Ahad, 5 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari SYABAS

Posted: 05 Aug 2012 12:31 AM PDT



KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal "mengambil alih semula" 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk 'mengambil alih semula' aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya," kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

"Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu, baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat," tambahnya.

Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2.

"Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan.

"Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk 'campurtangan' dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem 'Federalisme' yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,"
tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, "hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri".

"Rakyat akan melihat bahawa sebarang 'pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan' akan dianggap 'menceroboh dan menakluki' hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan.

"Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri,
" tegasnya lagi.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah "direka" untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air.

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "mencurigakan".

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Royalti: Ada Asas Untuk Kelantan Ragui Janji Najib

Posted: 04 Aug 2012 11:04 PM PDT

Kota Bharu - Kerajaan Kelantan masih ragu-ragu dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji pembayaran royalti atau bayaran tunai petroleum yang dituntut mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuntutan itu ia dilihat masih samar-samar kerana ia sebenarnya akan ditentukan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Beliau yang baru tiba dari Makkah semalam ketika memberitahu Sinar Harian turut menyifatkan, tindakan tersebut hanya langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan.

"Adakah Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai 'jambatan' untuk menyeberangi pilihan raya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

"Jelas dari inti pati kenyataan Najib berkenaan, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan kepada rakyat Kelantan," katanya semalam.

Husam berkata, sekarang bulan Ogos, jika pilihan raya diadakan dalam tempoh sebelum jawatankuasa itu membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi mereka, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.

"Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata. Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri turut mempersoalkan tempoh yang diambil oleh jawatankuasa itu iaitu dalam masa enam bulan.

"Kenapa enam bulan, kenapa tidak tiga bulan, dan kenapa ia diumumkan ketika menjelang pilihan raya dan bukannya sebelum ini?" katanya.

Meskipun mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun Husam berkata, Kerajaan Negeri, tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari prosidingnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada Oktober ini. -SH

Ingat, Najib pernah berbohong

Saya hendak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan umno/BN Terengganu.

Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad Said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.

Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.

Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebalik janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada dana khas persekutuan.

Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran..Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.

Sebab itu projek di Terengganu gila gila. Bayangkan satu jambatan sungai Nerus berharga RM 210 juta. Sebatang jalan Jeram teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter berharga RM 250 juta.

Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.

Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.

Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan "janji ditepati" kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu yang dia akan bayaran wang royalti minyak kepada kerajaan yang dioterajui Ahmad Said.

Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.

Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.

Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.

Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad.
-TKO


Pas senyum respons PM, BN menanti PRU

Kronologi Isu Royalti Minyak Kelantan

ANALISIS - "Hampir 37 tahun kita ditipu, kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya." Demikian entri satu blog yang mengulas perkembangan hari ini.
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.

Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.

Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Rata-rata penganalisis melihat persetujuan Putrajaya untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Kerajaan Negeri Kelantan dengan lebih komprehensif dilihat sebagai satu cara terbaik mengukuhkan perpaduan orang Melayu semakin berpecah selain bertujuan melakukan pembangunan di negeri itu, sekali gus memancing pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, rundingan yang akan dilakukan oleh Najib bersama kerajaan negeri Kelantan bakal membawa perubahan kepada rakyat negeri itu dari segi pembangunan dan sosioekonomi.

Menurutnya, Kelantan yang dilihat sedikit mundur berbanding dengan negeri lain di Malaysia akan lebih membangun sekiranya royalti minyak itu diberi secara betul kepada kerajaan negeri dan rakyat membuka ruang khususnya pengundi atas pagar memilih kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Jika rundingan itu berlaku dan perjanjian dibuat oleh kerajaan pusat dan negeri Kelantan mengenai isu royalti minyak, rakyat akan menerima tempias dalam ekonomi terutamanya pembangunan sekali gus membantu menarik pengundi atas pagar memilih BN.

"Serba sedikit rakyat akan buang perasaan tak senang yang anggap Umno lakukan penganiayaan serta penindasan dilakukan oleh kaum Melayu sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pengumumannya, Nik Abdul Aziz memberitahu bahawa Najib telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan dan cadangan itu turut diterima baik oleh pemimpin Pas yang lain.

Berdasarkan kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr .Jayum Anak Jawan juga sependapat dengan Azizuddin.

Katanya, pemberian royalti minyak yang lebih komprenhensif kepada negeri Kelantan bakal menjana ekonomi negeri serta membantu dalam proses pembangunan.

Katanya, rundingan ini juga akan memberi kesan kepada rakyat Kelantan untuk lebih terbuka dan menerima parti politik yang lain selain Pas di negeri itu.

"Rundingan ini patut diteruskan supaya penerimaan royalti minyak di negeri-negeri pengeluar minyak lebih menerima pulangannya lebih komprehensif.

"Pulangan atau royalti bakal membangunkan ekonomi di Kelantan lantas membawa perubahan tanggapan sebahagian rakyat terhadap BN dan mungkin mereka akan lebih terbuka," katanya.

Prof Datuk Dr Zainal Kling, seorang lagi Ahli Majlis Profesor Negara berkata, rundingan yang bakal dilakukan oleh Presiden Umno itu adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu yang semakin meruncing.

Menurutnya, perundingan antara kedua parti Pas dan Umno bakal membawa perubahan kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam terutama institusi kesultanan yang menjadi liabiliti kaum Melayu untuk terus bersatu.

"Kalau betul rundingan itu akan dilakukan, saya yakin perpaduan kaum Melayu dapat diwujudkan kembali seperti dahulu dimana ada seorang pemimpin yang mengawal semua orang Melayu.

"Ia juga mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak dari segi kedudukan parti dan sokongan rakyat di Malaysia," katanya.

Zainal berkata perkara ini akan memberi sedikit kesan kepada kedudukan Umno di Kelantan yang dilihat rakyatnya lebih menyokong Pas.

Pas Kelantan telah mula membuat tuntutan royalti berdasarkan suratcara 1975 Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Bagaimanapun ia tidak berhasil kerana peruntukan perundangan yang jelas menidakkan hak Kelantan.

Pemblog Kickdefella, yang pernah bertugas dengan Datuk Husam Musa, iaitu pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Kelantan, berkata, walaupun intipati surat Perdana Menter kepada Menteri Besar Kelantan itu masih belum diketahui dengan jelas, namun begitu berdasarkan kegembiraan Nik Aziz, penduduk negeri Kelantan keseluruhannya boleh merasa yakin bahawa kemelut ini akhirnya menampakkan titik penyelesaian.

"Pujian harus diberikan kepada anak-anak muda Kelantan, termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mesra Pas kerana terus menerus menghidupkan isu ini walaupun menerusi kaedah yang kurang sesuai.

"Seperti kata Nik Aziz, 'sedikit sebanyak ini adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar (isu ini) diselesaikan segera'," katanya lagi.

Beliau juga berkata, diharap tidak ada pihak yang akan mengecilkan peranan sesiapa sekalipun di dalam soal ini.

Rata-rata pemimpin dan pengikut Pas khususnya dari Kelantan gembira dengan perkembangan hari ini. Pun begitu, BN khususnya Umno dilihat mengharapkan kegembiraan yang bersandarkan keputusan PRU13 kelak dengan pendirian Putrajaya khususnya pentadbiran Najib.

Bila BN akan gembira agaknya?
-SH


Memang Lembulah! Rafizi Didakwa Penjenayah Masih Bebas

Posted: 04 Aug 2012 08:01 PM PDT

Pelik, Rafizi didakwa penjenayah masih bebas

Pendakwaan Rafizi mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), dan Johari Mohamad mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia merupakan sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, melalui tindakan berani merekalah perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdedah.

Jika tidak, rakyat tidak tahu bahawa RM250 juta dana awam telah digunakan sewenang-wenangnya bagi projek National Feedlot Corporation (NFC), yang membabitkan syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita Umno merangkap senator dan menteri.

Saya sebagai rakyat sebenarnya tertanya-tanya bagaimana jumlah wang yang sebegitu banyak boleh dipinjamkan kepada sebuah syarikat yang masih mentah dalam perniagaan tersebut. Bahkan pinjaman tersebut tidak menyatakan dengan jelas kaedah pembayaran balik.

Berdasarkan kes ini, tidak mustahil kejadian yang seumpamanya berlaku membabitkan menteri Umno-BN lain. Patutlah kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan OSA yang diperkenalkan. Rupa-rupanya akta tersebut dapat melindungi jenayah mereka dalam merompak duit rakyat.

Pada masa yang sama, mereka akan menangkap dan mendakwa mana-mana pihak yang cuba mendedahkan apa-apa maklumat yang dikelaskan sebagai "sulit".

Dalam kes NFC ini, Umno-BN menggunakan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) demi melindungi tindakan tidak bermoral mereka. Rafizi dan Johari sepatutnya diberi ucapan tahniah tetapi akhirnya didakwa kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Sudah hilangkah rasa malu Umno-BN sehingga sanggup merompak wang rakyat? Saya berharap rakyat bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum Malaysia menjadi muflis. -HD

Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
-mk



Fitnah Melampau "TANDA PUTERA" Untuk Semarakkan Api Perkauman

Posted: 04 Aug 2012 07:18 PM PDT

Kit Siang nafi kencing di bendera rumah MB

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.

"Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.

"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.

Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.

Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.

Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.

Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini enggan mengulas perkara itu. -mk

Ulasan GB

Begitu terdesaknya UMNO untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu sehingga sanggup menghasilkan filem yang tidak bermaruah untuk menghina dan mencaci kaum lain.

Inilah perjuangan terlampau UMNO, "assabiyah" namanya, cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan".

Namun yakinlah bahawa usaha mereka itu akan sia-sia. Tuhan tidak sekali-kali akan mengizinkan kebatilan dan kezaliman mengatasi kebenaran dan keadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Marshanda Tetap Berpuasa Sekalipun Hamil

Posted: 04 Aug 2012 04:40 PM PDT

Mula mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen, Ben Kasyafani pada 2 April tahun lalu, penyanyi dan aktres terkenal Indonesia, Marshanda pastinya merasakan kedatangan bulan puasa tahun ini lebih istimewa.

Mana tidaknya, kali kedua beraya dengan memegang status isteri dan kini bakal bergelar ibu tentunya menjadikan pengalaman puasa bintang sinetron ini berbeza.

Buat pertama kalinya, aktres berusia 23 tahun ini menjalani puasa di bulan Ramadan dalam keadaan sedang hamil.

Bersyukur dapat merasai pengalaman tersebut, wanita yang mesra disapa Chacha ini tidak mahu terlepas daripada merebut ganjaran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurutnya, usia kandungannya dua bulan tidak menjadi halangan buatnya meneruskan ibadah puasa.

"Alhamdulillah, sungguhpun hamil namun ia tidak menghalang saya untuk meneruskan ibadah puasa. Tambahan pula, usia kandungan baru sahaja memasuki bulan kedua, jadi saya masih kuat untuk terus berpuasa.

"Lagi pula, puasa di bulan Ramadan merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam. Saya juga ada meminta nasihat doktor mengenainya, dan doktor tidak melarang saya terus berpuasa," katanya yang teruja menjalani ibadah rukun Islam ketiga itu dalam keadaan hamil.

Kawal makan

Mengulas mengenai kehamilannya, bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda ini mengakui sedikit risau melihat tabiat pemakanannya yang kini berubah.

Akui berat badan sedikit bertambah, Chacha menganggap ibadah puasanya ini menjadi salah satu sebab untuk membantunya mengawal makan.

"Kebelakangan ini, nafsu makan saya semakin melonjak berbanding kebiasaan. Baru sahaja hamil dua bulan, berat badan saya sudah naik empat kilogram.

"Jadi, saya rasakan inilah waktu terbaik untuk saya menjaga makan dengan berpuasa. Saya tidak dapat bayangkan jika usia kandungan saya bertambah, entah bagaimana bentuk badan saya nanti," ujarnya.

Meskipun begitu, anak kelahiran Jakarta ini masih lagi menitik beratkan kesihatan kandungan dalam perutnya.

"Jika boleh saya memang berhasrat dapat berpuasa sebulan, tetapi saya tidak mahu tindakan saya nanti memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

"Malah, doktor juga memberitahu supaya makan jika tidak kuat untuk terus berpuasa. Jika larat saya akan teruskan tetapi jika tidak, saya tidak akan paksa badan," katanya yang masih menerima banyak tawaran sepanjang bulan Ramadan.

Suami beri dorongan

Bersyukur dikurniakan suami seperti Ben, wanita yang membuat keputusan mengenakan tudung sejak Ogos 2010 ini berkata, suaminya itu tidak kisah dengan keputusannya untuk berpuasa.

Bagaimanapun, menurut Chacha, Ben masih mengingatkannya supaya menjaga kesihatan kandungannya itu.

"Ben memahami hasrat saya yang cuba menjalankan ibadah puasa. Meskipun begitu, dia menasihati saya supaya mengambil makanan yang secukupnya ketika sahur dan berbuka.

"Dia sering mengingatkan saya supaya memikirkan kandungan memandangkan ini anak sulung kami," katanya yang bertindak mengurangkan aktiviti lakonannya sepanjang tempoh kehamilan.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Chacha berkata, dia tidak menolak jika menerima undangan nyanyian.

"Sejak hamil, saya lebih banyak terima undangan nyanyian tidak kiralah secara langsung ataupun rakaman. Tetapi kini saya mahu kurangkan aktiviti berlakon yang banyak memakan masa ketika penggambaran," ujarnya lagi.

Seperti kebanyakan perempuan hamil yang lain, Chacha juga tidak terkecuali daripada mengidam makanan.

Malah, katanya dia juga lebih malas untuk bergerak dan sering tidur.

"Syukurlah suami begitu memahami dan menurut sahaja kehendak saya. Kadangkala, dia ada juga mengurut badan saya yang kebelakangan ini sering lenguh-lenguh," kata pelakon Benci Bilang Cinta ini. -SH


PROFIL

Nama sebenar: Andriani Marshanda

Nama komersial: Marshanda atau Chacha

Tarikh lahir: 10 Ogos 1989

Tempat lahir: Jakarta, Indonesia

Kerjaya: Pelakon, penyanyi, model, pengacara

Nama suami: Ben Kasyafani


Tiada Paksaan - Pilihan Di Tangan Anda!

Posted: 04 Aug 2012 07:52 AM PDT











BUKANKAH IA CUKUP JELAS DAN CUKUP NYATA?

MAKA PILIHAN KINI DI TANGAN ANDA!


George Kent Hanya Dapat 8.7 Drp 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan

Posted: 04 Aug 2012 05:14 AM PDT

Petaling Jaya: Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.

Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan.

Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (Agreed Disruption Damages) disemak kembali.

Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan.

Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara.

"Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Malah, katanya ia menghina semua prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

`Lesen besar'

Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

"Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana.

"Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu.

"George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih," katanya.

Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. -FMT

Buktikan Mengapa George Kent Layak Laksana Projek LRT

SHAH ALAM 3 OGOS : Kerajaan dan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) perlu memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa George Kent adalah "konsortium terbaik" daripada segi harga dan kepakaran teknikal, berbanding syarikat itu sendiri yang membuat kenyataan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Prasarana perlu menunjukkan dokumen berkenaan dengan projek pembinaan tambahan LRT Ampang dengan membuktikan mengapa konsortium George Kent patut mendapat kontrak tersebut.

Prasarana pada Selasa lalu mengumumkan bahawa George Kent-Lion Pacific (GKLP-JV) berjaya mendapat kontrak tersebut yang bernilai RM956 juta.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak campur tangan dalam pembidaan tender tersebut.

Penganugerahan kontrak itu juga dakwa dimiliki oleh "kawan rapat" Perdana Menteri, dan mendapat markah terendah penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.

"Beban dari segala persoalan ini kepada kerajaan persekutuan untuk membuktikan bahawa tidak ada salah guna kuasa dalam penganugerahan tender kepada George Kent," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Jelas beliau lagi, tindakan terbaik untuk kerajaan menghapuskan segala tuduhan terhadap kronisme ini ialah dengan menunjukkan segala dokumen dalam penganugerahan projek ini.

Ia dari dokumen tender hingga penyerahan projek, kepada kertas penilaian yang diaturkan oleh Prasarana dan panel konsultan serta minit mesyuarat dalam membuat keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan berkenaan dengan penganugerahan projek ini.

"Dengan mendedahkan dokumen ini, barulah sejajar dengan apa yang perdana menteri katakan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diketuai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), yang mahu ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran dan perolehan projek kerajaan," ujar Tony.

Tambah Tony, kajian PEMANDU sendiri semasa GTP Roadmap 2010 menunjukkan "71 peratus dari korporat tidak ada ketelusan dan keterbukaan dalam penganugerahan kontrak dari kerajaan".

George Kent semalam mengeluarkan kenyataan berkata GKLP-JV gagal dalam penilaian teknikal dan komersial sebagai "tidak berasas".

Syarikat itu mendakwa menguruskan banyak syarikat pembinaan yang melibatkan mekanikal kompleks dan kejuruteraan di Malaysia dan luar negara.

Ia juga mengatakan berjaya membina projek dalam masa dan bajet yang tepat, antaranya projek RM100 juta dan merekabentuk hospital Kuala Lipis.

George Kent juga berkata syarikat itu juga akan mengetuai projek LRT Ampang ini, bersama-sama Tewet GmbH, iaitu sebuah syarikat yang telah mempunyai pengalaman dengan membina lebih 400 projek serupa di seluruh dunia.

Sebelum ini,Rafizi menyeru kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk mendedahkan penganugerahan projek tambahan LRT Ampang.
-selangorku



Ajaran Pak Habib Terpesong, Anggap Al-Quran Kitab Lama

Posted: 04 Aug 2012 02:42 AM PDT

Rawang – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut 'barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat'.

"Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.

"Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib," katanya.

Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.

"Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal)," katanya.

Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.

Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.

Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.

"Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.

"Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik" katanya.

Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.

Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.

Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.

Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. -Sinar

Tiada ulasan: