrahim

Konvoi kami dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu melalui jalan pedalaman. Sudah dua jam dlm kenderaan.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/580068_10151005150361840_2003824713_n.jpg

Anwar Ibrahim

Tiba di Kota Marudu. Kini bersama dgn Senator Dato' Maijul Mahap di kediaman beliau di Kg. Kokobuan. Ini kalilah!

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/215683_10151005173316840_274830258_n.jpg

Anwar Ibrahim

Ini kalilah! — di Kota Marudu.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/391503_10151005156586840_8394003_n.jpg

Anwar Ibrahim

Bersama Senator Maijul dan pimpinan KEADILAN Sabah. Ini kalilah!

Soalan Abby Abadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Nakal Ustaz!

Posted: 11 Aug 2012 11:18 PM PDT


Santai Anak Muda Bersama Selebriti bersama Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus.

Tarikh: 11 Ogos 2012
Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Waktu: 10.00-12.00 malam

Hadow! Hensem Molek TG Nik Aziz Pagi Ni

Posted: 11 Aug 2012 10:36 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/283848_10150838433994567_1855740244_n.jpg

Ahmad Fadhli Bin Shaari

YAB Tuan Guru memulakan tugas hari ini dengan menandatangani beberapa dokumen.... Salam hijau!

Bila Orang Cerdik Dengan Orang Bodoh Bercakap Mengenai Agama

Posted: 11 Aug 2012 10:27 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/388051_256379624478959_1588723465_n.jpg

Panas! Seorang Lagi MP Senator BN Akan Keluar Parti?

Posted: 11 Aug 2012 08:51 PM PDT

Senator BN dijangka berpaling tadah

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.

Tiada ulasan: